Friday, February 20, 2015

PENYEBAR FITNAH MAULANA SAAD

Terdapat 3 puak yang sangat aktif menyebarkan fitnah terhadap Maulana Saad. Berkemungkinan admin page Maulana Saad tu adalah daripada 3 puak ini:

1. Anak-anak buah Molvi Osman terutamanya Azizi Rahim - dia ni bukan ustaz. Dulu pernah kerja jadi tukang kebun di Madrasah Titi Besi selepas diambil jadi anak angkat oleh Cikgu Bakar. Waktu nak kahwin, dia mengaku anak Cikgu Bakar padahal dia cuma anak angkat. Selepas dibuang, dia balik dok Selangor. Mengajar kat sebuah madrasah. Orang ingat dia ustaz. Sebenarnya dia bukan ustaz. Dia mengajar apa ntah kat madrasah tu. Dia baiat dengan Molvi Osman, orang yang tak dikenalpasti sanad tarikatnya. Ramai anak buah Molvi daripada kalangan karkun dan mereka rapat dengan Maulana Zuhair. Disebabkan mereka rapat dengan Maulana Zuhair, maka mereka menjadi anti dengan Maulana Saad. Sebab Maulana Zuhair disenaraikan sebagai Syura Alami. Geng Molvi ni giat mempromosikan keburukan Maulana Saad. Selain Azizi Abd Rahim, anak murid Molvi yang giat memfitnah Maulana Saad ialah Bekamist Riduan, Asbullah Abdullah.. Astaghfirullah.

2. Geng “Imam Mahdi” - mereka ni menganggap Ust Muhammad Subang Jaya sebagai Imam Mahdi. Pengikutnya ramai di sebelah Sabah. Ramai karkun terpengaruh. Ust Razif pun macam dipergunakan untuk jemaah ini (dan kami berharap Ust Razif kembali ke Sri Petaling). Geng Imam Mahdi ni pun giat memburuk-burukkan Maulana Saad kerana Maulana tak mengiktiraf fahaman mereka.

3. Geng Nasoha - Nasoha ni dah lama berdendam dengan Maulana Saad sejak Maulana Saad suruh dia rehat lepas Nasoha buat dakwah ikut tertib sendiri. Nasoha ni berpakat dengan beberapa orang burzuq termasuk Syaikh Maidin dan Haji Arshad untuk menubuhkan markaz Kepong kononnya atas arahan Bhai Wahab. Hal yang sebenarnya, keputusan untuk buka markaz Kepong untuk Syura Alami ni bukan datangnya daripada mesyuarat oleh masyaikh Syura Alami. Dengar khabarnya, ia hanya cadangan daripada Bhai Faruq.

Gagasan Syura Alami ini pun asalnya datang daripada Bhai Faruq, Prof Abdul Rahman dan Prof Sanaullah dengan tiga orang dari Raiwind. Mereka jumpa masyaikh seorang demi seorang dan cadangkan pembetukan syura alami. Semua masyaikh yang mereka jumpa, mereka minta sign. Bukannya dibuat secara mesyuarat pun. Pi jumpa sorang-sorang masyaikh, lepas tu minta sign. Lastly, sampai kepada Maulana Saad, Maulana taknak sign. Jadi, apabila Maulana Saad tak sign, maka gagasan Syura Alami tu sepatutnya tak berlaku. Tapi, mereka tetap nak jalankan jugak. Akhirnya, masyaikh dah berpecah. Satu puak sokong Maulana Saad, satu lagi sokong Syura Alami. Korang fikirlah sendiri, siapa yang memecahbelahkan Tabligh!

