Sunday, March 1, 2015

JAWAPAN USTAZ LUTFI SRI PETALING TENTANG KEAMERAN

Jawapan dari ustaz lutfi Sri Petaling@Tok Kenali Kitab Arab yang begitu bernas. (Dengan sedikit suntingan)

Keabsahan seorang amir bukan hanya dilantik oleh jemaah syura bahkan ia mempunyai beberapa cara boleh rujuk kitab al ahkam sultoniyah (fekah siyasah).

1). Cara yang pertama khalifah sebelumnya yang melantik secara individu walaupun tanpa bermesyuarah ini cara perlantikan Sayyidina Umar dan Maulana Yusuf.

2). Satu jemaah ahlu al-hilli wal aqdi (jemaah yang beraotoriti) memutuskan seseorang menjadi amir ini seperti perlantikan Sayyidina Usman dan jemaah ahlu al hilli wal aqdi ini diputuskan sebanyak enam orang. Faisalahnya ialah Abd Rahman Auf dan ini yang dilakukan oleh Maulana Inam melantik 10 orang yang beraotoriti untuk melantik faisalah atau amir atau pemutus selepas kewafatan beliau.

3) dibaaiah oleh orang ramai atau orang ramai mengangkat dia menjadi amir ini yang berlaku kepada Sayyidina Abu Bakar begitu juga Maulana Ilyas dan banyak Sayyidina Ali.

4). Tidak ada langsung dalam sejarah Islam jemaah islam tanpa amir atau 12 orang digilirkan menjadi amir oleh kerana itu Mufti Taqi Usmani sendiri mengkritik sistem penggiliran amir dan beliau berkata tidak ada sistem ini dalam Islam.

5). Bahkan ulama menyatakan salah satu jalan seorang menjadi amir adalah dengan cara dia mengguling khalifah sebelum itu walaupun perbuatan nya haram dan jika dia sudah duduk diatas singgahsana wajib taat kepadanya untuk mengelakkan perpecahan dan itulah makna hadis Nabi taatlah amir walaupun dia seorang hamba berambut seperti biji anggur (kerinting)-hamba tidak boleh menjadi amir.

6). Jadi banyak sebab jadi amir bukan hanya syuraiyyat seperti yang diratib.

7). Seseorang yang berkata saya amir kamu, tidak boleh dituduh gila kuasa.

8). Sayyidina Usman mempertahankan jawatan nya sampai mati dibunuh oleh mereka yang merupakan orang Islam. Abdullah bin Zubair mati dibunuh Hajjaj kerana berkeras bahawa beliau adalah khalifah yang sah. Sayyidina Ali dibunuh kerana didakwa tidak berhukum dengan hukum Allah dibunuh oleh Khawarij. Sayyidina Ali tetap mempertahankan khalifahnya walau diasak oleh sebahagian sahabat.

9). Usaha dakwah yang mulia tidak mungkin akan berjalan dengan sistem syura tanpa amir. Ia sangat bertentangan dengan syariat. Jika tiga orang tanpa amir dikatakan akan bersama syaitan mana mungkin jutaan rakan seusaha didalam jemaah yang tiada amir. Berapa banyak syaitan yang akan ada.

10). Melantik 3 orang faisalah adalah ijtihad jemaah syura yang dilantik Hadraji ke-3, ia tidak ada contohnya dalam khulafa rashidin namun berdasarkan pertimbangan syarak dan tuntutan keadaan mereka bertindak demikian. Meraikan maslahat adalah elemen penting dalam pentadbiran. Pernah Aceh diperintah oleh wanita. Sebanyak 7 orang wanita secara berturut2 menjadi sultan. Ulama besar yang hidup pada zaman itu ialah Sheikh Abd Rauf Singkili. Beliau membiarkan keadaan itu kerana ada maslahat tertentu namun beliau menjadi penasihat dari belakang. Sehinggalah sampai masanya ia kembali kepada lelaki.

11). Sistem pelantikan secara bergilir kepada tiga orang boleh diambil dari kisah Mutah. Nabi SAW melantik tiga komandan secara bergilir satu demi satu. Jika si fulan meninggal maka sifulan menjadi ketua.

12) Sepertimana pengiliran boleh dibuat satu demi satu ia juga boleh dibuat secara penggiliran waktu dalam pentadbiran Tabligh ia tidak seketat pentadbiran khalifah yang menjaga semua urusan umat Islam oleh kerana itu ia ada kelonggaran.

13). Apabila tinggal Khalid al Walid beliau memegang panji sampai selesai.

14). Imam Mawardi menjadikan peristiwa ini sebagai sandaran dalam pengabsahan perlantikan terus secara bergilir mati oleh Khalifah Sulaiman yang melantik Umar bin Abd Aziz selepas beliau wafat dan selepas Umar wafat maka hendaklah disandang oleh anak Sulaiman.

15). Tidak perlu sebut nama masyeikh disini mereka adalah guru kepada guru saya.

