Wednesday, January 15, 2014

HADITS-HADITS TENTANG SERBAN

Berikut adalah hadith2 tentang serban:


عَنْ أَبِى جَعْفَرِ بْنِ مُحَمَّدِ بْنِ عَلِىِّ بْنِ رُكَانَةَ عَنْ أَبِيهِ أَنَّرُكَانَةَ 

صَارَعَ النَّبِىَّ فَصَرَعَهُ النَّبِىُّ -صلىالله عليه وسلم- قَالَ رُكَانَةُ 

وَسَمِعْتُ النَّبِىَّ يَقُولُ« فَرْقُ مَا بَيْنَنَا وَبَيْنَ الْمُشْرِكِينَ الْعَمَائِمُ 

عَلَى الْقَلاَنِسِ».

1). DariAbi Jaafar bin Muhammad bin Ali bin Rukanah dari ayahnya, “Sesungguhnya Rukanah bergulat dengan Nabi saw, maka Nabi saw pun membanting Rukanah. Rukanah berkata, aku mendengar Nabi saw bersabda, “Perbedaan antara kita dan antara orang-orang Musyrik adalah sorban di atas peci.” (HR Abu Dawud,at-Tirmizi, ath-Thabrani, al-Hakim, al-Baihaqi).

Penjelasan di dalam kitab Tanqih al-qaul dijelaskan bahawa jika memakai peci saja, maka menyerupai dengan kaum Musyrikin, kerana kaum Musyrikin pun suka memakai peci tapi tidak mengenakan sorban di atas pecinya. Di dalam kitab ad-Diamah juga disebutkan, kerana banyak keterangan bahawa kita dilarang tasyabbuh (menyerupai)orang-orang kafir dalam berbagai keadaan, juga saat berpakaian pada waktu beribadah.

عَنِ ابْنِ عُمَرَ قَالَ كَانَ النَّبِىُّ إِذَا اعْتَمَّ سَدَلَعِمَامَتَهُ بَيْنَ كَتِفَيْهِ

قَالَ نَافِعٌ وَكَانَ ابْنُ عُمَرَ يَسْدِلُ عِمَامَتَهُبَيْنَ كَتِفَيْهِ.

2). Dari Ibnu Umar ia berkata, “Sesungguhnya Rasulullah saw tatkala memakai sorban,dijuraikan (buntut) sorbannya itu diantara dua pundak/ bahunya.” (HR at-Tirmizi dan al-Baihaqi)

حَدَّثَنِى شَيْخٌ مِنْ أَهْلِ الْمَدِينَةِ قَالَ سَمِعْتُ عَبْدَ الرَّحْمَنِ بْنَعَوْفٍ 

يَقُولُ عَمَّمَنِى رَسُولُ اللَّهِ فَسَدَلَهَا بَيْنَيَدَىَّ وَمِنْ خَلْفِى

3). Telah mengabarkan kepadaku seorang Syeikh dari penduduk Madinah ia berkata, aku mendengar Abdurahman bin Auf berkata, “Rasulullah saw memakaikan sorban padaku, maka dijuraikanlah (buntut) sorban tersebut diantara kedua tanganku, dibelakangku.” (HR Abu Dawud, Abi Yala dan al-Baihaqi).

عن جابر قال, قال رَسُولُ اللَّهِ رَكْعَتَانِ بِعَمَامةٍ خَيْرٌمِنْ سَبْعِينَ 

رَكْعَةً بِلاَ عِمَامَةٍ)

4). Dari Jabir ia berkata, Rasulullah saw bersabda, “Solat dua rakaat dengan memakai sorban, lebih baik/utama dari pada solat tujuh puluh rakaat tanpa memakai sorban.” (HR ad-Dailami, lihat kitab Syarah jami ash-Shagir oleh Syeikh al-Manawi juz 4 hadits no4468). Solat adalah menghadap Sang Maha Raja dan datang menghadap ke hadirat Sang Maha Raja tanpa berhias adalah menyalahi adab! (Kitab Tanqih al-Qaul).

تَعَمَّموا فَإنَّ المَلائِكَةَ تَعَمَّمَتْ

5). Rasulullah saw bersabda, “Bersorbanlah kalian, kerana sesungguhnya para malaikat itu bersorban.” (Syeikh Nawawi al-Bantani, Tanqih al-qaul, bab keutamaan sorban).

