Sunday, March 1, 2015

BAYAN SUBUH MAULANA SAAD

(30.10.2017) Pencatat: HABA 

1). Ummat ni kena tahu asbab2 utk melindungi diri dari azab api neraka dunia ni darul asbab yg tidak boleh diyakini tapi perlindungan akhirat adalah asbab2 yg mesti diyakini.

2) dlm Al-Quran ada 4 pelindungan disebut oleh Allah utk seluruh manusia hingga hari akhir zaman/kiamat iaitu Iman, amal soleh ( ini yg kita faham pada hari ini). Namun sebenarnya ada 4 iaitu:

1- Iman
2- Amalan soleh
3- Tawassil bil haq- dakwahkan manusia kpd iman
4- Tawassil bil Sobri- dakwah manusia kpd berterusan dlm amal

3). Manusia hari ni faham pelindung di akhirat hanyalah ada iman dan amal tetapi tinggal 2 perkara lagi.

4) dakwah mesti dibuat yang tak boleh ditinggalkan ianya wajib dakwah ialah syarat sbg perlindungan dari azab Allah taala di akhirat. Allah tidak terima ummat ni kalau tinggalkan dakwah.

5). Bila ada golongan yg mendakwahkan org lain kepada Allah maka ini akan menjadi asbab perlindungan dari azab Allah yang nak menimpa ummat ini pada sesuatu tempat.

6). Setakat suka saja kpd usaha dakwah tidak memadai jika tidak libatkan diri sendiri dalam usaha yang penting ini. Jika ada azab turun maka org seperti ni pun terlibat dgn azab juga.

7). Bila ada amalan nubuwwah maka ada tarbiyyah dan hidayah dakwah mesti diteruskan walau macam mana keadaan spt ibadat juga yg tak boleh ditinggalkan seperti solat misalnya.

8). Jadikan dakwah sebagai amalan yg sebati/kebiasaan dgn amalan manusia.

9). Setiap Nabi berjaya walau tidak ada pengikut kerana dakwah mesti diteruskan dlm semua keadaan.

10). Bila Allah buat keputusan turunkan bala maka org yg menjalankan kerja dakwah saja yg akan selamat dari azab Allah itu.

11). Imam Ghazali rah kata jika renung dan amalkan surah Al Asr ini sudah cukup utk menjadi panduan seluruh hidup manusia.

12). Kesilapan paling besar bagi manusia di dunia ini adalah meninggalkan 4 asbab pelidungan ini.

13) dakwah utk diri kita. Org yg meninggalkan dakwah seperti org meninggal solat kerana tak puasa dan org meninggalkan puasa kerana tak solat. Org yang tidak belum beramal ( tak amal dulu pun) pun kena buat dakwah juga.

14). Agama ibarat satu jasad- bila satu sakit yg lain turut menanggong kesakitan juga. Seluruh ummat ini dlm satu kapal...tenggelamnya kapal ini maka seluruh manusia akan tenggelam.

15). Kapal- di dalamnya ada golongan yang macam2 org, tinggal di atas dan di bawah. Yang bawah ingin tebuk kapal kerana nak air maka org di atas mesti melarangnya. Kalau tidak semua mereka akan tenggelam.

16). Tabligh/dakwah ini bukan persatuan- bahkan ia adalah satu perintah dari Allah bukan ikut suka hati. Orang beragama/alim/ibadat dan tidak beragama semua kena buat usaha dakwah.

17). Kita tidak ada hak utk kata org itu tak dpt hidayah kerana kezaliman dan keburukan ummat. Kita hanya usaha dan doa utk ummat ini. ( kisah Nabi s.a.w di Uhud yg patah gigi dan kepalanya luka dan kisah di Thaif).

18). Setiap Nabi diberi satu doa mustajab utk ummatnya. Nabi kita simpan doa ini utk ummat nanti pada hari kiamat seperti seorang Imam selesai solat( dia sdg bermusafir) yang akan berdoa sehingga makmum selesai solat (makmum bermukim-tamam 4 rekaat).

19). Miliki iman dan beramal dan mendakwahkan kpd iman dan kpd amal ini baru lengkap. Org beriman mesti taat perintah Allah.

20). Masjid bukan sahaja tempat solat tapi tempat berkumpul utk halqah iman juga. Bawa manusia ke dalam masjid dan hidupkan muzakarah iman dan amal di situ.

21). Jadikan kalimah toyyibah sebagai kalimah percakapan kita sehari2 di mana2 saja kiita berada. Cerita kudrat Allah kpd manusia utk buang dlm hati manusia selain Allah, menafikan makhluq.

22). Banyak ucapan kita tak betul, diucap oleh org beriman juga contohnya, ”yang bagi rezeki adalah Allah tapi asbab dari kedai saya maka Allah bagi untung"Walhal, Allah tak berhajat dari asbab, tak boleh ada benda lain antara kita dgn Allah.

23). Ada juga yang kata Allah yg bagi tapi melalui perantaraan dari ahlullah ( kenderaan yg bergerak dgn lampu sendiri lebih senang dgn lampu org lain)....ini bahaya boleh berlaku kemalangan. Kita tidak boleh menumpang amalan baik org lain, cahaya org lain.

