Mahodum Hasibuan: Syura Dakwah London di Bumi Madinah. Laporan Muslim di Amerika.
Manusia tidak suka kegelapan, untuk hilangkan Kegelapan maka kita perlu datangkan cahaya, tak perlu cakap tentang gelap, gelap akan pergi bila cahaya datang. Hari ni kita banyak sibuk bercakap tenatng gelap tapi tidak usaha untuk datangkan cahaya.
Nabi Saw bergerak sebagai cahaya menerangi tempat yg gelap, usaha dakwah ini ialah membawa cahaya menerangi tempat yg gelap. Orang Islam juga di umpama bagaikan pilot dalam satu pesawat, penumpang pula ialah penduduk dunia ini, kalau pilot tidur apa akan terjadi. Hari ni Orang Islam tidur tidak buat usaha Dakwah.
Satu Jemaah di hantar ke Detroit Amerika, dari sana jemaah masuk ke Chicago, sampai di Chicago bertemu dgn seorang muslim bernama Ahmad Raqib, juga seorang karkun, beliau bercerita 50 tahun yg lalu waktu umur dia 10 tahun sedang bermain di pantai bersama kawan2, datang seorang lelaki berbadan besar berpakaian sunnah datang membawa satu beg Sweet Candy dan jerit memanggil semua anak2 di pantai, ”Siapa nak sweet candy”, maka semua anak2 berlari berkumpul di depan dia.
Sebelum kamu ambil sweet candy ini kamu ikut saya cakap kata orang itu:
Tuhan saya ialah ALLAH. Agama yg Benar ialah Islam.
Kemudian dia lukis segitiga berpenjuru dan bagitahu Islam akan masuk di Amerika dan tersebar melalui 3 penjuru ini iaitu dari Chicago kemudian tersebar sampai ke Clieveland dan sampai ke Detroit kemudian Islam akan berkembang ke seluruh Amerika.
Selepas itu orang tu bagi candy dan dia pun beredar, minggu depan orang besar tu datang lagi bawa candy dan cakap yg sama yg mcm minggu lalu, kami waktu tu anak2, yg kami pentingkan ialah candy jadi kami ikut je apa yg dia perkatakan. Hampir beberapa minggu orang tu datang kemudian orang tu dah tak datang lagi, rupa-rupanya lelaki itu di hantar khas oleh Hadratji Maulana Yusuf rah. untuk buat dakwah di Amerika.
15 tahun lepas tu waktu saya umur 25 tahun, saya telah masuk Islam di tangan Kapten Amerudin, seorang orang kuat Dakwah Tabligh Eropah, dia ajar saya solat, saya pun balik rumah dan solat di rumah. Tiba2 nenek saya yg di atas kerusi roda telah nampak saya. Apa yg kamu telah buat tanya nenek? Saya jawab, saya solat, sekarang saya muslim.
Nenek saya dengar dan menangis teresak-esak, saya pun risau, bila nenek saya selesai nangis saya bertanya kenapa nenek menangis? nenek jawab “masa aku umur 7 tahun, aku telah nampak ayah aku buat macam kau buat”, rupanya dulu keturunan kami Islam tetapi hijrah dari Afrika pergi ke Amerika akhirnya telah tukar agama, kemudian keluarga saya telah di kumpulkan dan satu keluarga telah ucap shahadah masuk Islam.
ALLAH tak perlukan kita untuk kembangkan agama, kalau ALLAH pilih kita buat dakwah itu maknanya ALLAH nak muliakan kita, semua azab Tsunami, banjir, tornado dan lain2 terjadi kerana kita tak jalankan kerja yg sepatutnya kita buat.
Kami baru pulang dari malaysia 4 bulan di hantar khas dari United Kingdom khusus untuk mencari pelajar2 yg pernah belajar di U.K tahun 80-an dan 90-an ziarah mereka yg mana kini mereka telah jadi Prof dan Dr di Malaysia yg mana satu ketika dahulu mereka penggerak usaha Dakwah di kalangan pelajar melayu di U.K namun kini mereka telah menyepi. Alhamdulillah kami dapat bertemu mereka, ikram mereka makan bersama, semoga ALLAH memilih mereka kembali menjalankan usaha Dakwah ini.
Ada jemaah kami sampai di satu kawasan di Pulau Jawa, di situ ada 16 makam cicit Hazrat Syed Abdul Qadir Jailani rah. Mereka bermimpi buat Dakwah di pulau Jawa, maka mereka telah berangkat dari Tanah Arab dan buat Usaha Dakwah di san a,masyaAllah, hingga akhir hayat mereka di tempat mereka buat usaha Agama. Begitulah kita hari ni juga kena azam sungguh2 untuk buat kerja Agama ini hingga akhir hayat. Berdoalah agar ALLAH gunakan diri kita, harta kita dan masa kita untuk Agama. amin. (Ustaz Hhann Da’ie, MADINAH MUNAWWARAH, KOTA BAGINDA SAW)
No comments:
Post a Comment