Thabrani mentakhrijkan dari Ibnu Umar ra (yang maksudnya kurang lebih), dia berkata, "Seorang laki-laki dari Habasyah datang kepada Rasulullah saw, maka berkatalah Rasulullah saw, “bertanyalah dan pahamkanlah!”. Ia lalu berkata, “Ya Rasulullah! Engkau telah dimuliakan dari kami dengan rupamu, dengan keturunanmu, dengan kenabianmu. Apakah jika aku beriman dengan apa yang engkau telah beriman dan beramal dengan apa yang engkau telah amalkan apakah aku akan bersama mu di dalam Jannah?”. Berkata Rasulullah saw, “Naam dan orang yang dirinya seperti ini (berkulit hitam) sesungguhnya dia terlihat putih di Jannah sejauh seribu tahun perjalanan.”
Kemudian Rasulullah saw berkata, “Barangsiapa mengucapkan Laa ilaaha illallaah, bersamanya janji Allah dan siapa yang mengucapkan Subhanallahi Wabihamdihi dituliskan baginya seratus dua puluh empat ribu (124,000) hasanah.” Maka laki-laki itu berkata, “Bagaimana keadaanku setelah ini ya Rasulullah?” Maka berkata Rasulullah saw, "Sesungguhnya seorang lelaki mendatangi hari kiamat dengan amal”. Kemudian dibacakan oleh Rasulullah saw surah berikut yaitu surah Al-Insaan ayat 1 hingga ayat 20. Orang Habsyi itu bertanya lagi, “Dan apakah mata ini akan melihat apa yang akan engkau lihat di dalam Jannah?” Berkatalah Rasulullah, “Naam.” Maka orang Habsyi itu menangis sehinggalah ia meninggal dunia (yakni keluarlah ruhnya).(Tafsir Ibnu Katsir).
Di dalam riwayat yang lain bersabda Rasulullah saw terhadap lelaki Habsyi tersebut, “Telah keluarlah ruh sahabatmu ini (saudaramu ini) dikeranakan Asy Syauqu ilaa Al-Jannah, rindukan jannah. (HR Ahmad).
Kita sama-sama tahu bahawa syurga adalah sebaik-baik tempat sesudah kehidupan dunia ini. Syurga adalah sebuah tempat yang dijanjikan Allah swt kepada hambaNya yang diizinkan memasukinya kelak, jika manusia memilki syarat sesuai dengan kriteria yang telah ditentukan oleh Allah swt, syurga adalah suatu tempat yang ghaib sifatnya, setidaknya pada saat ini kita menganggapnya ghaib, kerana tidak nampak oleh mata manusia. Namun dengan sifat ghaib yang dimilki oleh syurga manusia mesti meyakini keberadaannya.
Banyak hadits-hadits dari Rasulullah saw yang mengabarkan tentang keberadaan syurga dengan segala macam kenikmatan yang tidak pernah sedikitpun terbayangkan dan terbetik dalam pikiran manusia, baik manusia di jaman Rasulullah saw dulu atau manusia di jaman modern sekarang ini. Manusia hanya mampu mengira-ngira dengan akal dan hatinya. Kehebatan alam syurga begitu luar biasa sehingga manusia tak mampu menciptakan keindahan syurga dalam akal dan pikirannya. Sabda-sabda Rasulullah saw tentang syurga adalah benar adanya. Akan tetapi akal manusia terlalu lemah sehingga kehebatan syurga yang sesungguhnya tak pernah boleh membayangkannya.
