Friday, February 20, 2015

PENCERAHAN MAULANA HELMI

Pencerahan oleh Maulana Wan Helmi berkenaan isu fitnah ke atas Maulana Saad db secara soal jawab dengan seorang hamba Allah yg Pro Alami.

HA = Hamba Allah Pro Alami
MH = Maulana Wan Helmi

HA: As salam. Maaf mencelah. Saya percaya ramai yang meragui mengenai imarat Maulana Saad db. Saya hanya inginkan penjelasan, bagaimana proses imarat Beliau db. Apakah proses imarat beliau sama dengan mana-mana sirah yang ada? Apakah sama dengan perlantikan mana-mana hadraji yang terdahulu (Ustaz Lutfi yang mulia mengatakan hampir 100 tahun tidak ada isu mengenai imarat). Pada saya pertamanya kita kena jelas bagaimana proses imarat Maulana Saad berlaku. Kemudian kita lihat apakah proses tersebut selari dengan tuntutan syariat. Tabligh adalah satu usaha yang menjaga syariat. Jadi mengenai imarat, sebaiknya jelas dan tidak meragukan.

Daripada biarkan penyakit terus merebak, apa kata kita cuba ikhtiarkan hasilkan penawar. Mungkin jika perkara ini jelas, ramai akan kembali mentaati Maulana Saad sebagai amir. Saya juga berkali-kali katakan, saya akan segera beli tiket untuk ke Nizamuddin, mohon maaf kepada Maulana Saad dan akan ambil baiah daripada beliau, dan InsyaAllah akan menjadi pendokong kuat. Sekiranya perkara ini jelas berlandaskan syariat dan tidak ada keraguan. Ustaz Lutfi yang mulia menganggap soalan ini boleh memecahbelahkan. Apakah ada jalan untuk saya mentaati sedangkan padanya ada keraguan? Apakah ada pada syariat keharusan bagi saya untuk mentaati seorang amir yang proses imaratnya diragui? Bak kata seorang Syura Malaysia, "taat tanpa dalil".
Mohon jasa baik Ustaz yang dimuliakan untuk menjelaskan agar kekeliruan ini segera hilang.

MH: Mana lebih meragukan antara perlantikan 3 orang sebagai Amir (Maulana Izhar, Maulana Zubir dan Maulana Saad Hafizahumullah) dengan perlantikan 10 orang syuro A'lami yang baru saudara Ridhuan yg mulia? Sekurangnya perlantikan ketiga mereka sabit melalui mesyuarat yang sah dan di akui oleh sekelian masyaikh sebelum ini. Sementara jalan yang ditempuhi oleh syuro alami adalah melalui jalan belakang dengan membelakangkan Maulana Saad dan masyaikh Kakrail? Adakah tindakan tersebut menepati syarak?

HA: Rasulullah SAW telah memberitahu Saidina Ali RA bahawa (mahfumnya), "Apabila kamu tidak dapat menyelesaikan sesuatu masalah atau apabila kamu menghadapi sesuatu konflik, kumpulkan semua orang beriman yang soleh dan bermesyuaratlah”. Pada pengetahuan saya krisis telah tercetus di pusat sehingga tidak ada jalan penyelesaian. Masalah ini bukan timbul di marhalah tetapi diperingkat pusat. Bahkan pada pihak elders pelbagai usaha yang terbaik untuk semua pihak telah dilakukan namun tidak berhasil. 

Daripada Maulana Talha memberikan nasihat kepada Maulana Saad sehingga campur tangan Sheikhul Islam India (Maulana Arsyad Madani db), pun masih tidak dapat menyelesaikannya. Sehingga Para Masyaikh, Akabir dan Ahli agama telah berkumpul di Raiwind pada 2015 untuk bermesyuarat. Bukankah Maulana Saad juga ada pada masa tersebut? Daripada situ terhasil jemaah syura yang dikenali syura alami (bukan istilah syarie pada hemah saya). Mohon penjelas ustaz, apakah mesyuarat dan keputusannya tidak sah pada sisi syarak sehingga mudah-mudah kita boleh menafikanya. Jika ada jalan yang boleh nafikan mesyuarat tersebut mengikut syariat mohon ustaz yang mulia jelaskan.

