Rasullullah s.a.w melarang bersuci dengan menggunakan benda najis. Dalil mengenainya adalah hadith riwayat dari Ibnu Masud, di mana ia menceritakan, "Pada waktu Nabi buang air besar, beliau pernah menyuruhku untuk membawakan tiga buah batu.
Akan tetapi, aku hanya mendapatkan dua butir batu. Selanjutnya aku mencari batu yang ketiga, namun tidak juga mendapatkannya. Lalu aku mengambil kotoran (yang telah kering) dan membawanya kepada beliau sebagai batu yang ketiga. Maka beliau hanya mengambil dua buah batu dan membuang kotoran yang telah kering tersebut seraya bersabda, 'Ini adalah kotoran'." (HR. Bukhari)

Sedangkan di dalam riwayat Imam Ahmad terdapat tambahan lafaz: "Bawakanlah kepadaku batu yang lain” Rasulullah s.a.w telah memperingatkan, bahwa kotoran binatang yang telah kering pun tidak dapat mensucikan najis, sedangkan tulang belulang binatang adalah salah satu dari makanan bangsa jin.
Di samping itu, beliau juga mengingatkan agar tidak menggunakan segala makanan serta hal-hal yang harus dihormati untuk membersihkan najis seperti bahagian dari tubuh haiwan, kertas atau kitab dan lain sebagainya.
Mengenai najis ini, tidak ada perbezaan antara yang masih basah maupun yang sudah kering. Jika anda beristinjak dengan menggunakan benda yang dilarang, maka istinjak anda tersebut tidak sah. Setelah itu, anda harus bersuci kembali menggunakan air dan tidak boleh lagi menggunakan pecahan batu kerana, pada bahagian yang harus disucikan tersebut telah terkena najis yang lain. Meskipun anda beristinjak dengan menggunakan makanan atau hal-hal yang harus dihormati, maka tetap istinjak anda ini tidak sah akan tetapi harus menggunakan air.
No comments:
Post a Comment