Kisah yang paling banyak sekali diceritakan didalam Al-Quran ialah kisah Nabi Musa a.s. Dan cuma kisah Nabi Yusuf a.s yang diceritakan sekaligus dari mula hingga akhirnya didalam satu surah iaitu Surah Yusuf. "Nabi Musa a.s dipaggil untuk bertemu Allah s.w.tdi Gunung Tursina. Pada hakikatnya, tidak perlu kepada tempat untuk ‘bertemu’ Allah. Di mana saja kita berdoa, Allah Maha Mendnegar. Jadi kenapa Allah bertemu dengan Nabi Musa di Gunung Tursina?"
"Untuk menunjukkan ada tempat-tempat tertentu yang boleh menjadi sebab untuk mendekatkan diri kepada Allah s.w.t. Gunung Tursina ingin dimuliakan Allah s.w.tagar menjadi saksi pertemuan Allah dan Nabi Musa dan untuk diingati umat sepanjang masa, dan agar umat menghayati, mengambil iktibar daripada apa yang berlaku di tempat itu. "
"Nabi Muhammad s.a.w berpesan kalau lalu di tempat yang pernah berlaku azab; “Menangislah, kalau tak boleh, berpura-pura menangis.” Suatu hari ketika Nabi s.a.w lalu tempat berlakunya azab kepada kaum Nabi Soleh a.s, baginda berpesan sebegitu walaupun jarak berlakunya sudah ribuan tahun berbanding zaman Rasulullah s.a.w.
"Ini juga untuk mengingatkan kita untuk takut kepada Allah s.w.t dan mengambil iktibar agar tidak berlaku kufur sepertimana yang dilakukan oleh mereka yang diazab. Bila lalu tempat yang pernah berlaku keajaiban, kita disuruh bertafakur merenung kejadian yang pernah berlaku itu. Peliknya sekarang orang naik Gunung Tursina untuk lihat matahari terbit."
"Yang memang cantik tapi macam tak pernah lihat matahari terbit dan luput daripada matlamat sebenar iaitu untuk ambil iktibar daripada apa yang pernah berlaku di situ - pertemuan dan munajat Nabi Musa a.s kepada Allah s.w.t, dilantik menjadi Nabi disitu. Ramai orang alpa tentang ini. Kalau orang bukan Islam pergi tengokk matahari terbit tak apalah, tapi peliknya kalau umat Islam buat begitu, lebih pelik lagi kalau pelajar universiti Al-Azhar sendiri yang pergi sana untuk lihat matahari terbit. Yang tujuannya adalah untuk bertafakur."
"Nabi s.a.w mengajarkan, apabila melalui sesuatu tempat, ambillah iktibar apa yang pernah berlaku di situ, kerana perjalanan Israk dan Mikraj Rasulullah s.a.w juga merupakan perjalanan mencari kesan peninggalan para Anbiya. Baginda dibawa ke kubur Nabi Musa a.s, kemudian dibawa ke tempat kelahiran Nabi Isa. Kenapa?"
"Untuk ambil iktibar sifat-sifat orang yang hebat di sisi Allah dan mencontohi mereka, Dalam Al-Quran pun Allh menyuruh ziarah agar kita mengambil iktibar daripada tempat-tempat yang dilawati.
"Sayyidina Uzair lalu satu kampung tak berpenghuni yang sudah usang dan runtuh dan tertanya-tanya, “Bagaimana Allah hidupkan orang yang telah mati?” Perasaan ingin tahunya itu dijawab oleh Allah s.w.t dengan mematikan dia."
"Setelah seratus tahun dia dihidupkan semula. Dan apabila ditanya sudah berapa lama dia berada di situ. Jawabnya sebentar saja sehari atau setengah hari. Allah nyatakan sebenarnya sudah seratus tahun dan disuruh dia tengok bekalannya, dan keldainya."
"Bekalannya masih elok tetapi keldainya sudah tinggal tulang. Benda yang mudah rosak, Allah kekalkan baik, dan benda yang lambat rosak keldai, Allah biarkan rosak. Setelah itu, Allah s.w.t tunjukkan bagaimana daging membalut tulang keldai itu sehingga keldai itu hidup semula.
Oleh sebab itu, kita perlu ambil iktibar daripada tempat-tempat diceritakan oleh Allah s.w.t, baik tempat yang pernah berlaku azab. Gunung Tursina pernah diangkat oleh Allah sangat hampir ke atas kepala Bani Israel ketika mereka berkata, “Kami dengar tapi kami tak patuh.”