MH: Proses imarat Maulana Saad bagi saya berlaku secara Qadha dan Qadar. Kebetulan dengan wafatnya Maulana Zubir rah baru kita kecoh hal Maulana Saad. Kalau Maulana Zubir rah masih hidup mungkin tak berlaku apa-apa yang nak dibangkitkan sekarang ini. Semasa Maulana Izharul Hasan rah hidup dia buat keputusan bersendirian dan tiada siapa yg menentang beliau. Selepas beliau meninggal maka digilirkan pembuat keputusan di Nizamuddin yang merupakan pusat rujukan dalam dakwah kepada dua orang dengan kaedah 3 hari seorang akan menjadi faisalah. Semasa Maulana Zubirul Hasan rah. alaih masih hidup pun memang jelas beliau seakan mengkedepankan Maulana Saad. Dia back up dari belakang. Dan bila Allah takdirkan Maulana Zubir rah meninggal dunia maka yang tinggal hanyalah Maulana Saad, apakah beliau patut letak jawatannya atau bagaimana?.

HA: Bagaimana pula pandangan Ustaz yang dimuliakan, mengenai keputusan Mesyuarat jemaah Syura asal Hadraji Rah pada tahun 1995. Keputusan bulat suara dan sepakat, menurut Maulana Yaqub db dokumen mengenai masih tersimpan. Bahawa selepas daripada Hadraji Rah, tidak akan ada amir dan tidak akan ada baiah di Nizamuddin dan tabligh bergerak dengan sistem syura. Apakah masyaikh pada masa itu merestui satu keputusan yang berlawanan syariat (menurut ustaz lutfi, apakah kita meredhai satu jemaah tanpa amir?). Bukankah keputusan ini telah kekal selama lebih 20 tahun? Apakah Masyaikh kita dan pemuka agama yang mendokong tabligh telah melakukan sesuatu yang berlawanan syariat selama 20 tahun lebih? Mohon penjelasan ustaz juga. Wallahi saya mungkin dengar sebelah pihak saja. Jika ada penjelasan yang benar, InsyaAllah moga-moga Allah letakkan saya dikalangan ahli haq.

MH: Bagi saya yang Allah kurniakan rezeki jadi mudir madrasah, saya mungkin faham situasi Maulana Saad. Kerana walaupun disekeliling saya ramai ustaz-ustaz yg hebat tapi kefahaman yg Allah bagi kepada pemimpin berbeza dengan ustaz biasa walaupun mereka lebih alim dari kita.
Mungkin ada basirah yang Allah bukakan kepada beliau hingga beliau tak berminat untuk bermesyuarat ttg perkara ini.

HA: Sebagai Amir pula, mengapa tidak melihat perpecahan yang sedang parah di seluruh dunia sebagai satu perkara yang serius. Pada pihak Syura Alami, Maulana Ibrahim db, Maulana Yaqub db dan Maulana Ahmad Lat db telah menyatakan pendirian mereka dalam bentuk surat dan telah disebarkan ke seluruh dunia. Mereka yang berfikir akan memahami apa masalah yang sedang berlaku dan memahami pendirian para elders. Sedangkan pada pihak Maulana Saad db tidak dinyatakan pendirian beliau sehingga memberatkan lagi situasi. Ramai Ahli yang sayangkan tabligh berkata, hanya Maulana Saad db yang mampu menyelesaikan masalah ini. Sedangkan sehingga kini tidak kelihatan sebarang usaha untuk kesatuan. Bahkan jemaah dari kalangan Ahlul bait (jika tidak silap saya) yang diutuskan oleh Haji Abdul Wahab db untuk tujuan menyatukan telah dihalau dan mereka dikatakan sebagai ajen pengganas dan diberi amaran oleh pihak berkuasa, selepas musim haji tahun lepas.