Syeikh Muhammad Ibn Jamil Zainu (Imam Muhammad Ibn Saud Islamic University) dalam bukunya (Al-SyamailAl-Muhammadiyyah , hal 106):

بَلَى إِنْ تَصْبِرُواوَتَتَّقُوا وَيَأْتُوكُمْ مِنْ فَوْرِهِمْ هَذَا يُمْدِدْكُمْ رَبُّكُمْ 

بِخَمْسَةِآلَافٍ مِنَ الْمَلَائِكَةِ مُسَوِّمِينَ

“Ya (cukup), jika kamu bersabar dan bersiap-siaga dan mereka datang menyerang kamu dengan seketika itu juga, niscaya Allah menolong kamu dengan lima ribu Malaikat yang memakai tanda. (S.Al Imran: 125). Ibnu Abbas berkata, “Tanda itu maksudnya adalah memakai Sorban.”

وعن أبيهريرة معا (إن لله عز وجل ملائكة وقوفا بباب 

المسجد يستغفرون لأصحاب العمائم البيض)

6). “Beberapa malaikat Allah akan berdiri di depan pintu mesjid dan memintakan ampun bagi mereka yang memakai sorban berwarna putih” (Hafizhas-Sakhawi Al-Maqaasidul Hasanah, Hal 466)

عَنِ ابْنِ الْمُغِيرَةِ عَنْ أَبِيهِ أَنَّ النَّبِىَّ مَسَحَعَلَى الْخُفَّيْنِ 

وَمُقَدَّمِ رَأْسِهِ وَعَلَى عِمَامَتِهِ.

7). Dari Ibnu al-Mughirah dari Ayahnya, “Bahawasanya Nabi saw mengusap dua sepatunya, bahagian depan kepalanya dan sorbannya (saat wudlu).” (HR. Muslim, AbuDaud). Hadits tersebut di atas memberikan isyarat bahawa Rasulullah saw memakai sorban.

عَنْ أَبِي الدَّرْدَاءِ قَالَ قَالَ رَسُولُ اللهِ إِنَّ اللَّهَوَمَلائِكَتَهُ يُصَلُّونَ 

عَلَى أَصْحَابِ الْعَمَائِمِ يَوْمَ الْجُمُعَةِ

8). Dari Abi Darda ia berkata, Rasulullah saw bersabda, “Sesungguhnya Allah Swt dan para malaikat-Nya berselawat kepada orang-orang yang memakai sorban pada hari Jumaat).” (HR Ath-Thabrani dan Abu Nuaim.

وقال صلىالله عليه وسلم: صَلَّتِ المَلاَئِكَةُ عَلَى المُتَعَمِّمينَ يَوْمَ 

الجُمُعَة)

9). Rasulullah Saw bersabda, “Malaikat memintakan rahmat untuk orang-orang yang memakai sorban pada hari Jumaat.” (Syeikh Nawawial-Bantani, Tanqih al-qaul, bab keutamaan sorban)

وقال صلىالله عليه وسلم: تَعَمَّمُوا فَإنَّ الشَّياطِينَ لاَ تَتَعمَّمُ

10). Rasulullah Saw bersabda, “Bersorbanlah kalian, kerana sesungguhnya syaitan tidak bersorban.” (Syeikh Nawawi al-Bantani, Tanqih al-qaul, bab keutamaan sorban).

وقال صلىالله عليه وسلم: العَمَائِمُ سِيمَا المَلائِكَةِ 

فَأرْسِلُوهاخَلْفَ ظُهورِكُمْ

11). Rasulullah Saw bersabda, “Sorban adalah kekhususan/ciri malaikat, maka juraikanlah (buntutnya) di belakang punggung kalian.” (HR. Ibnu Adi danal-Baihaqi dalam kitab khulashah).

قال النبي العَمَائِمُ تِيجانُ العَرَبِ فَإذَا وَضَعُواالعَمَائِمَ وَضَعُوا 

عِزَّهُمْ)

12). Rasulullah Saw bersabda, “Sorban adalah mahkotanya orang Arab. Jika mereka meletakkan sorban, maka berarti mereka telah meletakkan kemuliannya.” (HR. ad-Dailami).

