Sunday, March 1, 2015

BAYAN SUBUH MAULANA SAAD

Penulis: HABA (28/10/2017)

Manusia akan rugi dunia akhirat jika meninggalkan perintah Allah. Keredahaan Allah tidak ada kaitan dgn kebendaan yg ada pada seseorang. Kita sering tertipu dgn nikmat dunia sementara Makin dapat kemewahan dunia makin byk perintah Allah kita tinggalkan.

Perintah Allah dtg dlm beberapa keadaan utk uji seseorang:

1). Bertentangan dgn *kedudukan/status* kita (perintah malaikat sujud kpd Adam).

2). Bertentangan dgn semangat dan *keinginan* seseorang (perintah Nabi Ibrahim a.s sembelih anaknya).

3). Bertentangan dgn *amalan kebiasaan* semasa seseorang itu

Jika kita taat perintah Allah melawan ketiga2 keadaan itu maka itulah ketaataan yg tertinggi darjatnya. Meninggalkan perkara yg diharamkan tidaklah begitu tinggi darjatnya berbanding dgn ketaatan dlm ketiga2 keadaan di atas. Ada jugak perintah Allah bertentangan dgn amalan kebiasaan seseorang (ubah arah kiblat sdg solat). 

Takaza taat: *Dengar-terima dan terus segera taat* Perintah Allah tak boleh tangguh. Ambil pengajaran dari kisah Huzaifah r.a diutus utk jadi pengintip. Jangan tengok usul agama bersesuaian dgn keadaan tetapi kena tengok perintah Allah dan Rasul s.a.w utk ditaati. (pengajaran dari perintah Rasulullah s.a.w supaya 50 sahabat pemanah atas bukit Uhud supaya tidak tinggalkan kedudukan mereka di atas bukit)

Perintah Allah kena diamal secara ijtima'i. Setiap orang Islam ada satu benteng. Seorang Islam yg langgar perintah Allah telah pecahkan benteng. Antara usaha org batil utk rosakkan kesatuan Ummat Islam ialah dgn cara bagaimana supaya org Islam tidak mentaati perintah Allah dan Rasul. Sifat sahabat yg menjaga perintah Allah dgn mentaatinya secara ijtimai. Mereka pastikan setiap perintah Allah ditaati boleh semua orang tidak terkecuali.

Ambil pengajaran dari 3 sahabat dipulau kerana menangguhkan pergi perang Tabuk. Perintah Allah datang dlm kehidupan org Islam adalah utk ditaati (secara ijtimai) tidak ada pengecualian tidak ada pelihan melainkan taat. Mesti taat. Tanda ijtimaiat taat tiada dlm diri ummat Islam bila org Islam tidak lagi membantu menolong org Islam yg lain (rakan usaha tidak bantu rakan usaha yg lain). Orang yang mukhlis sahaja yg terus bantu org Islam dan rakan seusaha.

Bila kita jauhkan dari sifat hasad dan menanamkan sifat ikhlas serta tidak mengharapkan balasan maka kita akan usaha utk bantu rakan seusaha. Bila org Islam bantu (ta'awuun) rakan dan sahabatnya maka Allah akan bantu seseorang dan Allah pilih kita untuk meneruskan usaha agama ini.

Untuk kita dapat reda Allah dan Allah pilih kita utk buat usaha ini, maka kita kena:

1). Bantu rakan kita 
2). Cari kebaikan dlm diri rakan kita dan sebarkan kebaikannya
3). Jangan cari keburukan rakan kita. Lihat kebaikannya.
4). Kalau nampak keburukannya jangan sebarkan, cari baiknya, jangan benci dia.
5). Sembunyikan keburukan rakan kita.

Tanda2 seseorang itu jatuh atau jauh dari usaha ini bila dia mencari keburukan org lain (mana ada khinzir tidak sentiasa mencari najis). Kita tidak ada hak utk menghukum sesorang atau mengatakan seseorang itu buruk dan ahli neraka. Jadikan kita seorang yg sentiasa mencari2 perintah Allah dan segera mentaati perintah Allah. Letak status, keinginan dan kepentingan diri kita di belakang. Usaha dakwah seumpama cahaya matahari yg menyinari setiap rumah org2 di muka bumi ini.

Orang yang keluar jalan Allah buat dakwah akan dapat manfaat dan kesan kebaikan pada dirinya dan juga kepada ummat ini seperti air yg suci dan boleh menyucikan dakwah adalah khuruj fi sabilillah bukan menyampai semata2. Nabi s.a.w dan sahabat keluar di jalan Allah. Seumpama solat dan wuduk. Tiada solat tanpa wuduk begitulah tiada dakwah tanpa khuruj.

Sahabat kata tidak ada jalan utk sebarkan agama selain kena keluar ke jalan Allah. Nabi s.a.w jadikan sahabat golongan yg bergerak utk sebarkan agama. Awan yg bergerak memberi air hujan kepada bumi. 

Umar r.a kata aku tak ingin hidup di dunia ini lagi kalau tidak ada 3 perkara ini:

1). Keluar jalan Allah (dakwah) 
2). Tiada tanah utk sujud atasnya (ibadat)
3). Majlis ulama (sohabah- mendampingi ulamak)

No comments:

Post a Comment