Semua pembenci Maulana Saad giat menghasut orang ramai dengan membawa fatwa Deobandi kepada Maulana Saad. Padahal fatwa ini dah lama selesai. Maulana Saad telah menulis surat kepada Deobandi untuk menyatakan dalil-dalil yang beliau guna dalam bayan. Darul Iftaa bersetuju, walaupun tak semua. Maulana Saad tulis surat lagi sehinggalah jumlah surat semuanya ada 4 pucuk surat. Akhirnya, Darul Iftaa bersetuju dengan kebanyakan perkara. Cuma ada satu perkara yang Darul Iftaa tak puas hati.


Justeru, Maulana Saad mengalah dan menarik balik bayan tersebut. Deobandi meminta Maulana Saad mengisytiharkan penarikan kata-kata itu di khalayak ramai. Maulana Saad telah pun melakukannya di Ijtimak Bhopal. Sejak itu, Maulana Saad tidak lagi bagi bercakap perkara-perkara yang ditegur oleh Deobandi itu. SELESAI.

ISU PENYELEWENGAN MOLVI OSMAN

1. Molvi mempergunakan nama Rasulullah SAW untuk mempengaruhi anak-anak muridnya atau untuk mendapatkan sesuatu. Misalnya:

a) untuk mendapatkan sanad tarikat daripada Maulana Zubair Chittagong, beliau berkata, “Rasulullah suruh tuan bagi sanad tarikat kepada saya.”

b) beliau juga menggunakan nama Rasulullah SAW untuk menghalang orang mengikut Maulana Saad dengan alasan, “Nabi bagitau, jangan ikut Maulana Saad.”

2. Menuduh Maulana Saad sebagai orang gila dan terkena sihir

3. Banyak program suhbah dengannya menjadi program mencaci maki Maulana Saad.

4. Menggunakan perkatan-perkaataan kasar dan mencarut ketika bercakap dengan murid-muridnya yang tidak sepatutnya keluar daripada seorang syaikh tarikat.

5. Beliau telah mengumpulkan harta dengan menggunakan kedudukannya sebagai syaikh. Informer memberitahu, beliau mempunyai duit berjumlah RM5 juta kononnya hasil infaq kepada madrasah. Beliau sudah ada 3 buah madrasah, telah membeli sebidang tanah berharga ratusan ribu ringgit di Kelantan, ada dua buah kereta berjenama Nissan Murano dan Ford Carnival serta beberapa buah rumah.

6. Mengaku menyimpan gambar Rasulullah SAW sewaktu berusia 9 tahun. Sesiapa yang mahu melihat gambar itu, kena bayar.

7. Maklumat daripada bekas murid, Molvi selalu bermesyuarat dengan Rasulullah SAW, mendakwa panggil penjaga neraka turun ke bumi untuk tangkap jin-jin jahat.

8. Juga mendakwa sebagai keturunan ahli bait. Dia juga mengubah namanya menjadi Muhammad Osman bin Abdullah.

9. Menurut saksi, ada kes anak buah Molvi yang kahwin secara tak sah sewaktu di Kemboja tapi Molvi minta diamkan. Molvi menjadi saksi nikah tersebut. Imam di Kemboja itu tidak menyebut binti pada nama pengantin perempuan. Tapi, Molvi kata sah. Malam itu, mereka diminta bergambar pegang-pegang tangan. Esoknya terpaksa kahwin semula.

10. Sewaktu dalam musafir, Molvi dan anak buah dibenarkan tinggal solat dengan alasan traffic jammed.

11. Molvi pernah ugut dan mendakwa, dia boleh panggil penjaga neraka (Zabaniyah) untuk tangkap jin jahat yang buat onar. Hebatnya dia, boleh panggil malaikat. Dia juga mendakwa boleh menangkap dan memenjarakan semua syaitan di dunia ini.

2 comments:

  1. Jumpalah kamu dihadapan Allah nanti penulis blog.

    Takutlah pada Allah pada tangan lidah kamu.

    Allah melihat apa yang kamu buat
    Dan apa kamu niatkan.

    ReplyDelete
  2. Fitnah tu makanan ruji dari ko dalam perut lagi ke wahai penulis blog?

    ReplyDelete