Thursday, February 5, 2015

USAHA DAKWAH SAHAJA TIDAK DAPAT MEMBUANG SIFAT MAZMUMAH, PERLU DISERTAI TAZKIYYAH

Maulana Hazim dalam bayannya ada menerangkan, sifat-sifat mazmumah tidak hilang dengan dakwah kerana di akhirat nanti orang yang korbankan nyawa untuk agama pun akan dihumban ke dalam neraka kerana sifat mazmumah (riak dan bangga diri) sehingga Allah akan memanggilnya pendusta. Tetapi, sifat-sifat mazmumah hanya akan dapat dirawat dengan usaha tazkiyyah iaitu berbaiah dengan guru-guru mursyid untuk mendidik hati.

Perkara ini ada ditekankan oleh Maulana Zakariyyaa rah dalam kitabnya Fadhilat Tabligh dalam bab mendampingi ahli haq. Sesungguhnya sifat-sifat mazmumah hanya akan hilang apabila sifat-sifat mahmudah datang dalam hati kita dan sifat-sifat mahmudah ini hanya akan datang apabila kita mendapat tarbiyyah dalam jalan tazkiyyah oleh guru-guru mursyid yang berpengalaman dalam usaha kerohanian.

Maulana Saad d.b berkata bahawa usaha Nabi saw ada 3 bahagian. Kata beliau, adalah satu kebodohan sekiranya seseorang memisahkan 3 perkara ini:

1. Dakwah: Untuk membina iman yaqin yang soheh dalam diri kita.
2. Tazkiyyah (tariqat tasawwuf): Untuk menyucikan hati kita.
3. Ta'lim: Untuk menghilangkan kejahilan dari diri kita.

Maulana Hazim juga dlm bayannya ada menyebut, "Berkali-kali saya mendengar daripada elders Nizamuddin bahawa adalah menjadi satu kerisauan sekiranya orang lama dalam tabligh tidak memberi tumpuan kepada usaha tazkiyyah kerana dikhuatiri mereka akan dijangkiti penyakitpenyakit hati. Sekiranya ini berlaku, maka ditakuti kerosakan akan berlaku dalam usaha-usaha dakwah yang mereka lakukan.

Apakah tanda-tanda kita dijangkiti penyakit hati? Apabila kita mula melihat kelemahan orang lain  dan mula melihat kesempurnaan kita. Apabila ini berlaku, jazbah dakwah untuk mengislahkan diri akan hilang dari hati kita, maka kita akan mula menjadikan niat islah untuk orang lain sebagai jazbah dalam dakwah kita. Apakah tandanya? Percakapan kita banyak berkisar atas kelemahan orang lain.

No comments:

Post a Comment