24). Kena nafikan seluruh makhluq dalam hati yakin kita. Keramat dari Allah bukan dari si ahlullah. Tak boleh menumpang keramat dari orang lain.

25). 2 jalan saja utk mendapat yakin manfaat terus dari Allah..

1- Putus harapan dari selain dari Allah ( menidakkan selain dari Allah)
2- Taat segala perintah Allah

26). Perantaraan asbab bukan dari makhluk, hanya melalui agama Allah sahaja. Tak bersandar dari benda yang kosong.

27). Sahabat perolehi rezeki dari sumber yg bertentangan dgn asbab. Abu Bakar r. a perolehi susu dari kambing tua yg tak boleh keluar susu lagi.

28). Seorang sahabat ada 21 biji kurma dalam uncang tapi dari uncang itu 1500 kilo ( 1.5 tan) kurma dari uncang itu. Lama selepas itu uncang itu hilang.

29) dalam asbab tidak ada janji Allah dan tidak ada kudrat Allah di dalamnya.

30). Berniaga tidak menjanjikan untung tetapi dari amal agama dlm berniaga (betul dlm berniaga) dan sedekah. Allah menyempurnakan janji Allah melalui amal agama yg kita buat.

31). Ilmu dan amal-ilmu adalah tariqah/ jalan utk beramal

32). Ilmu ada pada lidah dan pada hati. Amalan dibuat ikut ilmu. Fardhu ain belajar agama dlm hidup.... begitulah iman dan ilmu tak boleh dipisahkan. Belajar ilmu mengenal kpd makhluk adalah kemahiran ini bukan ilmu. Ilmu utk mengenal manusia kepada Allah itulah ilmu.

33). 3 soalan dalam kubur

Siapa Tuhan kamu? (Kenal Allah s.w.t )
Siapa lelaki ini? (kenal Nabi s.a.w)
Apa agama kamu? ( Kenal agama)

Jadilah org yg boleh menjawab soalan2 ini dalam kubur nanti. Bukan pengetahuan mengenai Nabi sahaja utk dicari tetapi yang penting adalah amal...kerana amalan itu yg kita akan mengenali Nabi s.a.w akan dpt menjawab soalan dalam kubur.

34). Org yang bersedia utk kehidupan di kubur kita maka mudah baginya utk menjawab soalan2 dlm kubur.

35). Org batil akan mengatakan semua pengetahuan adalah ilmu. Semua pengetahuan yg tidak membawa mengenalkan manusia kpd Allah adalah bukan ilmu.

36). Alim ( yg disebutkan dlm al Quran) adalah org yang berilmu yg mengenalkan manusia kepada Allah.

37). Orang yang maju dalam usaha agama ramai yang Fuqarak. Buat asaha agama dlm keadaan miskin sandaran kita pada Allah tapi buat asaha agama dlm keadaan kaya sandaran kita pada kebendaan.

38). Kena putuskan harapan kepada dari makhluq. Sebanyak mana kita harap makhkuq maka semakin jauh kita dari Allah.

39). Harapan hanya kepada Allah 100% baru akan dapat manfaat terus dari kudrat Allah.

40). Zikir bukan hanya tasbihat sahaja ia sangat luas. 6 sifat sahabat itu semua zikir. Yakin dgn kalimah toyyibah adalah zikir, solat adalah zikir ( disebut dlm Quran sbg iman dan juga zikir), Ilmu juga zikir ( amal ilmu baru dikatakan zikir), Ikhlas juga dikatakan zikir. Niat hakikatnya adalah zikir.

41). Zikir tiada had waktu- taat perintah Allah setiap waktu maka setiap masa kita berzikir. Setiap anggota kena guna utk berzikir ( taat perintah Allah). Zikir itulah ilmu. Zikir bukan hnya pada lidah sahaja tapi pada hati juga, menyempurnakan haq org lain kerana Allah.

42). Hakikat zikir? Melihat org berzikir maka kita ingat kepada Allah. Org melihat kita amalkan agama (amalkan sunnah) maka org ingin amalkan agama juga.

43). Syaitan akan cuba merosakkan niat manusia. Barangsiapa yg berhijrah kerana Allah dan Rasul maka ia dpt Allah dan Rasul.

44). Ingat kepada Allah setiap masa dan keadaan jangan biarkan syaitan menguasai kita. Lalai seketika pun syaitan akan dtg merosakkan hati kita. Org ikhlas buat usaha agama akan maju dlm usaha ini.

45). Org yang ikhlas keluar di jalan Allah adalah org yg hanya mengharapkan dpt manfaat agama masa keluar tak boleh niat nak berniaga dll.

46). Setiap kali kita beramal kita kena tahu sebab apa kita beramal. Bantu seseorang kerana Allah bukan kerana puak kita, kaum kita dan seumpamanya.

47). Orang yang ikhlas buat usaha agama akan maju dalam usaha dakwah ini manakala org yang tak ikhlas akan terkebelakang.

48). Buat kerja agama kerana Allah yang satu maka ummat akan jadi satu (bersatu). Buat kerana benda dan sesuatu selain Allah maka ummat yg berpecah.

49). Jadilah orang yang muhajir iaitu orang yang hijrah dari tak baik kepada lebih baik. InsyaAllah kita lapangkan masa keluar hijrah di jalan Allah

No comments:

Post a Comment