MH: Keputusan tidak ada baiah dan tiada amir merupakan amrun irsyadi 4bukan tashriee. Kalau tidak keduanya merupakan hukum syarak. Bagaimana mungkin hadratji tak tahu. Keduanya dilarang kerana ada maslahahnya. Melantik amir adalah kewajipan syarak, begitu juga baiah. Namun keputusan tersebut di amalkan tanpa persoalan. Tetapi apabila tiba zaman Maulana Saad memimpin dan beliau nampak ada kepentingan mengambil baiah. Itupun bukan secara umum bahkan tertutup dan hanya kepada individu tertentu saja. Maka tiada celaan atas tindakan tersebut.

MH: Saya pernah ambil baiah dari Maulana Zubir rah untuk istiqamah buat dakwah semasa keluar setahun. Apakah Maulana Zubir rah juga durhaka dengan hadratji?.

MH: Semasa saya di ijtimak Tonggi baru-baru ini, seorang masyaikh pegang bahu saya dan mengatakan: Helmi jaga mulut kamu terhadap masyaikh, kerana sebab utama kejatuhan seseorang dalam usaha dakwah ini adalah apabila dia mula mencari keaiban masyaikh.

MH: Diamnya Maulana Saad bukan kerana tamak takut terlepas jawatan. Tapi kerana bimbang keadaan menjadi lebih buruk. Sabda Nabi saw: barangsiapa yg diam dia akan selamat.

MH: Kadangkala selaku pemimpin kita banyak terpaksa menelan fitnah orang yg salah faham dengan keputusan kita. Sebab masaalah dalaman hanya kita yg tahu.

HA: Alhamdulillah. Banyak info dari Ustaz. Sebenarnya saya hanya dengar sebelah pihak. Jadi baik untuk saya dengar penjelasan pihak lain juga. Ustaz Lutfi ada mention nama saya setelah saya inginkan sedikit penjelasan agar keraguaan saya hilang. Dan ramai yang pm saya kerana terdapat nama saya di situ. Pagi tadi saya nampak ia pada wall ustaz. Saya terfikir ustaz mungkin ahlinya yang boleh hilangkan keraguan dan persoalan saya. Semoga Allah letakkan saya di kalangan ahli haq. Jazaakallahu khoiron Ustaz yang mulia. Cuma masih ada persolan yang tidak terungkai dan saya masih dalam keraguan. Dan saya tidak berhajat lanjutkan ia secara umum.
InsyaAllah akan saya tanya personal dengan ustaz kemudian dari ini.

MH: Sepanjang di ijtimak Tonggi yang lepas saya perhatikan bagaimana kekuatan rohani yang Allah berikan kepada Maulana Saad hafizahullah. Tiga jam beliau bagi bayan maghrib, ke esokannya bayan hidayah dan doa hampir tiga jam. Kemudiannya sebelah malam bagi lagi targhib buat jemaah Malaysia. Kalau orang biasa mungkin tak mampu. Sepanjang mesyuarat dunia berlangsung beliau sedikitpun tak isyaratkan tentang masaalah yg dihadapi, melobi minta orang simpati menyokong beliau. Hingga bila mesyuarat berakhir Syeikh Muflih bangkit menyatakan kesetiaan seluruh ahbab Arab kepada Nizamuddin, di ikuti pula oleh syuro2 Afrika

MH: Beliau hanya melepaskan kesedihan beliau dalam doa penutup ijtimak, beliau menangis sungguh2 dalam doa, mengulangi doa Nabi saw di Taif dan doa Nabi Ya'kub.

HA: Saya ada tanya apakah ada jalan dalam syariat keharusan bagi saya taat dalam keadaan saya meragui? Dan ada beberapa soalan yang tidak mendapat penjelasan. Jadi saya takkan lanjutkan di sini dan InsyaAllah akan bertanya personal kepada Ustaz kemudian.

MH: Mudah saja nak tahu kita dipihak yang betul atau salah. Pertamanya ialah adakah kita di pihak yang menyebarkan berita fitnah dan umpat tentang keburukan di pihak lawan? Jika kita dikalangan pihak yang mampu kawal lidah tidak mengaibkan masyaikh di pihak lawan bererti kita benar. Keduanya selepas kita join pihak yg kita sukai apakah rohani kita makin kuat atau makin lemah.

MH: Taat dalam ragu pun wajib

MH: Sahabat Nabi saw berkata: Kamilah golongan yang berbaiah dengan Nabi saw untuk taat setia. Dalam keadaan senang atau susah dalam keadaan suka atau benci.

