Al Quran adalah kalam termulia yg mesti dibaca org beriman. Berdasarkan hadits yang shahih, surat paling mulia dan paling utama di dalam Al Quran adalah Surah AL FATIHAH. Sedangkan ayat paling utama adalah AYAT KURSI. Para sahabat pasti sudah hafal keduanya bukan? Berikutnya, jika dibandingkan antara surat dan ayat, mana yang lebih utama?
Para ulama sepakat MENGUTAMAKAN SURAT dari pada AYAT. Oleh kerana itulah, saya menyimpulkan, amalan yang paling utama untuk diamalkan sebagai WIRID adalah SURAT AL FATIHAH. Tidak ada yang lebih tinggi, lebih agung, lebih mulia, lebih hebat dan lebih utama dari padanya. Bagaimana kita mengamalkannya? Berikut ini kaifiyah atau tata cara mengamalkan surat al fatihah,
1). Jika Anda ingin mendapatkan kelebihan2 dan rahsia2 Al Fatihah yang tak tertandingi itu, amalkanlah surat ini 100 kali dalam sehari semalam. Boleh diamalkan dalam satu kali duduk. Boleh juga dibaca secara berangsur sehabis solat lima waktu. Misalnya 20 kali setiap habis solat fardu. Atau, seperti yang saya lihat di kita Ihya Ulumiddin Imam Ghazali dan Khazinatul Asrar adalah sebagai berikut:
a. 30 kali sehabis solat subuh
b. 25 kali sehabis solat zuhur
c. 20 kali sehabis solat ashr
d. 15 kali sehabis solat maghrib
e. 10 kali sehabis solat isya’
2). Lebih ampuh lagi adalah, jika mampu mengamalkan wirid surat Al Fatihah 100 kali setiap habis solat wajib 5 waktu. Dengan syarat tidak boleh diselingi berbicara dan belum berpindah tempat. InsyaAllah kita akan semakin cepat dan semakin hebat mendapatkan kelebihan dan rahsia kandungan Al Fatihah.
Sebagai tambahan motivasi bagi para pengamal surat Al Fatihah, bahawa siapapun yg mengamalkannya secara rutin dan istiqamah 100x saja (no 1), dia akan menjadi org awas dan waskita (sangat peka dengan hal-hal gaib dan supranatural) serta diberi kecukupan dan berlimpah semua keperluannya.
Itu amalannya Gus Miek wali besar dari Kediri yang masyhur. Itu juga amalannya Kiai Hamid, wali besar dari pasuruan. Itu pula yang diijazahkan Imam Ghazali, Sang Hujjatul Islam. Bayangkan bagaimana jika kita diberi anugerah mampu mengamalkan yang nomer 2 Semoga menjadi manfaat dan barakah. Aamiiiin.
No comments:
Post a Comment