Ujian-ujian, cobaan dan peperiksaan daripada Allah Taala tidaklah dapat dielakkan kepada para pengusaha agama. Ini berkadar dengan kebolehan (kesediaan) dan salahiat (perbaikan) mereka. Inilah hukum Allah Taala dan inilah sunnah Nubuwwah. Maulana In'amul Hassan Rah sering memberitahu para pengusaha dakwah akan perkara ini dan pada masa yang sama mengalakkan mereka dalam pelbagai cara.
Suatu ketika beliau berkata: "Kesusahan/kesukaran pasti menimpa para da'i. Penentangan terhadap Nabi SAW datang daripada orang-orang dari kalangan keluarganya sendiri yakni mereka yang rapat dengannya. Pertamanya di Mekah, Abu Jahal dan Abu Lahab menentangnya. Kemudian di Madinah, orang-orang Yahudi bangun menentangnya. Apabila musuh-musuh ini dihapuskan di Khyber, golongan lain dalam bentuk munafikin menentang beliau. Ia telah pun berlaku begini dan akan terus berlaku.
Tuan Syed Ahmad Shahid (Pejuang yang mati syahid di Balakot) adalah angkara dari orang-orangnya sendiri. Keadaan-keadaan begini akan mendatangi pengusaha dan penggiat-penggiat agama. Hanya satu cara untuk tetap teguh dan beristiqamah menghadapi ombak penentangan ini iaitu bertawajjuh kepada Allah. Jika tawajjuh kita diarahkan kepadaNya. Allah akan mengurniakan kemantapan (kuat pendirian).”-Bayan Hadratji In'amul Hassan Rah. Alaih kepada karkun-karkun lama pada 11 Rabi'ul Awal 1402H / 28 Disember 1984
Cobaan-cobaan ini datang dalam pelbagai bentuk dan pada berlainan peringkat. Kadangkala seseorang itu terjerat (terjebak) dengan wang dan harta. Kadangkala dengan jawatan dan kedudukan.
Di dalam satu ijtimak pengusaha agama di India berlangsung pada 21 Mac 1982, beliau berkata: "Para pengusaha agama kadangkala diuji melalui jawatan dan wanita-wanita di Mekah Mukarammah, semua ini telah ditawarkan kepada Nabi SAW dan para sahabatnya r.anhum.
Peringkat pertama ujian itu ialah godaan dan tamak. Jikalau terjebak dengannya yang berikutnya adalah huru-hara dan jikalau terselamat daripadanya maka datanglah yang ketiganya iaitu keinginan untuk jawatan. Jikalau terselamat daripadanya maka yang keempatnya ialah meletakkan syarat-syaratnya kepada orang lain."
Memberitahu ujian dan cobaan ini sebagai alamat prnghampiran menuju Allah Taala. Beliau pernah berkata:"Ulamak telah menulis bahawa mengeluarkan amaran ialah sebagai bukti penerimaan Allah Taala.
Terdapat dua jenis manusia. Jika berbaka baik (asal, fitrahnya) dia akan memperbaiki dirinya setelah diberi nasihat dan amaran. Jikalau telah terlampau banyak tunduk kepada hawa nafsu, dalam hal ini amaran dan nasihat tidak akan berkesan (masuk telinga kiri, keluar telinga kanan) lalu didatangkan musibah ke atasnya supaya dia bertawajjuh kepada Allah.
Ringkasnya, jika akar nafsu begitu kuat mencengkam, dia akan ditangani dengan musibah dan jikalau fitrahnya baik, maka sekadar nasihat dan amaran sudah mencukupi."
No comments:
Post a Comment