Thursday, June 16, 2016

ADAB SALIK TERHADAP DIRI SENDIRI

• Berhubung dengan adab-adab salik terhadap diri sendiri, Shaikh Muhammad Amin al-Kurdi menghuraikannya sebanyak 24 perkara. (Muhammad Amin Al-Kurdi, Tanwir al-Qulub, 531-534). Di sini kita ringkaskan beberapa perkara yang difikirkan penting. Antaranya ialah seperti berikut: mengekalkan zikrullah dan muraqabahnya.

• KEDUA, salik tidak boleh bersahabat dengan orang-orang yang jahat.

• KETIGA, zikrullah di tempat yang tidak dapat dilihat oleh orang yang bukan ahli zikir, seperti anak isteri dan sebagainya.

• KEEMPAT, hendaklah meninggalkan kebiasaan berlebih-lebih dalam kehidupannya.

• KELIMA, hendaklah membuang sifat cinta dunia dan perhatiannya mestilah ke akhirat saja.

• KEENAM, janga hadas besar dan hendaklah ia senantiasa suci dari najis dan hadas.

• KETUJUH, salik janganlah ada cita-cita atau kehendak maukan sesuatu yang ada pada tangan manusia. Dan tidak boleh memandang manusia, baik mereka membenci atau mencintai dirinya.

• KEDELAPAN, tidak boleh meng jika menghadapi kesukaran, seperti kesempitan rezeki atau sebagainya. senantiasa menghisab dirinya sendiri dan senantiasa menggalakkan dirinya sendiri untuk terus giat bermujahadah. mengurangi tidur, terutama waktu hampir subuh, karena waktu tersebut merupakan waktu yang paling mudah doa dikabulkan oleh Allah. mengurangkan makan dan makan makanan yang halal saja. senantiasa menjaga lidah dan hati, lidah dari berucap perkara yang maksiat dan sia-sia, hati dari semua lintasan jahat, karena sikap ini akan mudah terbukanya hijab. bersenda gurau atau bergelak ketawa karena perbuatan ini akan menggelapkan mata hati. mendampingi sahabat dan saudara-saudaranya ketika berasa susah hati atau menghadapi masalah. membuang sifat cinta kebesaran dan pangkat, karena sifat ini akan memutuskan perjalanannya kepada Allah.

• KESEMBILAN ersifat senantiasa takutkan Allah dan mengharapkan keampunan-Nya. Di samping itu janganlah merasa dirinya itu telah membuat amal soleh, tetapi anggaplah semua amal solehnya yang tidak ada apa-apa maknanya. merahsiakan apa juga rahsia ghaib yang telah dikurniakan oleh Allah.

Buku “Shaikh Dalam Ilmu Tarekat”, oleh Shaikh Dr Hj Jahid Sidek Al-Khalidi, Syarikat Al-Falah Publications Sdn Bhd, ms 49 - 50.

No comments:

Post a Comment