16). Semua ulama bersetuju disamping ilmu faktor keturunan adalah sangat penting dalam soal menjadi khalifah dan keturunan itu pula disyaratkan berketurunan Quraish. Ia berdasarkan sabdaan Nabi kepimpinan adalah milik orang Quraish. Kecuali jika darurat dan tiada yang berketurunan Quraish. Sheikh Ibnu Taymiyah antara yang keluar dari pandangan ijmak yang mensyaratkan kepimpinan diberi kepada Quraish (Fath Mulhim. Mufti Taqi).

17) didalam kitab-kitab hadis besar terdapat bab khas bertajuk "Imarah@imarat"didalamnya terdapat hadis tentang cara Islam dalam imarat. Imarat sebahagian dari agama jadi jangan dijengkilkan perkataan itu dan tidak ada bab syuraiyyat.

18). Kita banyak terkeliru dengan perkataan faisalah dan amir. Selalu diulang tiga orang yang diputus itu ialah faisalah bukan amir. Faisalah ini hanya istilah urdu jangan terikat dengannya. Faisalah peringkat mahalah tidak sama faisalah peringkat negeri faisalah peringkat negeri tidak sama faisalah peringkat antarabangsa.

19). Adakah kita menganggap orang yang memutuskan peringkat antarabangsa tahap seperti yang di mahalla.

20). Amir ialah mereka yang kita patuh keputusannya duduk dibawahnya. Itulah yang kita lakukan kepada faisalah kita@amir kita. Cuma selepas kewafatan Hadraji ke 3 mereka adalah 3 orang atas maslahat tertentu.

21). Adakah kita redha berkata bahawa selama 20 tahun lebih jemaah Tabligh tiada amir. Kalau tiada amir bermakna jemaah ini tidak mengikut usul syariat.

22). Pertama sekali sebelum saya jawab soalan, saya ingin menyatakan bahawa saya malu membincangkan soal siapa sepatutnya ketua ini kerana selama hampir seratus tahun Tabligh, tajuk ini tidak pernah dibincangkan dengan sekala begitu besar seperti sekarang ini dan ia biasanya dibahaskan oleh ahli kepartian politik sahaja. Selama ini kita amalkan konsep dengar dan taat.

23.) Persoalan ini sangat berpotensi memecahbelah umat Islam. Wujudnya Shiah ialah kerana mempersoalkan keabsahan khalifah Abu Bakar, Umar dan Usman. Sayyidina Usman dibunuh kerana didakwa tidak layak menjadi khalifah. Sayyidina Ali dibunuh sebab yang sama. Keturunan Nabi yang digelar Alawiyyin diburu kerana didakwa cuba merebut kuasa khalifah semasa. Sayyidina Husain juga disebabkan perkara yang sama.

24). Sekarang ini hanya ada dua sahaja jemaah syura atau amir. Saya sudah menyatakan tidak ada sistem dalam Islam satu jemaah digilirkan amirnya sampai 9 orang. Paling banyak 3 sahaja. Sebelum bincang imarah Maulana Saad persoalan yang sama tentang keabsahan jemaah syura Jemaah syura mana yang melantik mereka. Atau amir mana yang melantik mereka. Maka isu ini tidak selesai.

25). (sambungan)

1- Orang Islam pernah melalui saat getir dan tegang semasa proses pemilihan Abu Bakar sebagai khalifah sehingga hampir membawa pergaduhan. Namun atas semangat keikhlasan yang masih tinggi mereka akhirnya menerima Abu Bakar

2- Terdapat syor supaya dilantik dua amir satu dari Mahajirin dan satu dari Ansor namun Abu Bakar membantah dengan berkata, "Tidak mungkin dua pedang diletak dalam satu sarung yakni tidak mungkin terdapat dua orang ketua dalam satu jemaah.

3- Sudah tentu perkataan Abu Bakar tidak ditafsirkan mengajak kepada dirinya. Bahkan beliau hanya menerangkan usul syariat dalam bab khalifah.

4- Ada sahabat (Saad bin Ubadah) yang tidak mahu berbaiat dan membawa diri dan akhirnya beliau telah dibunuh oleh jin di satu tempat.

5- Dalam akhir bayan Maulana Yusof (Buku perasaan umat) kisah kematian Saad b Ubadah dibawa beliau semasa beliau menceritakan tentang kesatuan ummat dan akibat dari meninggalkan amir.

6- Boleh sahaja berlaku orang lama terlepas pandang dalam sesuatu isu. Saad bin Ubadah adalah sahabat Ansor yang besar.

7- Maulana Zakariyya menulis dalam al itidal fi maratib rijal bahawa pergesaran antara sahabat telah diwujudkan oleh Allah untuk kita mempelajari bagaimana seharusnya kita bertindak apabila berlaku pergeseran.

8- Terbentuk dua jemaah semasa peperangan Jamal disebelah pihak ada sahabat besar seperti Aishah, Talhah dan Zubair antara sahabat asyarah mubasyarah dan lebih tua dari Sayyidina Ali namun ulama berkata dalam kes ini Sayyidina Ali dipihak benar.

No comments:

Post a Comment