عَنْ جَابِرٍ قَالَ أَتَى النَّبِيَّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ رَجُلٌ وَهُوَ يَخْطُبُ فَقَالَ يَا رَسُولَ اللَّهِ رَأَيْتُ الْبَارِحَةَ فِيمَا يَرَى النَّائِمُ كَأَنَّ عُنُقِي ضُرِبَتْ وَسَقَطَ رَأْسِي فَاتَّبَعْتُهُ فَأَخَذْتُهُ فَأَعَدْتُهُ فَقَالَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ إِذَا لَعِبَ الشَّيْطَانُ بِأَحَدِكُمْ فِي مَنَامِهِ فَلَا يُحَدِّثَنَّ بِهِ النَّاسَ
Dari Jabir RA, ia berkata, "Seorang lelaki datang menemui Nabi SAW, sedangkan Baginda (saat itu) tengah berkhutbah, dan dia berkata, 'Wahai Rasulullah, aku semalam bermimpi sebagaimana layaknya orang bermimpi. Seakan-akan leherku ditebas dan jatuhlah kepalaku, kemudian aku mencarinya dan kutemukan lalu kukembalikan seperti semula.' Maka Rasulullah SAW bersabda, 'Jika syaitan mempermainkan seseorang di antara kalian dalam tidurnya, maka hendaknya ia tidak menceritakannya kepada orang-orang’. (HR Ibnu Majah)
2). KISAH ENAM TEKA TEKI IMAM GHAZALI
Suatu hari, Imam Al-Ghazali berkumpul dengan murid-muridnya lalu beliau bertanya soalan berbentuk teka teki :
Soalan pertama
Imam Ghazali : Apakah yang paling dekat dengan diri kita di dunia ini?
Lalu beberapa orang murid menjawab:
Murid 1 : Orang tua
Murid 2 : Guru
Murid 3 : Teman
Murid 4 : Kaum kerabat
Imam Ghazali : Semua jawapan itu benar. Tetapi yang paling dekat dengan kita ialah MATI. Sebab itu janji Allah bahawa setiap yang bernyawa pasti akan mati ( Surah Ali-Imran:185) .
Soalan kedua
Imam Ghazali : Apa yang paling jauh dari kita di dunia ini?
Lalu beberapa orang murid menjawab:
Murid 1 : Negeri Cina
Murid 2 : Bulan
Murid 3 : Matahari
Murid 4 : Bintang-bintang
Imam Ghazali : Semua jawapan itu benar. Tetapi yang paling benar adalah MASA LALU. Bagaimanapun kita, apapun kenderaan kita, tetap kita tidak akan dapat kembali ke masa yang lalu. Oleh sebab itu kita harus menjaga hari ini, hari esok dan hari-hari yang akan datang dengan perbuatan yang sesuai dengan ajaran Agama.
Soalan ketiga
Imam Ghazali : Apa yang paling besar didunia ini?
Lalu beberapa orang murid menjawab:
Murid 1 : Gunung
Murid 2 : Matahari
Murid 3 : Bumi
Imam Ghazali : Semua jawapan itu benar, tapi yang besar sekali adalah HAWA NAFSU (Surah Al A’raf: 179). Maka kita harus hati-hati dengan nafsu kita, jangan sampai nafsu kita membawa ke neraka. “Dan sesungguhnya Kami jadikan untuk neraka jahanam banyak dari jin dan manusia yang mempunyai hati (tetapi) tidak mahu memahami dengannya (ayat-ayat Allah), dan yang mempunyai mata (tetapi) tidak mahu melihat dengannya (bukti keesaan Allah) dan yang mempunyai telinga (tetapi) tidak mahu mendengar dengannya (ajaran dan nasihat); mereka itu seperti binatang ternak, bahkan mereka lebih sesat lagi; mereka itulah orang-orang yang lalai”. (Surah Al-A’raaf, Ayat 179)
Soalan keempat
Imam Ghazali : Apa yang paling berat didunia?
Lalu beberapa orang murid menjawab:
Murid 1 : Baja
Murid 2 : Besi
Murid 3 : Gajah
Imam Ghazali : Semua itu benar, tapi yang paling berat adalah MEMEGANG AMANAH (Surah Al-Azab : 72 ). Tumbuh-tumbuhan, binatang, gunung, dan malaikat semua tidak mampu ketika Allah SWT meminta mereka menjadi khalifah (pemimpin) di dunia ini. Tetapi manusia dengan sombongnya berebut-rebut menyanggupi permintaan Allah SWT sehingga banyak manusia masuk ke neraka kerana gagal memegang amanah.’