"Syeikh Muhammad Al-Sha’rawi berkata ketika mentafsirkan ayat ini Jika dilihat bani Israel Yahudi sujud, mereka akan senget sedikit ke kiri atau kanan tak pasti. Ini kerana setelah meihat Gunung Tursina di atas kepala mereka, baru mereka sujud, tetapi miring kerana mata mereka ingin melihat sama ada gunung itu akan dijatuhkan atau tak. Jadi, Gunung Tur juga pernah jadi saksi bani Israel yang tak mahu patuh pada Allah s.w.t
"Nabi Muhammad s.a.w juga banyak memberi perumpamaan yang menyentuh tentang ketabahan dan kesabaran dan kegigihan berdakwah Nabi Musa a.s. Dalam hadis Nabi s.a.w ada menyebut; “Kalau Nabi Musa hidup di zamanku, maka tiada ruang baginya kecuali ikut kepadaku.”
"Di Dalam hadis lain, baginda menyebut; “Semoga Allah merahmati Nabi Musa, sesugguhnya Nabi Musa diduga oleh Allah s.w.t dengan beberapa dugaan yang lebih berat daripada aku akan tetapi dia bersabar.”
"Ketika Israk dan Mikraj pun, Rasulullah s.a.w bertemu Nabi Musa a.s. Ketika dalam perjalanan di bumi menuju Israk pun juga Rasulullah s.a.w bertemu Nabi Musa a.s. Di Dalam sahih Bukhari dinyatakan Rasulullah s.a.w lalu di kubur Nabi Musa dan melihatnya solat. Ketika menceritakan kepada sahabat, Rasulullah s.a.w berkata; “Kalau kamu bersamaku, aku tunjukkan di mana kubur Nabi Musa dan tempatnya yang di situ ada tompokan pasir merah.”
"Yang bercakap adalah orang yang tak pernah berdusta. Untuk apa Rasulullah s.a.w ingin tunjukkan kubur Nabi Musa a.s? Ini adalah simbol kepada pentingnya Ziarah kepada makam para anbiya dan auliya."
"Nabi Musa menghadapi banyak sekali ujian ketika berdakwah kepada kaumnya, bani Israel. Nabi Musa sendiri mengakuinya dan menggunakan contoh yang berlaku pada dirinya agar Rasulullah s.a.w meminta keringanan solat yang pada asalnya difardhukan sebanyak lima puluh waktu, kerana beliau tahu kita takkan mampu melakukannya sepertimana kaumnya sebelum ini."
"Nabi Musa seakan-akan merayu agar Rasulullah s.a.w minta kurang lagi pada Allah s.w.t.
Bila tinggal lima pun Nabi Musa suruh minta kurang lagi, tapi Rasulullah s.a.w berkata; “Aku malu pada Tuhanku”. Jadi yang berjasa pada kita ialah Nabi Musa a.s. Ketika Nabi s.a.w susah hati menghadapi gangguan kaum Quraisy, baginda akan mengingati dan menjadikan Nabi Musa a.s sebagai teladan."
"Maksud kepada ‘Mukhlas’ yakni kepada orang yang terpilih. Kalau ‘Mukhlis ‘maknanya orang yang ikhlas. Allah s.w.tmemberi tiga gelaran kepada Nabi Musa a.s iaitu yang terpilih, nabi dan rasul."
"Nabi dan Rasul ada banyak bilangannya cuma tidak semua disebut atau diceritakan dalam Al-Quran, dan kita disuruh beriman kepada dua puluh lima sahaja. Daripada ini ada lima yang termulia digelar ‘ulul Azmi iaitu Nabi Nuh, Nabi Musa, Nabi Isa, Nabi Ibrahim, dan Nabi Muhammad s.a.w yang merupakan yang termulia daripada empat yang lain."
"Nabi ‘ulul Azmi ialah nabi-nabi yang termulia kerana dikenali dengan sifat kesabaran mereka. Allah berfirman didalam Al-Quran kepada Rasulullah. Firman Allah; “Sabarlah kamu Wahai Muhammad seperti sabarnya ‘ulul azmi.” Oleh sebab itu, sifat sabar menjadi sebab kemuliaan seseorang."
"Dikhabarkan nanti Syurga akan memberi salam kepada orang yang memasukinya kerana dahulunya adalah orang yang sabar ketika di dunia. Bersabar diatas segala dugaan musibah. Antara golongan yang akan masuk syurga tanpa hisab ialah orang yang sabar."
"Betapa tingginya maqam orang yang sabar. Dan antara amalan yang tiada had hisabnya sempadan atau ganjaran ialah sabar juga. Ada sebahagian mengatakan maksudnya ialah orang yang sabar yakni sabar dan redha keatas musibah yang menimpanya diatas dunia, dia akan masuk syurga tanpa hisab”. (Daripada Sayyidil Habib Ali Zaenal Abidin bin Abu Bakar Al-Hamid - Raudhatul Muhibbin).
No comments:
Post a Comment