عَنْ أَبِي الْمَلِيحِ بن أُسَامَةَ، عَنْ أَبِيهِ ، قَالَ: قَالَ رَسُولُ اللَّهِ 

صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ: أَعْتِمُوا تَزْدَادُوا حِلْمًا.

13). Dari Abi al-Malih bin Usamah dari ayahnya ia berkata, Rasulullah saw bersabda, “Bersorbanlah kalian, niscaya kalian akan bertambah sabar.” (HR.at-Thabrani).

و حكى ابن عبد البرعن علي كرم الله وجهه أنه قال: (تمام 

جمالة المرأة في خفها، وتمام جمال الرجل فيعمته

14). Diriwayatkan dari Ibnu Abdil Bar dariImam Ali Kw, sesungguhnya beliau berkata, “Kesempurnaan kecantikan wanita ada pada selopnya dan kesempurnaan ketampanan laki-laki ada pada sorbannya.” (Ibnu Muflih al-Hambali, al-Adabu Syariyyah, juz 3, hal 354)

Pernyataan para Ulama tentang serban

قَدْ رَوَى الْبَيْهَقِيُّ فِيشُعَبِ الْإِيمَانِ عَنْ أَبِي عَبْدِ السَّلَامِ قَالَ 

سَأَلْت ابْنَ عُمَرَ كَيْفَ{ كَانَ النَّبِيُّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ يَعْتَمُّ 

قَالَ كَانَ يُدِيرُالْعِمَامَةَ عَلَى رَأْسِهِ وَيَغْرِزُهَا مِنْ وَرَائِهِ وَيُرْسِلُ 

لَهَا مِنْ وَرَائِهِذُؤَابَةً بَيْنَ كَتِفَيْهِ }

1). “Telah meriwayatkan al-Baihaqi dalam kitab Syuabul Iman dari Abi Abdis Salam, ia bertanya kepada kepada Ibnu Umar bagaimana sesungguhnya cara Rasulullah saw memakai sorban. Ia berkata, “Sesungguhnya beliau Saw melilitkan sorbannya kekepalanya, menancapkan buntutnya ke bahagian belakang dan menjuraikan (buntutnya) ke belakang rambutnya diantara dua bahunya.” (Syeikh Sulaiman bin Umar al-Jamal asy-Syafie, Hasyiyah Jamal, juz 6,hal 201)

وَيُسْتَحَبُّ لَهُ أَنْ يَعْتَمَّ من وجبت عليه الجمعة....... وَلِقَوْلِهِ 

{صَلَّىاللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ}: الْعَمَائِمُ تِيجَانُ الْعَرَبِ.

2). “Dan disunnahkan baginya agar bersorban pada hari Jumaat, berdasarkan pada hadits Rasulullah saw, “Sorban itu adalah mahkotanya orang Arab.” (Al-Qadalahial-Mawardi asy-Syafie, al-Hawi, juz 2, hal 1031)

الْمُخْتَارُ لِلنَّاسِ فِي هَذَا الْيَوْمِ مِنَ الزِّينَةِ (يوم العيد) ، 

وَحُسْنِالْهَيْئَةِ وَلُبْسِ الْعَمَائِمِ ، وَاسْتِعْمَالِ الطِّيبِ وَتَنْظِيفِ 

الْجَسَدِ، وَأَخْذِ الشَّعْرِ وَاسْتِحْسَانِ الثِّيَابِ.

3). “(Pendapat)yang terpilih bagi orang-orang pada saat hari ini (hari Id) tentang berhias adalah membaguskan rupa, memakai sorban, menatanya dengan baik dan menjaga kebersihan badan. Juga menyisir rambut, merapihkan pakaian.” (Al-Qadalahial-Mawardi asy-Syafie, al-Hawi, juz 2, hal 455).

(قوله: لخبر: إن الله وملائكته إلخ) أي ولخبر: صلاة 

بعمامة أفضل من خمس وعشرين بغيرعمامة، وجمعة بعمامة 

أفضل من سبعين بغير عمامة

4). “(Dan perkataannya berdasarkan khabar, “Sesungguhnya Allah Swt dan para Malaikatnya) dan berdasarkan khabar, solat dengan memakai sorban lebih utama daripada solat dua puluh rakaat tanpa memakai sorban. Dan Solat Juma tdengan memakai sorban lebih utama daripada solat Jumaat tujuh puluh rakaat tanpa memakai sorban.” (Sayyid Syatha ad-Dimyati asy-Syafie, Hasyiyah ianah ath-Thalibin, juz 2, hal95).

