Tuesday, February 11, 2014

WAKTU DOA MUSTAJAB

Waktu doa mustajab yg bila diamalkan menyebabkan doa yg dipanjatkan oleh seorg hambah menjadi maqbul diterima disisi Allah. Allah swt memberikan masing2 waktu dgn keutamaan dan kemuliaan yg berbeza2, diantaranya ada waktu2 tertentu yg sgt baik utk berdoa, akan ttp kebnykan org menyia2kan kesempatan baik tersebut. Mrk mengira bahawa seluruh waktu memiliki nilai yg sama dan tidak berbeza. Bagi setiap muslim seharusnya memanfaatkan waktu2 yg utama dan mulia utk berdoa agar mendptkan kesuksesan, keberuntungan, kemenangan dan keselamatan. Adapun waktu2 mustajabah tersebut:

1). Sepertiga Akhir Mlm: Dari Abu Hurairah r.a bahawa Rasulullah saw bersabda:  Ertinya: “Sesungguhnya Rabb kami yg Maha Berkat lagi Maha Tinggi turun setiap mlm ke langit dunia hingga tersisa seper3 akhir mlm, lalu berfirman: brgsiapa yg berdoa, maka Aku akan kabulkan, brgsiapa yg memohon, pasti Aku akan perkenankan dan brgsiapa ya meminta ampun, pasti Aku akan mengampuninya” (HR Bukhari).

2). Tatkala Berbuka Puasa Bagi Org Yg Berpuasa: Dari Abdullah bin Amr bin Ash r.a bahawa dia mendgr Rasulullah saw bersabda: Ertinya: “Sesungguhnya bagi org yg berpuasa pada saat berbuka ada doa yg tidak ditolak” (HR Ibnu Majah, Hakim).

3). Setiap Selepas Solat Fardhu: Dari Abu Umamah, sesungguhnya Rasulullah saw ditanya ttg doa yag paling didgr oleh Allah swt, beliau menjawab. Ertinya: “Di pertengahan mlm yg akhir dan setiap selesai solat fardu” (HR Tirmizi).

4). Pada Saat Perang Berkecamuk: Dari Sahl bin Saad r.a bahawa Rasulullah saw bersabda. Ertinya: “Ada dua doa yg tidak tertolak atau jarang tertolak: doa pada saat azan dan doa tatkala perang berkecamuk” (HR Abu Daud, Baihaqi, Hakim Disahihkan Imam Nawawi dlm Al-Azkaar).

5). Sesaat Pada Hari Jumaat: Dari Abu Hurairah r.a bahawa Rasulullah saw bersabda. Ertinya: “Sesungguhnya pada hari Jumaat ada satu saat yg tidak bertepatan seorg hamba muslim solat dan memohon sesuatu kebaikan kpd Allah melainkan akan diberikan padanya, beliau berisyarat dgn tgnnya akan sedikitnya waktu tersebut” (HR Bukhari dan Muslim). Waktu yg sesaat itu tidak boleh diketahui secara persis dan masing2 riwayat menyebutkan waktu tersebut secara berbeza2, sbgmn yg telah disebutkan oleh Ibnu Hajar dlm Fathul Bari 11/203. Dan kemungkinan besar waktu tersebut berada pada saat Imam atau Khatib naik mimbar hingga selesai solat Jumaat atau hingga selesai waktu solat asar bagi org yg menunggu solat maghrib.

6). Pada Waktu Bangun Tidur Pada Mlm Hari Bagi Org Yg Seblm Tidur Dlm Keadaan Suci dan Berzikir Kpd Allah: Dari Amr bin Anbasah r.a bahawa Rasulullah saw bersabda. Ertinya: “Tidaklah seorg hamba tidur dlm keadaan suci lalu terbangun pada mlm hari kemudian memohon sesuatu ttg urusan dunia atau akhirat melainkan Allah akan mengabulkannya” (HR Ibnu Majah). Terbangun tanpa sengaja pada mlm hari. (An-Nihayah fi Gharibil Hadis 1/190). Yg dimaksud dgn “ta’ara minal lail” terbangun dari tidur pada mlm hari.

7). Doa Diantara Azan dan Iqamah: Dari Anas bin Malik r.a bahawa Rasulullah saw bersabda. “Ertinya: “Doa tidak akan ditolak antara azan dan iqamah” (HR Abu Daud, Tirmizi, Baihaqi).

8). Doa Pada Waktu Sujud Dlm Solat: Dari Ibnu Abbas r.a bahawa Rasulullah saw bersabda. Ertinya: “Adapun pada waktu sujud, maka bersungguh2lah berdoa sbb saat itu saat tepat suatu doa utk dikabulkan” (HR Muslim). Yg dimaksud adalah sgt tepat dan layak utk dikabulkan doa kamu.

9). Pada Saat Sdg Kehujanan: Dari Sahl bin Saad r.a bahawa Rasulullah saw bersabda. Ertinya: “Dua doa yg tidak pernah ditolak, doa pada waktu azan dan doa pada waktu kehujanan”. (Mustadrak Hakim). Imam An-Nawawi berkata bahawa penyebab doa pada waktu kehujanan tidak ditolak atau jarang ditolak dikrnkan pada saat itu sdg turun rahmat khususnya curahan hujan pertama di awal musim. (Fathul Qadir 3/340).

10). Pada Saat Ajal Tiba: Dari Ummu Salamah r.ha bahawa Rasulullah mendtgi rumah Abu Salamah (pada hari wafatnya)dan beliau mendptkan kedua mata Abu Salamah terbuka lalu beliau memejam kannya kemudian bersabda. Erti nya: “Sesungguhnya tatkala ruh dicabut, maka pandangan mata akan mengikuti nya’. Semua keluarga histeris. Beliau bersabda: ‘Jgnlah kalian berdoa utk diri kalian kecuali kebaikan, sbb para malaikat mengamini apa yg kamu ucapkan”. (HR Muslim).

11). Pada Mlm Lailatul Qadar: Allah swt berfirman. Ertinya: “Mlm kemuliaan itu lebih baik dari 1000 bln. Pada mlm itu turun malaikat2 dan malaikat Jibril dgn izin Tuhannya utk mengatur segala urusan. Mlm itu penuh kesejahteraan smpi terbit fajar”. (QS Al-Qadar:3-5). Imam As-Syaukani berkata bahawa kemuliaan Lailatul Qadar mengharuskan doa setiap org pasti dikabulkan (TuhfatudZakirin).

12). Doa Pada Hari Arafah: Dari Amr bin Syuaib r.a dari bapanya dari datuknya bahawa Nabi saw bersabda. Ertinya: “Sebaik2 doa adalah pada hari Arafah” (HR Tirmizi).

No comments:

Post a Comment