Wednesday, March 5, 2014

BIDADARI YANG GALAU

1). Wanita sholehah yang masuk syurga akan memiliki kecantikan 70x lipat dari bidadari asli syurga (yg wajahnya lebih terang dr sinar matahari). Maka bagaimana suaminya akan berpaling kepada yang lain jika keadaanya seperti itu?

2). Rasulullah Muhammad saw bersabda, “Sesungguhnya ketika ALLAH menciptakan syurga Adn, Dia memanggil malaikat Jibril, berangkatlah engkau ke syurga Adn dan lihatlah apa yang telah aku ciptakan untuk hamba-hambaKu dan wali-waliKu. Maka berangkatlah Jibril ke syurga Adn dan mengelilingi syurga tersebut. 

Maka salah seorang bidadari dari penghuni istana-istana syurga yang masih perawan dan matanya bersinar-sinar memuliakannya, lalu bidadari itu tersenyum pada malaikat Jibril, maka menjadi teranglah syurga Adn kerana gigi-giginya. 

Lalu malaikat Jibril bersujud, dia menyangka cahaya itu berasal dari Nur Tuhan Yang Maha Mulia. Maka bidadari itu memanggil malaikat Jibril, “Wahai makhluk yang dipercaya ALLAH SWT, tahukah engkau untuk siapa aku diciptakan?” ucap bidadari jelita itu. “Tidak,” jawab malaikat Jibril. 

“Sesungguhnya aku ini diciptakan oleh ALLAH SWT untuk orang yang memilih ridha ALLAH SWT dari pada mengumbar hawa nafsunya,” ungkap bidadari itu.

No comments:

Post a Comment