ثُمَّ الْعِمَامَةُ على صِفَتِهَا في السُّنَّةِ وَالرِّدَاءُ في الصَّلَاةِ 

مَطْلُوبٌشَرْعًا وهو أَنْ يَجْعَلَهُ على كَتِفَيْهِ 

5). “Kemudian sorban atas sifatnya dalam sunnah dan rida dalam solat, yang dituntut secara syara dalam pemakaiannya adalah dengan menguraikan (buntutnya) di belakang pundaknya.” (Syeikh Ibnu Hajar al-Haitami, Fatawa fiqhiyah kubra, juz1, hal 169)

وعبارة التحفة: وتسن العمامة للصلاة، ولقصد التجمل، 

للاحاديث الكثيرة فيها، واشتدادضعف كثير منها يجبره 

كثرة طرقها، وزعم وضع كثير منها تساهل، كما هو عادة 

ابن الجوزيهنا، والحاكم في التصحيح-ألا ترى إلى حديث

اعتموا تزدادوا حلما.

حيث حكم ابن الجوزي بوضعه، والحاكم بصحته، 

استرواحامنهما على عادتهما ؟ وتحصل السنة بكونها على 

الرأس أو نحو قلنسوة تحتها.

6). “Menurut Ibarat kitab Tuhfah:”dan disunnahkan memakai sorban untuk solat dan berhias, berdasarkan hadits-hadits yang banyak tentang hal tersebut. Dan kesangatan dlaif yang banyak dari padanya, dapat dinaikkan darjatnya dikeranakan oleh banyak thuruq (riwayatnya) dari jalur lain. Dan prasangka dugaan tentang banyak kepalsuan dari hadits-hadits tersebut adalah sikap yang terlalu merendahkan, seperti kebiasaan Ibnul Jauzi dalam hal ini dengan terlalu menganggap palsu suatu hadits. Dan kebiasaan al-Hakim dalam pentashihannya (menshahihkan). Lihatlah kepada hadits (bersorbanlah kalian, niscaya kalian akan bertambah sabar)” (Sayyid Syatha ad-Dimyatiasy-Syafie, Hasyiyah ianah ath-Thalibin, juz 2, hal 95).

وفي خبر أنه كان له ثلاث قلانس: قلنسوة بيضاء ، مضرية 

، وقلنسوة بردة حبرة ، وقلنسوةذات آذان يلبسها في السفر 

، وربما وضعها بين يديه إذا صلى ، ويؤخذ من ذلك أن 

لبس القلنسوةالبيضاء يغني عن العمامة ، وبه يتأيد ما 

اعتاده بعض مدن اليمن من ترك العمامة من أصلها

7). “Dan di dalam suatu hadits bahawa Rasulullah saw mempunyai tiga peci: peci putih, Mudlarriyah dan peci Burdah Habarah. Peci tersebut terkadang dipakai dalam safar dan terkadang ditaruhnya diantara kedua tangannya tatkala beliau Saw solat. Dan dapat difahami dari hal tersebut, bahawa memakai peci putih itu sudah terkaya dari pada sorban. Dan dengannya jadi kuatlah kebiasaan orang-orang di sebahagian kota-kota di negeri Yaman dari pada meninggalkan sorban sama sekali.” (Sayyid Abdurahman al-Masyhur asy-Syafie, Bughyahal-Mustarsyidin, hal 87)

والعمامة مستحبة في هذا اليوم وروى واثلة بن الأسقع أن 

رسول الله صلى الله عليه و سلمقال إن الله وملائكته يصلون 

على أصحاب العمائم يوم الجمعة فإن أكربه الحر فلا بأس 

بنزعهاقبل الصلاة وبعدها ولكن لا ينزع في وقت السعي 

من المنزل إلى الجمعة ولا في وقت الصلاةولا عند صعود 

الإمام المنبر وفي خطبته

8). “Dan sorban itu disunnahkan memakainya pada hari ini (Jumaat). Dan telah meriwayatkan Watsilah bin al-Asqa bahawa sesungguhnya Rasulullah saw bersabda, “Sesungguhnya Allah Swt dan para Malaikatnya berselawat kepada orang-orang yang memakai sorban di hari Jumaat. Maka jika cuaca panas merisaukannya, tidaklah mengapa sorban tersebut ditanggalkan sebelum solat dan sesudahnya. Akan tetapi janganlah ditanggalkan di waktu berjalan dari rumah menuju solat Jumaat, jangan pula di waktu solat dan jangan pula di waktu Khatib/Imam naik mimbar saat berkhutbah.” (al-Ghazali, Ihya ulumid ad-din, juz 1, hal 181).

