Thursday, February 5, 2015

SUNNAH KETIKA MAKAN

1. Membasuh kedua-dua tangan sebelum dan selepas makan. 

2. Duduk di atas lantai.

3. Duduk di salah satu daripada tiga postur berikut:

a) Dalam kedudukan membaca tahiyyat (seperti dalam solat).
b) Sama seperti di atas dengan lutut kanan dibangkitkan.
c) Dalam postur mencangkung.

4. Makan dengan jari (ibu jari, telunjuk dan jari tengah). 

5. Membaca nama Allah sebelum makan.

6. Makan dengan tangan kanan. 

7. Makan dari bahagian yang paling dekat badan dan bukan dari tengah-tengah. 

8. Seboleh-bolehnya untuk makan secara kolektif dari satu pinggan/talam. 

9. Membersihkan setiap sedikit makanan yang tertinggal di atas pinggan dan menjilat jari sebelum membasuh mereka.  

10. Untuk membaca pelbagai doa2 masnun selepas makan. 

Hazrat Asmah r.ha telah meriwayatkan bahawa makanan panas telah dibawa kepada Nabi s.a.w, baginda akan menutupinya hinggalah kepanasannya hilang dan pernah bersabda bahawa terdapat keberkatan yang banyak dalam makanan yang sejuk (Darimi, Madarijun Nubuwwah)

Baginda Juga makan petang walaupun ia terdiri dari beberapa biji kurma. Baginda juga memberitahu meninggalkan makan petang mempercepatkan umur tua. 

Makan berjemaah membawa keberkatan.

Hazrat Ibnu Abbas r.a telah meriwayatkan bahawa orang yang mengutip dan makan makanan yang terjatuh di atas saprah akan menjadi tampan dan mendapat anak-anak yang cantik dan ia terlindung dari kemiskinan. 

No comments:

Post a Comment