Tuesday, February 11, 2014

DOA TERBEBAS DARI HUTANG

Doa terbebas dari hutang, adalah amalan doa mustajab agar terbebas dari hutang, minta kecukupan kpd Allah dan berlindung dari kefakiran. semoga bermanfaat semoga terbebas dari hutang. Sudah sifatnya manusia adalah tergesa2. Segala cara ditempuh agar hutang cpt lunas. Terlilit hutang apalagi hutang Bank boleh berakibat pada kehinaan di siang hari dan gundah gulana dimlm hari. Agar tidak terjerat riba yg ke dua kali baca Tips Cara Dpt Pinjaman Tanpa Riba. Kali ini admin akan membagikan Doa terbebas dari hutang. Begini terjemahan Doa terbebas dari hutang simak baik2.

Penjelasan doa terbebas dari hutang: Telah diceritakan dari Zuhair bin Harb, telah diceritakan dari Jarir, dari Suhail, ia berkata, “Abu Soleh telah memerintah kan kpd kami bila salah seorg di antara kami hendak tidur, hendaklah berbaring di sisi kanan kemudian mengucapkan,

اَللَّهُمَّ رَبَّ السَّمَاوَاتِ السَّبْعِ وَرَبَّ الْعَرْشِ الْعَظِيْمِ، رَبَّنَا 

وَرَبَّ كُلِّ شَيْءٍ، فَالِقَ الْحَبِّ وَالنَّوَى، وَمُنْزِلَ 

التَّوْرَاةِ وَاْلإِنْجِيْلِ وَالْفُرْقَانِ، أَعُوْذُ بِكَ مِنْ شَرِّ كُلِّ شَيْءٍ 

أَنْتَ آخِذٌ بِنَاصِيَتِهِ. اَللَّهُمَّ أَنْتَ اْلأَوَّلُ فَلَيْسَ 

قَبْلَكَ شَيْءٌ، وَأَنْتَ اْلآخِرُ فَلَيْسَ بَعْدَكَ شَيْءٌ، وَأَنْتَ 

الظَّاهِرُ فَلَيْسَ فَوْقَكَ شَيْءٌ، وَأَنْتَ الْبَاطِنُ فَلَيْسَ 

دُوْنَكَ شَيْءٌ، اِقْضِ عَنَّا الدَّيْنَ وَأَغْنِنَا مِنَ الْفَقْرِ

Allahumma rabbas-samaawaatis sab’i wa rabbal Arasyil ‘azhiim, rabbanaa wa rabba kulli syai-in, faaliqol habbi wan-nawaa wa munzilat-tawrooti wal injiil wal furqoon. A’udzu bika min syarri kulli syai-in anta aakhidzum binaa-shiyatih. Allahumma antal awwalu falaysa qoblaka syai-un wa antal aakhiru falaysa ba’daka syai-un, wa antazh zhoohiru fa laysa fawqoka syai-un, wa antal baathinu falaysa duunaka syai-un, iqdhi ‘annad-dainaa wa aghninaa minal faqri.

Terjemahan:

Ya Allah, Rabb yg menguasai langit yg 7, Rabb yg menguasai Arasy yg agung, Rabb kami dan Rabb segala sesuatu. Rabb yg membelah butir tumbuh2an dan biji buah, Rabb yg menurunkan kitab Taurat, Injil dan Furqan (Al-Quran). Aku berlindung kpdMu dari kejahatan segala sesuatu, Yg Engkau memegang ubun2 nya (semua makhluk atas kuasa Allah), Ya Allah, Engkaulah yg awal, seblmMu Tiada sesuatu. Engkaulah yg terakhir, stlhMu Tiada sesuatu. Engkaulah yg lahir, Tiada sesuatu di atasMu. Engkaulah yg Batin, Tiada sesuatu yg luput dariMu. Lunasilah hutang kami dan berilah kami kekayaan (kecukupan) hingga terlepas dari kefakiran. Aaamiin. (HR Muslim)

Kaifiat mengamalkan doa terbebas dari hutang diatas:

1. Ketika hendak tidur
2. Bila tidur usahakan miring kekanan
3. Afdal bila seblm tidur ambil wudhu, solat sunat taubat, solat hajat.

Gunakan adab2 tidur dari Rasulullah, boleh baca rahsia tidur penuh berkat dan pahala. Semoga bermanfaat dan semoga doa diatas mustajab, jgn lupa baca selawat biar doa makbul disisi Allah. 

