KISAH PERTAMA
Syeikh Abdul Wahid rah.a. seorang ulama sufi yang mahsyur, mengatakan bahawa pada suatu hari beliau terserang kantuk yang luar biasa sehingga beliau tertidur sebelum menyelesaikan amalan zikir untuk malam itu di dalam mimpinya, beliau melihat seorang gadis yang amat cantik berpakaian sutra hijau. SELURUH TUBUH HINGGA KAKINYA SIBUK BERZIKIR. Gadis tersebut bertanya kepada beliau, adakah keinginan beliau untuk memilikinya, dia mencintai beliau. Kemudian dibacanya beberapa bait syair. Setelah bangun dari mimpinya, beliau bersumpah bahawa beliau tak akan tidur pada malam hari dIRIWAYATKAN Bahawa SELAMA EMPAT PULUH TAHUN beliau solat shubuh dengan wudhu solat isya.
KISAH KEDUA
Syeikh Nazhahir Sa’adi rah.a. adalah seorang yang warak. Beliau selama 7 tahun asyik menangis kerana mencintai dan merindukan Allah swt. Pada suatu malam, beliau melihat dalam mimpinya ada sebuah sungai yang mengalir yang penuh dengan minyak wangi di setiap sisinya berderet pohon-pohon mutiara beranting emas disana ada beberapa gadis yang menyibukkan diri dengan bertasbih kepada Allah swt. Beliau bertanya kepada mereka, “Siapakah kalian?"Gadis-gadis tersebut menjawab dengan membacakan dua bait syair yang lebih kurang maksudnya, bahawa MEREKA DICIPTAKAN OLEH TUHANNYA MUHAMMAD (SAW) UNTUK ORANG YANG BERDIRI DI HADAPAN ALLAH (Solat) SEPANJANG MALAM SERTA SUJUD MEMUJI-NYA.
KISAH KETIGA
Abu Bakar Dhorir rah.a. berkata bahawa ada seorang pemuda hamba sahaya tinggal bersama beliau. Siang hari dia berpuasa dan malamnya sibuk tahajjud. Pada suatu hari pemuda itu datang kepada beliau serta bercerita bahawa semalam dia tidak berbuat seperti apa yang biasa dia lakukan tapi dia tertidur dalam tidurnya dia bermimpi bahawa dinding mihrab retak dan dari retakan itu keluar beberapa gadis yang cantik-cantik dan menawan hati, tetapi satu di antara mereka ada yang buruk rupa (jelek banget) dia bertanya kepada salah seorang yang cantik-cantik itu. “Siapakah gerangan mereka ?"Mereka menjawab bahawa MEREKA ADALAH MALAM-MALAM YANG TERDAHULU dan YANG BURUK RUPA ITU ADALAH MALAM YANG DIA TERTIDUR.
KISAH KEEMPAT
Seorang syeikh berkata bahawa pada suatu malam dia diserang kantuk yang bukan main hebatnya, sehingga mata beliau betul-betul susah dibuka. Beliau bermimpi melihat seorang GADIS YANG SANGAT CANTIK SEKALI, yang belum pernah seumur hidup pun beliau melihat gadis secantik itu. Beliau pun mencium baunya yang sangat wangi. Gadis itu memberi beliau secarik kertas yang berisi tiga baris sya’ir yang kurang lebih artinya:
Anda sibukkan diri dengan kelezatan kantuk
sehingga Anda lalaikan syurga yang Anda akan kekal didalamnya,
Bangunlah dari kantuk Anda!
Membaca Al Qur’an dalam tahajjud adalah lebih baik daripada tidur
Selanjutnya syeikh itu berkata, “Setelah mimpi itu, setiap saya diseran kantuk, saya baca sya’ir tersebut, maka betul-betul hilang kantuk saya!”
HADITS-HADITS TENTANG MIMPI:
1) dari Abu Hurairah radhiallahu anhu dari Rasulullah SAW bahawa beliau bersabda:
لَمْ يَبْقَ مِنْ النُّبُوَّةِ إِلَّا الْمُبَشِّرَاتُ قَالُوا وَمَا الْمُبَشِّرَاتُ قَالَ الرُّؤْيَا
الصَّالِحَةُ
“Kenabian tidak ada lagi selain berita-berita gembira"Para sahabat bertanya, “Apa yang di maksud dengan kabar-kabar gembira?"Nabi s.a.w menjawab, “Mimpi yang baik.” (HR. Al-Bukhari no. 6990)
2). Rasulullah saw telah bersabda:
الرُّؤْيَا الْحَسَنَةُ مِنْ الرَّجُلِ الصَّالِحِ جُزْءٌ مِنْ سِتَّةٍ وَأَرْبَعِينَ جُزْءً
ا مِنْ النُّبُوَّةِ
“Mimpi baik yang berasal dari seorang yang saleh adalah satu bahagian dari 46 bahagian kenabian.” (HR. Al-Bukhari dan Muslim),
3) dalam riwayat Imam Muslim no. 4200 dari hadits Abu Hurairah ra secara marfu’:
إِذَا اقْتَرَبَ الزَّمَانُ لَمْ تَكَدْ رُؤْيَا الْمُسْلِمِ تَكْذِبُ وَأَصْدَقُكُمْ رُؤْيَا
أَصْدَقُكُمْ حَدِيثًا وَرُؤْيَا الْمُسْلِمِ جُزْءٌ مِنْ خَمْسٍ وَأَرْبَعِينَ جُزْءًا مِ
نْ النُّبُوَّةِ وَالرُّؤْيَا ثَلَاثَةٌ فَرُؤْيَا الصَّالِحَةِبُشْرَى مِنْ اللَّهِ وَرُؤْيَا تَ
حْزِينٌ مِنْ الشَّيْطَانِ وَرُؤْيَا مِمَّا يُحَدِّثُ الْمَرْءُ نَفْسَهُ فَإِنْ رَأَى أَ
حَدُكُمْ مَا يَكْرَهُ فَلْيَقُمْ فَلْيُصَلِّ وَلَا يُحَدِّثْ بِهَا النَّاسَ
“Apabila hari kiamat telah dekat, maka jarang sekali mimpi seorang muslim yang tidak benar dan orang yang paling benar mimpinya di antara kalian adalah yang paling benar ucapannya. Mimpi seorang muslim adalah sebahagian dari 45 macam nubuwwah (wahyu). Mimpi itu ada tiga macam: (1) Mimpi yang baik sebagai kabar gembira dari Allah. (2) mimpi yang menakutkan atau menyedihkan, datangnya dari syaitan. (3) dan mimpi yang timbul kerana ilusi angan-angan, atau khayal seseorang. Kerana itu, jika kamu bermimpi yang tidak kamu senangi, bangunlah, kemudian solatlah dan jangan menceritakannya kepada orang lain.”
Sumber: FADHILAH Solat-MAULANA ZAKARIYYA DAN KITAB2 HADITS
Assalaamu'alaikum
ReplyDeleteSangat baik kisah-2 ini, sangat ingin cerita yang ada pada Kitab Tadzkiratul Auliya, muah-2an ikabulkan.
Terima kasih.
Assalaamu'alaikum
ReplyDeleteSangat baik kisah-2 ini, sangat ingin cerita yang ada pada Kitab Tadzkiratul Auliya, muah-2an ikabulkan.
Terima kasih.
insyaAllah jika terjumpa akan saya kongsikan
Delete