Wednesday, March 5, 2014

SEPERTI INIKAH AMALAN ANDA DI BULAN PUASA?

Pahala mengamalkan satu sunnah di bulan Ramadhan sama dengan pahala beramal wajib di luar Ramadhan. Dan pahala menunaikan satu amalan wajib di bulan Ramadhan, setara dengan mengamalkan tujuh puluh amalan wajib di luar bulan Ramadhan. Berkenaan dengan hal ini, kita hendaknya memikirkan keadaan ibadah kita.

Dalam bulan keberkahan ini, hendaknya kita berpikir, sejauh manakah perhatian kita dalam menyempurnakan kewajiban dan menambah amalan sunnah. Perhatian kita terhadap amalan fardhu pada saat ini adalah demikian, kebanyakan di antara kita meneruskan tidur setelah makan sahur, sehingga mengqadha solat subuh, setidak-tidaknya tertinggal solat subuh berjamaah. Seolah-olah inilah syukur kita, ibadah wajib yang sangat perlu diperhatikan malah kita qadha atau paling tidak kita menguranginya. Padahal, para ahli ushul berpendapat bahawa solat tanpa berjamaah adalah suatu kekurangan, bahkan Nabi saw bersabda bahawa seolah-olah tidak sah solat mereka yang tinggal di sekitar masjid, kecuali di masjid. 

Tertulis di dalam Mazhahiril Haq bahawa barangsiapa solat tidak berjamaah tanpa suatu uzur, maka kewajiban solatnya sudah terpenuhi, namun pahala solatnya tidak ia dapatkan. Demikian juga pada saat solat maghrib. Biasanya, ketika itu orang-orang sedang sibuk berbuka puasa, sehingga tidak perlu dibicarakan lagi orang-orang yang tertinggal rakaat pertama atau takbir pertama. Dan masih ada banyak kelalaian kita lainnya. 

Pada siang hari, banyak di antara kita yang qailulah atau tidur siang, dengan beralasan tidur di bulan Ramadhan pun termasuk ibadah, namun akhirnya tidak solat zuhur berjamaah. Sedangkan pada waktu ashar, juga tertinggal solat Ashar berjamaah dikeranakan terlalu sibuk menyiapkan hidangan buat ifthor aau berbuka puasa. Beginilah keadaan mayoritas kaum muslimin dalam bulan yang suci dan penuh berkah ini. Begitu terus, selalu berulang dari Ramadhan satu ke Ramadhan yang lain.

(Fadhilah Ramadhan-Maulana Zakariyya rah).

No comments:

Post a Comment