Rasulullah saw yang mulia dan tinggi kedudukannya di sisi Allah swt pernah di perlihatkan tentang indahnya syurga. Bahawa di dalam syurga semua serba lezat dan indah. Tak ada sedikitpun kesusahan yang akan menimpa kepada penduduk syurga. Semua penduduk syurga akan merasakan kenikmatan yang luar biasa tanpa terkecuali. Kenikmatan-kenikmatan yang ada di dalam syurga ribuan, jutaan bahkan milyaran kali dari kenikmatan yang pernah manusia rasakan di dunia ini. Sangat pantas dan sangat mungkin jika dulu para sahabat Rahum. tercengang dan terheran-heran dengan pengkabaran syurga oleh Rasulullah saw Hingga ketika mereka mendengar betapa indahnya syurga serasa mereka tak mau hidup di dunia lagi.
Dalam kisah di atas menceritakan seorang sahabat yang begitu rindu akan indahnya syurga. Rasa rindu yang begitu dalam hingga mampu menyebabkan sahabat tersebut meninggal dunia. Kita boleh bayangkan kesan dari cerita Rasulullah saw kepada sahabat rahum. Jika anda bercerita tentang sesuatu yang luar biasa dan sesuatu yang menimbulkan semangat maka orang akan terpengaruh dengan cerita anda. Akan tetapi pengaruh dan kesan cerita anda hanya sebatas kemampuan memberi semangat dan dorongan hingga orang yang mendengar cerita anda akan bergairah melakukan sesuatu yang anda inginkan tanpa menimbulkan kematian. Sebaliknya kisah di atas adalah sesuatu yang sangat luar biasa dan yang diceritakan pun juga sangat luar biasa, yaitu syurga. Dan yang menceritakanpun orang yang sangat luar biasa dan memilki kemuliaan di sisi Allah Swt yaitu Rasulullah saw Yang mendengarkanpun juga orang yang luar biasa. Mereka adalah para sahabat, yakni orang-orang yang telah dipilih oleh Allah Swt untuk menjadi iktibar atau contoh kepada semua manusia.
Satu sahabat pernah datang kepada Rasulullah saw yaitu sahabat Haritsah r.a. Dia datang kepada Rasulullah saw dan menyatakan keimanannya. Dia berkata, "Ya Rasulullah, sesungguhnya aku telah benar-benar beriman.” Maka Rasulullah saw bertanya, "Wahai Haritsah, sesungguhnya dalam setiap sesuatu ada hakekatnya, lalu apa hakekat iman kamu?” Haritsah menjawab, "Ya Rasulullah, di siang hari aku berpuasa dan di malam hari aku menangis kepada Allah Swt maka seolah-olah aku melihat penduduk syurga tengah saling berkunjung dan mengucapkan salam satu sama lain sementara ahli neraka saling menggonggong satu sama lain seperti anjing yang mengonggong” Maka Rasulullah saw menjawab, "Wahai Haritsah, sesungguhnya engkau telah benar-benar beriman, maka jagalah iman kamu."
Kehebatan iman para sahabat rahum. banyak sekali diceritakan dalam kisah kehidupan para sahabat. Kehebatan iman para sahabat rahum mampu meraba dan melihat keadaan alam akhirat. Termasuk syurga yang menjadi kerinduan para sahabat, sehingga segala aktivitas kegiatan sehari-hari mereka syurga adalah menjadi target dan pilihan dalam menentukan hidup dan cara hidupnya.
Dikatakan walau mereka adalah penduduk bumi tapi amalan mereka adalah amalan kampung akhirat. Semua sahabat begitu mencintai akhirat sebagai tempat tujuan hidup mereka. Sehingga gelar mereka adalah gelar dalam hal amalan. Bukan gelar seperti manusia di jaman modern sekarang ini. Mereka adalah ahli dalam hal amal. Mereka adalah ahli sedekah, ahli tahajud, ahli jihad, ahli menangis kerana takut Allah, ahli dalam tawakkal, ahli dalam bersyukur, ahli dalam menjaga pandangan, ahli muamalah,ahli dalam bermuasyarah, ahli dalam hal ibadah, ahli dalam akhlaq, ahli dalam hal berbuat adil, ahli dalam mencintai Allah Swt, ahli dalam mencintai Rasulnya Saw, ahli dalam sunnah dan lain sebagainya. Semua perilaku sahabat menunjukkan keghairahan dalam mengamalkan islam secara sempurna. Sehingga keridhoan Allah swt datang kepada para sahabat. Bahkan banyak ayat-ayat al Quran yang turun berkenaan dengan kehidupan para sahabat. Sahabat rahum begitu rindu dengan kampung akhirat. bagaimana dengan kita? Apakah kita selalu merindukan kampung akhirat? Lalu jika sudah rindu, apakah amalan kita sudah menyamai amalan sahabat?
