Tuesday, February 11, 2014

DOA TAHAJJUD

Doa Tahajjud adalah doa yg dipanjatkan kpd Allah Taala stlh kita melakukan amal soleh iaitu solat tahajjud. Berikut doa tahajjud sahih latin dan ertinya. Solat Tahajjud adalah solat sunat yg dikerjakan pada mlm hari sesudah mengerjakan solat Isya smpi terbitnya fajar dan sesudah bangun dari tidur, meskipun itu hanya sebentar. 

Hukum Solat Tahajjud adalah Sunnat Mu’akkad iaitu sunnat yg sgt dianjurkan utk dikerjakan, krnnya maka Rasul saw sgt menganjurkan kpd para umatnya utk sentiasa mengerjakan solat tahajjud. Menurut para ulama, bilangan rakaat solat tahajjud itu sekurang2nya adalah dua rakaat dan sebnyk2 nya tidak terbatas. Dikerjakan setiap dua rakaat. Ayat Al-Quran dan Hadis yg menganjurkan utk Solat Tahajjud:

1). Allah Taala berfirman yg ertinya: “Dan hamba2 Tuhan yg Maha Penyayg itu adalah org2 yg berjln diatas bumi dgn rendah hati dan apb org2 jahil menyapa mrk, mrk mengucapkan kata2 yg baik. Dan org yg melalui mlm hari dgn sujud dan berdiri utk Tuhan mrk”

2). Rasulullah saw bersabda: “Kerjakanlah solat mlm, krn solat mlm itu kebiasaan org2 yg soleh seblm kamu dahulu, juga suatu jln utk mendktkan diri kpd Tuhan kalian, juga sbg penebus pada segala kejahatan (dosa) mencegah dosa serta dpt menghindarkan penyakit dari badan (HR Tirmizi dan Ahmad).

Utk cara solat tahajud sama dgn solat sunah lainnya atau solat dua rakaat dgn niat sbg berikut:

(Ushollii sunatan Tahajudi rok’ataini mustaqbilal qiblati adaa-an lillaahi ta’aalaa).

Ertinya: “Niat aku solat sunah tahajud dua rakaat menghadap qiblat krn Allah”.

Doa Tahajud. Doa stlh solat tahajjud: 

(Allahumma lakalhamdu annta nuurussamaawaati wal’ardhi wa manfiihinna wa lakalhamdu annta, wa lakalhamdu annta qayyimussamaawaati wal’ardhi wa manfiihinna, wa lakalhamdu annta rabbussamaa waati wal’ardhi wa manfii hinna, wa lakalhamdu annta mulkussamaawaati wal’ardhi wa manfiihinna, wa lakalhamdu annta malikussamaawaati wal’ardhi wa manfiihinna, wa lakalhamdu anntalhaqq wa wa’dukalm haqq, wa liqaa’uka haqq, wa qauluka haqq, waljan natu haqq, wannaaruhaqq, wannabiyuuna haqq, wa muhammadun shallallaahu ‘alaihi wa sallam haqq, wassaa’atu haqq. Allaahumma laka aslamtu wa ‘alaika tawakkaltu wa bika aamanntu wa ilaika anabtu wa bika khaashamtu wa ilaika haakamtu faghfirlii maa qaddamtu wa maa akhkhartu wa maa asrartu wa maa a’lantu, anntalmuqaddimu wa anntalmu’akhkhiru laa ilaaha illaa annta anta ilaahii laa ilaaha illaa annta).

Terjemahan Doa Tahajud: “Ya, Allah! BagiMu segala puji, Engkau cahaya langit dan bumi serta seisinya. BagiMu segala puji, Engkau yg mengurusi langit dan bumi serta seisinya. BagiMu segala puji, Engkau Tuhan yg menguasai langit dan bumi serta seisinya. BagiMu segala puji dan bagiMu kerajaan langit dan bumi serta seisinya. BagiMu segala puji, Engkau benar, janjiMu benar, firman Mu benar, bertemu dgnMu benar, Syurga adalah benar (ada), Neraka adalah benar (ada), (terutusnya) para nabi adalah benar, (terutusnya) Muhammad adalah benar (dariMu), peristiwa hari kiamat adalah benar. Ya Allah, kpdMu aku pasrah, kpdMu aku bertawakal, kpdMu aku beriman, kpdMu aku kembali (bertaubat), dgn pertolonganMu aku berdebat (kpd org2 kafir), kpdMu (dan dgn ajaranMu) aku menjatuhkan hukum. Oleh krn itu, ampunilah dosaku yg telah lalu dan yg akan dtg. Engkaulah yg mendahulukan dan mengakhirkan, tiada Tuhan yg hak disembah kecuali Engkau, Engkau adalah Tuhanku, Tiada Tuhan yg hak disembah kecuali Engkau”. Aamiin

No comments:

Post a Comment