“Ibnu Abbas rr.a berkata: Ketika Allah swt menjadikan Arasy, lalu menyuruh malaikat memikulnya. Para malaikat merasakan amat berat memikulnya. Kemudian Allah swt menyuruh malaikat membaca (menyebut) Subhanallah. Malaikat membacanya, maka terasa ringan memikul Arasy dan mrk terus menyebut (berzikir) selama2nya.
Apb Allah swt menjadikan Adam as. Maka mula2 yg keluar dari mulut Adam ialah bersin. Lalu Allah ilhamkan kpdnya utk menyebut Alhamdulillah. Sebaik sahaja Adam as menyebut Alhamdulillah, lalu Allah menjawab Yarhamuka Rabbuka (krn rahmat itulah Aku menjadikan engkau). Kemudian malaikat berkata: Inilah kalimah mulia dan baik dan tidak sepatutnya kami abaikan. Maka para malaikat pun membaca (berzikir) Subhanallah Walhamdulillah. Para malaikat membaca (zikir) sehinggalah Allah swt mengutuskan Nabi Nuh as.
Oleh krn kaum Nabi Nuh adalah kaum pertama menyembah berhala, maka Allah swt mewahyukan kpd Nabi Nuh as supaya menyuruh kaumnya membaca Laa illaha illallah bagi mendptkan keredhaan Allah. Lalu berkata malaikat: Inilah kalimah ke3 yg besar dan baik yg tidak boleh kami abaikan. Maka malaikat pun menggabungkan dgn dua kalimah seblmnya utk menjadi: Subhanallah Walhamdulillah, Walaa ilaha illallah. Para malaikat mengamalkan kalimah tersebut sehingga terutusnya Nabi Ibrahim as.
Stlh terutusnya Nabi Ibrahim as, Allah swt telah memerintahkan baginda menjlnkan korban ke atas anaknya, yg mana akhirnya Allah telah menebus anaknya Ismail dgn seekor qibbas (kambing). Apb Nabi Ibrahim as melihat anaknya terselamat dari disembelih dan digantikan dgn qibbas, maka Nabi Ibrahim as menyebut: Allahu akbar, krn merasa terlalu gembira atas nikmat yg dikurniakan Allah kpdnya. Berkata para malaikat: Inilah kalimah keempat yg sungguh baik dan besar. Kemudian para malaikat menggabungkan kalimah itu dgn 3 kalimah seblmnya menjadi: Subhanallah, Walhamdulillah, Walaa ilaha illallah, Wallahu Akbar.
Ketika malaikat Jibril as menceritakan kisah ini kpd Rasulullah saw, kagum dan terus melafazkan: Laa haula Wala quwwata illa billahil aliyil azim. Kemudian Jibril as berkata: Gabungkan kalimah yg 4 itu sehingga menjadi “Subhanallah, Walhamdulillah, Walaa ilaha illallah, Wallahu akbar Walaa haula Wala quwwata illa billahil aliyil aziem.” (HR Muslim)
Amalan yg disukai Allah “Subhanallah walhamdulillah wala ilaha illallah wallahu akbar”. Allah berfirman dlm al-Quran: ”Hai org2 yg beriman! berzikirlah (mengingat) kpd Allah dgn zikir yg sebnyk2nya. Dan bertasbihlah kpdNya pada waktu pagi dan ptg”. (QS Al-Ahzab:41-42). Hadis yg membicarakan keutamaan zikir “Subhanallahi Walhamdulillahi Wala Ilaha Illallahu Wallahu Akbar”:
1). Rasulullah saw bersabda, “Lazimkan membaca Subhanallahi Walhamdulillahi Wala Ilaha Illallahu Wallahu Akbar, krn semua itu dpt menghapuskan dosa sbgmn gugurnya daun dari pohon”. (HR Ibnu Majah)
2). Abu Hurairah meriwayatkan Rasulullah saw berkata : “Membaca Subhanallahi Walhamdulillahi Wala Ilaha Illallahu Wallahu Akbar lebih aku sukai dpd seisi dunia.” (HR Muslim).
3). Dari Samurah bin Jundub, ia berkata bahawa Rasulullah saw bersabda, “Ada empat ucapan yg paling disukai oleh Allah: (1) Subhanallah, (2) Alhamdulillah, (3) Laa ilaaha illallahdan (4) Allahu Akbar. Tidak berdosa bagimu dgn mana saja kamu memulai” (HR Muslim).