Soalan kelima
Imam Ghazali : Apa yang paling ringan di dunia ini?
Lalu beberapa orang murid menjawab:
Murid 1 : Kapas
Murid 2 : Angin
Murid 3 : Debu
Murid 4 : Daun-daun
Imam Ghazali : Semua jawapan kamu itu benar, tapi yang paling ringan sekali didunia ini adalah MENINGGALKAN SOLAT. Gara-gara pekerjaan kita atau urusan dunia, kita tinggalkan solat. Na’uzubillahiminzaalik.
Soalan keenam
Imam Ghazali: Apa yang paling tajam sekali didunia ini ?
Murid- Murid dengan serentak menjawab : Pedang
Imam Ghazali : Itu benar, tetapi yang paling tajam sekali didunia ini adalah LIDAH MANUSIA . Kerana melalui lidah, manusia dengan mudahnya menyakiti hati dan melukai perasaan saudaranya sendiri.
3). SIAPA YANG BERKHIDMAT AKAN DIKHIDMAT
"Man khadama, khudim” Siapa yang berkhidmat, akan dikhidmat. Kalau kita melihat khidmat kepada orang soleh atau kepada para Alim Ulama' dibandingkan dengan khidmat generasi dahulu, saya rasa itu satu perkara biasa atau ketinggalan lagi kalau dibanding dengan penghormatan dan khidmat mereka kepada orang2 soleh, misalnya seorang murid terhadap gurunya, kalau kita sekarang paling lamapun mungkin 4-5 tahun.Tapi dikalangan mereka dahulu Imam Abu Hanifah dengan gurunya Imam Ahmad itu sampai meninggal dunia.
Jadi bukan khidmat dari masa ke semasa tetapi sepanjang waktu, kenapa? sebab sebagaimana yang kita katakan tadi itu kriteria untuk kita dapatkan kemuliaan dan panduan dan bimbingan daripada mereka itu memang lengkap, wara’nya ada, zuhudnya ada, taqwanya ada,karamahnya juga ada sangat-sangat berhati-hati sekali.
Saya perhatikan dikalangan daripada ulama2 kita dahulu khususnya dikalangan para Habaib untuk mengeluarkan kata-kata bodoh itu jarang kita temukan. Saya perhatikan dengan Habib Omar, Habib Ali Jufri dan juga dengan para Habaib kita baik yang datang dari Yaman atau guru-guru kami dahulu pada waktu di Mekkah, tidak seperti perbualan antara sama kita. Kita dengan bahasa gila, bodoh itu sudah jadi makanan seharian. Tapi dengan mereka MashaAllah tabarakallah, jadi ada rasa segan dan malu sampai sebagaimana kita pernah dengar dalam satu rangkaian cerita Nabi Allah Isa a.s lihat satu ekor khinzir, pada saat ditanya apa itu Beliau tidak jawab. Jadi kenapa tidak sebut nama binatang tadi tu? jadi takut kalau terbiasa mulutku menyebut nama binatang dan tergunakan kepada manusia dan kepada orang lain.
Itu peradaban yg tinggi yang ada pada Para Ulama' dan para Habaib.Kita memberikan bantuan dan pertolongan kepada seumpama binatang dan kepada setiap makhluk yg bernyawa dan hidup kita mendapatkan sedeqah dan ganjaran dari Allah.sepertimana seorang perempuan memberikan minum kepada seekor anjing.itu khidmat kepada binatang oleh manusia yg dimurka dan dibenci oleh Allah jalla wa' ala,bahkan Allah pesankan kepada Nabi Allah Isa 'alaihi salam agar orang2 yg tercemarkan hidupnya dengan bermacam-macam kejanggalan hidup, Jangan sampai merasa segan dan malu untuk membimbing dan membawa mereka kepada Allah.
(Syaikhuna Al-'Alim Al-'Alamah Al-Faqeh Syaikh Muhammad Nuruddin Marbu AlBanjari AlMakki - Ustz Hazri AlBindany).
No comments:
Post a Comment