Nabi menyatakan iman ada 70 cabang lebih dan yg paling tinggi ialah mengucap LAA ILA HA ILLALLAH dan paling rendah ialah membuang sesuatu dijalan. Dalam ibadah ada fardu, sunat, harus dan haram. Kefahaman itu sangat penting.
ADA ORG KATA BOLEH TINGGAL SOLAT DAN QADA SAHAJA, APA HUKUM ORG CAKAP MACAM NI?
Tidak boleh sengaja meninggalkan solat. Qada hanya boleh dilakukan kerana terlupa atau tertidur. Haram dan berdosa besar jika sengaja meninggalkan solat. Neraka Wail bagi mereka yg solat iaitu mereka yg lalai dalam solat (maksud lalai dalam solat itu ialah dgn sengaja meninggalkan solat). TAK BOLEH SAJA-SAJA NAK TINGGALKAN SOLAT.
ILMU PEMIMPIN KEPADA AMALAN.
Bila kita nak beramal kita perlu berpandukan pada ilmu. Dgn ilmu kita akan tahu mana yg kita kena utamakan cth utamakan solat subuh dulu daripada solat sunat Aidilfitri. Ada org dia pergi solat sunat Aidilfitri tapi solat subuh yg wajib dia tinggalkan(ini berdosa)
MANA YG PERLU DIUTAMAKAN SOLAT QADA DULU ATAU SOLAT SUNAT?
Jika dia terbangun dari tidur pkl 8 pagi dan dia wajib qada dulu solat yg dia tertinggal (cth solat subuh) selepas itu bolehlah dia buat solat sunat (dhuha)
ADA ORG YG BANYAK SEDEKAH TAPI TAK JAGA SOLAT DAN TAK TUTUP AURAT?
Solat dan menutup aurat itu wajib. Yg wajib yg paling utama dan yg sunat adalah sebagai tambahan.
ADA SUAMI YG NAK MERAIKAN MAULUDUR RASUL SEHINGGA MENGABAIKAN ISTERI DIRUMAH SEHINGGA ISTERINYA BERSALIN SEORANG DIRI?
Ada org yg nampak buat baik tapi merugikan kerana dia mengabaikan isteri.
BILA BERTEMBUNG ANTARA BACA AL-QURAN DAN MENUNTUT ILMU, UTAMAKAN MENUNTUT ILMU KERANA ILMU ITU SANGAT PENTING.
ADA ORG YG BERLUMBA-LUMBA NAK PERGI HAJI SEDANGKAN DIA DAH PERGI HAJI BANYAK KALI, BOLEHKAH USTAZ?
Boleh dan tidak menjadi masalah. Yg tak boleh ialah kita potong nama org lain sehingga org lain tak boleh pergi haji(cth ada org dalam yg boleh tolong utk dia pergi haji berulang kali). Kalau dia ada duit lebih dan dah pergi haji banyak kali, duit itu lebih utama disedekahkan pada org susah itu adalah lebih utama daripada dia pergi haji lagi.
MENCARI NAFKAH ITU IBADAH DAN MENDIDIK ANAK-ANAK ITU JUGA WAJIB TAPI ADA IBUBAPA YG MENCARI NAFKAH SEHINGGA MENINGGALKAN PENDIDIKAN ANAK-ANAK MACAMANA USTAZ?
Allah dah jamin rezeki dan jangan abaikan mendidik anak-anak. Jika kita hanya mencari nafkah dan mengabaikan dalam mendidik anak-anak,ini bermakna kita telah buta mata hati.
SEORANG ANAK MENINGGALKAN IBUNYA KERANA NAK MENUNTUT ILMU, MANA YG LEBIH DIUTAMAKAN?
Pernah berlaku dizaman Nabi seorang yg nak berjihad dan Nabi kata kamu ada ibu, dia kata dia masih ada ibu, maka menjaga ibu itu lebih utama (itulah jihad).
MANA YG PERLU KITA UTAMAKAN SEDEKAH DGN ADIK BERADIK ATAU ORG LAIN?
Sedekah adalah satu aset utk kita di akhirat. Kita perlu utamakan adik beradik yg susah dulu.
KENAPA BERLAKU KEKELIRUAN DALAM MASYARKAT MENGENAI KEUTAMAAN INI?
Ini kerana tak faham mana yg lebih diutamakan. Cth di RNR masing-masing buat solat berseorangan sedangkan solat berjemaah itu lebih utama.
MANA LEBIH AFDAL JIKA MASUK WAKTU ISYAK, AZAN ATAU TERUSKAN KULIAH?
Kita jangan tinggalkan azan. Beri laluan utk azan dulu dan akan dapat pahala laungan azan selepas itu bolehlah sambung kuliah.
JIKA TERTIDUR WAKTU ZOHOR HINGGA SAMPAI ASAR, MANA YG LEBIH UTAMA QADA SOLAT ZOHOR ATAU SOLAT ASAR TERLEBIH DULU?
Qada zohor terlebih dulu dan boleh buat solat asar. Tapi jika dia tersedar sudah nak masuk waktu maghrib,dia kena solat asar dulu baru qada solat zohor.
SALAHKAH SEORANG IBU MENINGGALKAN SOLAT KERANA ANAK YG MENANGIS?
Boleh lewatkan sikit waktu solat jika anak menangis kerana takut boleh memudarakan anak. Tak boleh jadikan alasan tak nak solat sebab jaga anak.