Amalan Riyadah buat org yg muflis. Syaikh Yusuf bin Isma’il an-Nabhani menjelaskan dlm kitabnya, سعادة الدارين فى الصلاة على سيد الكونين sbg berikut: Hazihi Faidatun Azhimah (Ini Faidah yg besar): Org yg memiliki hajat kpd Allah, hendaklah menunaikan solat pada suatu tmpt yg sepi, tidak dilihat oleh seseorg pun, wudhu secara sempurna, lalu solat sunat (hajat) 4 rakaat. Yg dibaca setiap rakaatnya adalah:

Rakaat ke-1 : surah Al-Fatihah 1x, diteruskan surah al-Ikhlash 10x.
Rakaat ke-2 : surah Al-Fatihah 1x, diteruskan surah al-Ikhlash 20x
Rakaat ke-3 : surah Al-Fatihah 1x, diteruskan surah al-Ikhlash 30x
Rakaat ke-4 : surah Al-Fatihah 1x, diteruskan surah al-Ikhlash 40x.

Selesai solat lantas membaca :

1). Surah al-Ikhlas 50x,
2). Selawat Nabi 70x,
3). La haula wala quwwata illa billah 70x.

Jika dia memiliki hutang, Allah akan melunasinya. Jika tersesat di daerah asing, Allah akan mengembali kannya (pada keluarganya). Jika memiliki dosa sebnyk awan di langit, lalu memohon ampunan kpd Allah, maka dosa2nya akan diampuniNya. Jika tidak memiliki anak, maka Allah akan menganugerahinya anak. Jika berdoa, maka akan terkabul doanya dan jika tidak berdoa meminta sesuatu, justru Allah akan marah kpdnya. Na’udzu billahi min dzalik. 

Di bwh teks tersebut ada penjelasan: “Ini aku tuliskan (didlm kitab ini) dlm rangka utk terkabulnya suatu doa zikir, agar diambil manfaatnya oleh org yg membacanya. Aku bersumpah kpdmu wahai org yg ingin mengambil faedah, Demi Tuhan yg meninggikan langit dan membentangkan bumi, iaitu Allah Yg Maha Pengasih dari sekalian yg pengasih, kiranya engkau tidak mengizinkan seorg pun selama nya utk mengamalkannya, kecuali org yg berhak, dgn syarat bahawa org itu sgt terpaksa. Krn amalan ini cukup berat. 

Aku selaku seorg hamba yg fakir meng-amalkannya secara rutin utk keperluan hutang2ku terlunasi dan keperluan lainnya. Blm smpi aku menyelesaikan solat dan keluar dari tmpt solatku, Allah mengabulkan hajatku dan memenuhi harapanku. Hanya bagi Allah segala puji dan rasa syukur aku haturkan.”

Doa agar terbebas dari hutang:

اللَّهُمَّ إِنِّى أَعُوذُ بِكَ مِنَ الْهَمِّ وَالْحَزَنِ وَأَعُوذُ بِكَ مِنَ 

الْعَجْزِ وَالْكَسَلِ وَأَعُوذُ بِكَ مِنَ الْجُبْنِ وَالْبُخْلِ 

وَأَعُوذُ بِكَ مِنْ غَلَبَةِ الدَّيْنِ وَقَهْرِ الرِّجَالِ

(Allahuma inni a’udzubika minal hammi wal hazani wa a’udzubika minal ajzi wal kasali wa a’udzubika min ghalabatid dayni wa qahrir rijaali).

“Ya Allah, aku berlindung kpdMu dari kegelisahan dan kesedihan. Dan aku berlindung kpdMu dari kelemahan dan kemalasan. Dan aku berlindung kpdMu dari kebakhilan dan sifat pengecut. Dan aku berlindung kpdMu dari terjerat hutang dan ketertindasan.” (HR Abu Daud). 

Rasulullah saw telah mengajarkan doa ini kpd seorg sahabat bernama Abu Umamah yg sdg terjerat hutang, agar doa ini dibaca setiap pagi dan ptg. Stlh melakukan apa yg diajarkan beliau, Abu Umamah terbebas dari hutang yg melilitnya. (Al Azkar, hal. 158). Di baca pagi dan ptg abis solat subuh dan asar.

No comments:

Post a Comment