1. Rasulullah s.a.w bersabda: “Sesungguhnya Allah Taala telah menulis sebuah kitab 2000 tahun sebelum menciptakan langit dan bumi. Kemudian dari kitab tersebut, Allah Taala menurunkan 3 ayat utk mengakhiri surat Al Baqarah, yg mana apabila ketiga-tiga ayat tersebut di baca di dalam rumah selama 3 malam, niscaya syaitan tidak akan berani mendekatinya’. (HR Abu Abdillah, Darimi, Tirmizi, Nasai).
2. Rasulullah s.a.w bersabda: “Barangsiapa membaca dua ayat terakhir dari surat Al Baqarah pada malam hari, maka dua ayat tersebut akan mencukupinya”. (HR Ahmad, Darimi, Bukhari, Muslim).
3. Rasulullah s.a.w bersabda: “Ada dua ayat yang merupakan Al Quran dan boleh juga untuk ubat kesembuhan, bahkan keduanya termasuk diantara yang dicintai oleh Allah Taala, iaitu dua ayat terakhir dari surat Al Baqarah. (HR Dailami).
4. Rasulullah s.a.w bersabda: “Sesungguhnya ayat-ayat tersebut (akhir surat Al Baqarah) merupakan Qur’an, doa dan akan memasukkan pembacanya ke dalam syurga serta mendatangkan keredaan Zat Yang Maha Rahman”. (HRAbu Ubaid, Ibnu Dhoris dan Jaafar Al Faryabi)
5. Rasulullah s.a.w bersabda: Allah Taala telah menurunkan dua ayat terakhir dari surat Al Baqarah dari sebuah khazanah di syurga. Kedua ayat tersebut telah ditulis oleh Yang Maha Rahman dgn QudratNya sendiri 2000 tahun sebelum Dia menciptakan makhlukNya. Maka barangsiapa membacanya selepas solat isyak niscaya bacaan tersebut telah mencukupinya dari solat malam. (HR Ibnu Abdi).
6. Dari Abdullah bin Masud r.a Berkata: “Barangsiapa membaca akhir surat Al Baqarah pada malam hari, maka sungguh dia telah mendapat pahala dan kebaikan yang banyak. (HR Thabrani).
No comments:
Post a Comment