Ayat 1-5 Al Baqarah
Ayat 102 Al Baqarah
Ayat 163-164 Al Baqarah
Ayat 255 Al Baqarah (Ayatul Kursi)
Ayat 285-286 Al Baqarah
Ayat 18-19 Ali Imran
Ayat 54-56 Al ‘Araaf
Ayat 117-122 Al ‘Araaf
Ayat 81-82 Surah Yunus
Ayat 69 surah Taahaa
Ayat 115-118 surah Al Mukninuun
Ayat 1-10 surah Ash Shaaffaat
Ayat 29-32 surah Al Ahqaf
Ayat 33-36 surah Ar Rahman
Ayat 21-24 surah Al Hasyr
Ayat 1-9 surah Jinn
Al Ikhlas
Al Falaq
An Naas
Surat Dari Maulana Muhammad Talha Anak Maulana Muhammad Zakaria. rah.a. Mengenai “MANZIL”. Ayat-ayat Al-Quran diatas dalam keluarga kami dikenal dengan nama “Manzil”. Alim ulama dlm keturunan kami telah memberi keutamaan kpd ayat-ayat tersebut dlm doa. Telah menjadi kebiasaan bagi keluarga kami untuk melatih anak-anak kami menghapal ayat-ayat “Manzil”. Kelebihan ayat-ayat Al-Quran dan doa yang diajar oleh Rasullullah s.a.w tidak perlu dipertikaikan jika dibandingkan dengan azimat dan tangkal. Oleh sebab itu kita harus mengutamakan kedua-duanya dalam amal. Rasullullah telah mengajar doa untuk memenuhi segala hajat atau keperluan sama ada duniawi atau ukhrawi. Begitu juga telah menjadi amalan alim ulama untuk membaca ayat-ayat tertentu untuk memenuhi hajat mereka.
Amalan membaca “Manzil” ini boleh memberi perlindungan dari gangguan syaitan dan sihir. Ini telah dibuktikan dari banyak pengalaman. Amalan seumpama ini (dengan tambahan atau kurang dari ini) telah disebut dalam kitab-kitab “Al-Qaulul Jamil” dan “Behisti Zewar”. Al-Muhaddithin Syah Waliullah Rah telah menulis dalam kitabnya “Al-Qaulul Jamil” bahawa, “Tiga tiga ayat tersebut akan menyelamatkan seseorg dari mara bahaya sihir. Disamping itu, seseorang pembaca akan dapat perlindungan dari bahaya syaitan, pencuri, binatang buas dan lain-lain”. Maulana Ashraf Ali Thanawi menulis dalam kitabnya “Behisti Zewar” “Jika dikhawatirkan seseorg telah terkena sihir atau dirasuk syaitan, tulis ayat2 tersebut dan gantungkan nya pada leher penderita. Jikalau terdapat gangguan syaitan atau sihir di dalam rumah, percikkan air tersebut kepada keempat2 penjuru rumah”. Suatu perkara yg sangat penting dalam mengamalkan ayat2 “Manzil” ialah anda harus membacanya dgn penuh tawajjuh (menumpukan perhatian kpd Allah).
Sejauh mana seseorang mempunyai keimanan dan keyakinan terhadap Allah sejauh itulah amalan ini akan memberi manfaat. Tidak diragukan lagi bahwa nama-nama Allah SWT dan kalimat-kalimatnya mengandung terlalu banyak berkat. Maulana Muhammad Talha, Khandalawi, (23 Syaaban, 1399)
No comments:
Post a Comment