4). Dari Abu Hurairah, dia berkata, “Rasulullah saw telah bersabda: ‘Sesungguh nya membaca “Subhanallahi Walhamdulillahi Wala Ilaha Illallahu Wallahu Akbar” adalah lebih aku cintai dpd segala sesuatu yg terkena sinar mata hari.” (HR Muslim). Al Munawi rah mengatakan, “Segala sesuatu yg dikatakan antara langit dan bumi atau dikatakan lebih baik dari sesuatu yg terkena sinar matahari atau tenggelamnya, ini yg menggambarkan dunia dan seisinya.” Dari sini menunjukkan bahawa ke 4 kalimat tersebut lebih baik dpd dunia seisinya.
5). HR Ahmad: Dari Ummi Hani binti Abu Thalib dia berkata, “Rasulullah saw melewatiku pada suatu hari, lalu saya berkata kpd beliau, “Wahai Rasulullah, saya sudah tua dan lemah, maka perintahkanlah kpdku dgn amalan yg boleh saya lakukan dgn duduk”. Baginda bersabda: “Bertasbihlah kpd Allah 100 kali, krn itu sama dgn kamu membebaskan 100 hamba dari keturunan Ismail. Ber tahmidlah kpd Allah 100 kali krn itu sama dgn 100 kuda berpelana yg memakai kekang di mulutnya, yg kamu bawa di jln Allah. Bertakbirlah kpd Allah dgn 100 takbir krn ia sama dgn 100 unta yg menggunakan tali pengekang dan penurut. Bertahlillah kpd Allah 100 kali.” Ibnu Khalaf berkata; saya mengira beliau ber sabda: “Krn ia memenuhi di antara langit dan bumi dan pada hari ini tidaklah amalan seseorg itu diangkat kecuali akan didtgkan dgn semisal yg kamu laku kan itu”.
6). Dari Abdullah bin Amr, Rasulullah saw bersabda, “Tidaklah seorg di muka bumi ini mengucapkan: Laa ilaha illallah, wallahu akbar, subhanallah, walham dulillah, wa laa hawla wa laa quwwata illa billah, melainkan dosa2nya akan dihapus walaupun sebnyk buih di lautan.” (Hr Ahmad)
7). Dari Ibnu Masud, ia berkata, Rasulullah saw bersabda, “Aku pernah bertemu dgn Ibrahim pada mlm ketika aku diisrakan, kemudian ia berkata, ‘Wahai Muhammad, smpikan salam dariku kpd umatmudan beritahukan kpd mrk bahawa Syurga debunya harum, airnya segardan syurga tersebut adalah datar, tanamannya adalah kalimat: Subhanallahi Walhamdulillahi Wala Ilaha Illallahu Wallahu Akbar (Maha Suci Allah, segala puji bagi Allah, Tiada tuhan yg berhak disembah kecuali Allahdan Allah Maha Besar).” (HR Tirmizi).
8). Dari Abu Said Al Khudri dan Abu Hurairah, bahawa Rasulullah saw bersabda, “Sesungguhnya Allah telah memilih empat perkataan: Subhanallah (Maha suci Allah) dan Alhamdulillah (segala puji bagi Allah) dan Laa ilaaha illa allah (Tiada yg berhak disembah selain Allah) dan Allahuakbar (Allah maha besar). Brgsiapa mengucapkan subhaanallah, maka Allah akan menulis dua puluh kebaikan baginya dan menggugurkan dua puluh dosa darinya dan brgsiapa mengucapkan Allahu Akbar, maka Allah akan menulis spt itu jugadan brgsiapa mengucapkan laa Ilaaha illallah, maka akan spt itu jugadan brgsiapa mengucapkan alhamdulillahi Rabbil ‘aalamiin dari relung hatinya maka Allah akan menulis 3 puluh kebaikan utknya dan digugurkan 3 puluh dosa dari nya.” (HR Ahmad).
Semoga Allah memberi kita kekuatan utk istiqamah mengamalkan zikir “Subhanallahi Walhamdulillahi Wala Ilaha Illallahu Wallahu Akbar” dlm kehidupan seharian kita. InsyaAllah.
No comments:
Post a Comment