9). “Semoga dengan penjelasan ini, para Fuqaha akan menerima fakta bahawa pahala solat dengan memakai sorban adalah lebih besar daripada solat tanpa memakai sorban” (Fatawa Rashidi, hal 326 dan FatawaRahimia, juz 4, hal 359).

10). “Maulana Rashid Ahmad Gangohi telah menulis seperti berikut ini ketika menjawab satu pertanyaan tentang sorban, “Membolehkan seorangImam (dalam solat) tanpa memakai sorban adalah sama sekali diizinkan tanpa suatu celaan. Namun kita tidak boleh mengabaikan fakta bahawa dengan memakai sorban, pahala akan meningkat.” (Fatawa Rasyidia, hal 326).

11). “Allamah Anwar Shah Kashmiri telah menulis, “Dari pandangan para fuqaha (ahli fiqih), kami menemukan bahawa adalah mustahab (sangat disukai) jika solat dilaksanakan dengan memakai tiga macam pakaian, satu diantaranya adalah sorban.” (Faidl al-Bari)

12). “Maulana Muhammad Zakariya Khandahlawi telah menulis dalam Khasail-e-Nabawi (Penjelasan Kitab Syamail Tirmizi), “Memakai sorban adalah Sunnat-Mustamirrah (terus menerus dilakukan oleh Nabi saw). Nabi saw sangat menganjurkan kita untuk memakai sorban. Telah diriwayatkan dalam mahfum hadits, “Pakailah sorban kerana itu akan membuatmu sabar” (Fathul Baari) Juga telah diriwayatkan bahawa seseorang bertanya kepada Hadhrat Ibn Umar ra, “Apakah memakai sorban itu adalah sunnah atau bukan?” Beliau menjawab bahawa itu adalah sunnah.

13). “Dalam beberapa kitab tentang biograf para Imam empat mazhab, Imam al-Suyuti and al-Haitami meriwayatkan bahawa beliau (Imam Hanafi) memiliki tujuh buah sorban, mungkin beliau memakai satu sorban untuk satu hari dalam seminggu. Juga Imam Syafie selalu memakai sorban yang besar, seolah-olah beliau adalah orang Arab di tengah padang pasir.” Seperti juga dengan muridnya, Pendiri Mazhab Hambali, Ahmad ibn Hanbal selalu memakai sorban dengan melilitkan sebahagian ekornya dibawah dagu. Banyak kaum muslimin di Afrika Utara dan di Sudan meniru cara beliau dalam memakai sorban.

14). Telah disebutkan juga bahawa Imam Bukhari ketika mempersiapkan perjalanannya ke Samarqand, beliau memakai sorban dan kaos kaki dari kulit (Muqaddimah Fathul Bari, Hal 493).

15). “Juga telah diriwayatkan bahawa Imam Muslim suatu ketika pernah meletakkan rida dan sorbannya di depan gurunya lalu pergi meninggalkan kelas. (Muqadimah Fathul Bari, hal491). Ini membuktikan bahawa Imam Muslim ketika mempelajari hadits selalu dalam keadaan memakai sorban.

16). “Ibn Hajar Al-Asqalani rah telah menyebutkan di dalam kitab Fathul Baari hal 491 dan 493, bahawasanya Imam Bukhari dan Imam Muslim keduanya selalu memakai sorban.”

Catatan: Walaupun mereka bukan orang Arab tapi mengamalkan hal ini (memakai sorban) untuk mengikuti Sunnah Rasulullah saw.

17). “Ibn Al-Jawzi dan Ibn Al-Qayyim (dalam kitab Raudatal-muhibbin hal. 225.) mengatakan bahawa Syeikh Hasan al-Basri selalu memakai sorban.”

18). Juga dikatakan dalam beberapa buku biografi, bahawa Imam Abu Zakaria an-Nawawi seumur hidupnya hanya memakai gamis dan sorban.

No comments:

Post a Comment