HA: Pada saya, melihat kepada 3 perkara:

1) Pihak mana yang didokong oleh paling ramai Ahli Agama dan Ahli Ilmu.
2) Pihak mana yang didokong oleh paling ramai Ahlullah dan para Auliyak.
3) Pihak mana yang didokong oleh paling ramai para Masyaikh, Akabir dan para ahli korban.

Dengan melihat 3 perkara ini, timbul keyakinan pihak ia berada dalam jalan benar (walau pun boleh kata semua jalan benar, ikutan adalah Pihak yang ada tiga perkara tersebut). Wallahu’alam.

MH: Semasa Nabi saw menandatangani perjanjian hudaibiyyah Saidina Umar ra bertanya: Benarkah tuan ini pesuruh Allah? Walaupun pahit Saidina Umar ra tetap taat.

MH: Selain dari Nabi saw semua khalifah rashidah di ragui oleh umat Islam. Namun akhirnya dengan baiat barulah umat semakin yakin dengan perlantikan tersebut.

MH: Kebenaran bukan pada majoriti atau minoriti

MH: Apakah Maulana Syamim dan Maulana Mustaqim bukan wali Allah?

MH: Ahli korban zaman sahabat Nabi saw pun ramai yang tersalah pilih.

MH: Masa Saidatina Aishah r.ha difitnah berzina antara sahabat yang terlibat memfitnah beliau adalah ahli Badar.

HA: Maksud saya pada 3 perkara tersebut bukan semata-mata majoriti. Pada mereka semua ada 'modal' besar yang menyebabkan mereka mendokong pihak tersebut. Jadi lebih jelas bagi saya orang awam yang jahil, tolol dan bodoh ini untuk membuat panduan. Bukan kerana majoriti.

MH: Semasa Saidina Ali ra diserang. Yang menyerang beliau adalah kebanyakan org korban juga.

MH: Dalam kerja dakwah salah satu cara kita nak nilai kebenaran adalah kecenderungan masyaikh Arab sebab mereka adalah ahli dakwah yang hakiki. Seingat saya Maulana Ahmad Lath hafizahullah sendiri dalam bayan beliau berkali2 mengatakan bahawa kami orang India yg lemah buat dakwah selama orang Arab belum bangkit. Kami datang kerana nak pulangkan amanah yg kami pegang kepada kalian. Bila kalian dah bangkit buat dakwah maka kalian lebih aula utk kerja ini.

MH: Satu lagi lihatlah ke mana masyaikh Bangladesh. Sebab orang miskin selalunya keikhlasan dan basirah mereka bersih. Mereka lebih baik dalam banyak hal dari kita sebab itu Allah pilih ijtimak Tonggi di sana.

MH: Saya berani cabar pihak yg tak setuju dgn Maulana Saad buatlah ijtimak dunia di tempat lain yg sama macam Tonggi dan tashykil lah org pergi IPB tapi jangan pergi Nizamuddin dan Kakrail. Apakah tuan2 boleh jamin ada islah yang sama atau lebih baik?

MH: Ada seorang masyaikh mengatakan bahawa sebelum ini orang Tabligh selalu mengatakan bahawa usaha kami macam anai2 tanpa di buat apa2 tiba kebatilan akan tumbang. Tiba2 agen2 batil pulak jawab, apa pandangan tuan kalau kami masukkan anai2 kami dalam anai2 tuan?

MH: Anai-anai batil telahpun menyusup ke markaz Raiwind dari puak muqimin markaz. Menguasai perjalanan markas bahkan hala tuju markaz. Tapi mereka gagal nak menembusi Nizamuddin selagi Maulana Zubir rah masih hidup. Tapi bila Maulana Zubir rah meninggal mereka dapat lubang utk masuk.

MH: La baksa, saya jumpa Maulana Ahmad Lath hafizahullah 5 kali bulan Ramadhan baru2 nie di Mekah dan Madinah. Saya tetap memeluk beliau, cium tangan beliau. Khadim dia tashkil saya ke sabah kami diam saja.

No comments:

Post a Comment