BAGI ORG YG BERMUSAFIR PADA HARI JUMAAT, JIKA DIA KELUAR RUMAH SEBELUM SUBUH, DIA BOLEH MENINGGALKAN SOLAT JUMAAT TAPI JIKA DIA BERMUSAFIR SELEPAS SOLAT SUBUH, DIA KENA SOLAT JUMAAT DAN BOLEH JAMAK SOLAT ASAR SELEPAS SOLAT JUMAAT.
SAYA DAH SIAP NAK SOLAT JEMAAH, DATANG PULA TETAMU, MANA YG PERLU DIUTAMAKAN, MELAYAN TETAMU ATAU BERSOLAT JEMAAH?
Jika tetamu itu jiran kita, bolehlah ajak sekali bersolat jemaah bersama-sama. Jika yg datang itu org jauh dan kita boleh berjemaah dgn tetamu dirumah.
BOLEHKAH SOLAT JAMAK BAGI SEORANG DOKTOR YG SEDANG BUAT PEMBEDAHAN?
Kalau ada keperluan yg mendesak seperti doktor, maka doktor ini boleh jamakkan solatnya.
ADA ORG BUAT NIKAH ANAK, CUMA SOLAT SUBUH SAHAJA, SOLAT-SOLAT LAIN TAK BUAT KERANA NAK MERAIKAN TETAMU, BAGAIMANA USTAZ?
Hukumnya dia berdosa besar. Org yg meninggalkan solat dgn sengaja, mereka adalah org yg fasik. Solat tetap wajib ditunaikan pada waktunya.
JIKA TELAH BERLAKU PADA KITA KERANA MENINGGALKAN SOLAT DGN SENGAJA, CEPAT-CEPATLAH BERTAUBAT.
MANA YG MESTI DIUTAMAKAN PERGI UMRAH ATAU MENJAGA SUAMI YG SAKIT?
Menjaga suami yg sakit itu lebih utama. Jika suami mengizinkan serta redha isterinya pergi, maka dibenarkan.
MANA YG LEBIH UTAMA MELANCONG ATAU PERGI HAJI?
Pergi haji itu wajib seumur hidup sekali. Pergi haji adalah perintah dari Allah dan jika dah berkemampuan tak boleh ditangguhkan lagi. Selepas balik haji bolehlah pergi melancong. Sesiapa yg berkemampuan nak pergi haji tapi dia tak pergi haji, dia mati dalam nasrani atau yahudi.
MANA YG LEBIH AFDAL BERHENTI SOLAT ATAU MENYAMBUNG MENGAJI KETIKA MENDENGAR AZAN?
Dalam keadaan ini dia boleh lewatkan sikit solat dan boleh bersolat jemaah dgn guru yg mengajar mengaji.
ADA ORG KATA TAK PAYAH PERGI SOLAT JUMAAT KERANA SIBUK BERKERJA DAN BELUM SAMPAI 3 KALI JUMAAT, BOLEHKAH BERFIKIRAN BEGITU?
Memang ada org yg mengikut kepalanya sendiri. Ini adalah salah faham. Sangat berdosa besar jika meninggalkan solat jumaat walaupun sekali kecuali dia berada dalam keadaan uzur.
ALLAH SURUH BERSEGERA SOLAT JUMAAT. JIKA MENINGGALKAN SOLAT JUMAAT LEBIH DARI TIGA KALI, LAMA-LAMA HATI AKAN MENJADI HITAM. JIKA BERTEMBUNG ANTARA TASKIRA DGN SOLAT JENAZAH,UTAMAKAN SOLAT JENAZAH DAN CEPATKAN PERKEBUMIAANNYA.
IBU SAYA SAKIT DAN SUAMI JUGA SAKIT,MANA YG LEBIH UTAMA?
Kedudukan seorang isteri adalah pada suaminya. Dan dalam masa sama boleh juga menjaga ibu.
PERLUKAH SOLAT JAMAK DAN QASAR SEDANGKAN MASJID SUDAH BANYAK SEKARANG?
Solat jamak dan qasar adalah satu kemudahan dan keringanan bagi org yg musafir. Isunya bukan kerana masjid dah banyak, nak solat tak semestinya di masjid kerana disetiap muka bumi ini adalah tempat bersujud. Jamak dan qasar adalah hadiah dari Allah.
APA DIBOLEHKAN MENOLAK PANGGILAN HAJI KERANA ANAK NAK PERIKSA?
Lebih baik dia pergi haji kerana belum tahu dia dapat pergi tahun depan, takut-takut dia meninggal sedangkan dia dah mampu pergi. Boleh meninggalkan anak yg nak mengambil peperiksaan dan boleh berdoa banyak-banyak ketika menunaikan haji.
PERLU BERHATI-HATI APA YG KITA NAK SAMPAIKAN DALAM MEDIA SOSIAL.
PERLU SELIDIK TERLEBIH DULU APA YG KITA NAK SAMPAIKAN.
KITA PERLU UTAMAKAN YG WAJIB DAN KEMUDIAN BARU YG SUNAT.
PERLU UTAMAKAN FARDU AIN, BARU FARDU KIFAYAH.
PERLU UTAMAKAN RANCANGAN ILMU DARIPADA RANCANGAN HIBURAN.
CARILAH REDHA ALLAH DALAM SETIAP IBADAH.
No comments:
Post a Comment