Dikatakan bahawa syurga tanahnya subur, pohonnya tumbuh dari ucapan zikrullah. Satu subhanallah yang kita ucapkan akan menumbuhkan satu pohon, yang besar pohon tersebut apabila ada kuda tercepat yang berlari selama 40 tahun maka belum selesailah kuda tersebut mengitarinya. Rumah ahli syurga adalah istana-istana yang terbuat dari batu jamrud dan permata hijau. lantainya terbuat dari emas. Di dalamnya terdapat ranjang-ranjang, gelas serta piring yang terbuat dari emas. Ahli syurga akan dilayani oleh pelayan-pelayan syurga yang muda lagi tampan. Mereka siap melayani ahli syurga dengan suka rela.
Minuman ahli syurga adalah susu, madu, arak yang tidak memabukkan. Minuman syurga terasa lebih manis dari madu, lebih jernih dari air dunia, lebih dingin dari es. Setiap meneguknya maka tidak akan haus selama-lamanya. Makanan ahli syurga adalah daging burung yang nikmat. Kenikmatan makanan syurga adalah sekali gigitan terasa nikmat, maka setiap gigitan berikutnya akan terasa lebih nikmat dari gigitan sebelumnya. Semakin dimakan maka semakin nikmatlah makanan syurga. Makanan syurga tidak menjadi kotoran seperti makanan di dunia. Makanan syurga akan menjadi keringat yang baunya wangi. Di syurga penuh dengan buah-buahan yang Allah Swt janjikan. Semua penduduk syurga bebas menikmati makanan dan minuman serta buah-buahan yang ada di syurga. Penduduk syurga tidak akan merasakan sakit sedikitpun. Pendek kata tidak ada kesusahan yang menimpa ahli syurga. Syurga adalah tempat melampiaskan nafsu syahwat.
Bidadari-bidadari syurga terlihat cantik yang kecantikannya tidak pernah terbayangkan oleh penduduk bumi. Dikatakan jika ujung jari bidadari syurga dinampakkan ke muka bumi, maka matahari akan menjadi redup. Setiap bidadari syurga mempunyai pelayan-pelayan. Jumlah pelayan bidadari syurga adalah 70.000 di sebelah kanan dan 70.000 di sebelah kiri. Jika satu orang pelayan bidadari syurga turun ke bumi, maka semua laki-laki di dunia akan berebut untuk mendapatkannya. Setiap bidadari memiliki 70 lapis pakaian sutra dan 70 macam warna yang tembus pandang hingga ke tulang sumsumnya. Bidadari syurga diperuntukkan kepada setiap laki-laki ahli syurga yang didunia adalah ahli dalam taat dan beribadah kepada Allah Swt Setiap laki-laki syurga menginginkan untuk berhubungan dengan bidadari syurga maka kenikmatannya akan terasa 2,5 juta kali lebih nikmat dari kenikmatan hubungan suami istri di dunia.
Ahli syurga tidak ada yang tua, semua berusia muda. Berpakaian hijau dari sutera Suara ahli syurga semerdu suara nabi Daud a.s. Ketampanan ahli syurga seperti nabi Yusuf a.s.. Ahklaq penduduk syurga adalah sebagaimana akhlaq Rasulullah saw. Musik di syurga adalah gesekan daun-daun pohon yang suaranya jauh lebih indah dari musik yang paling indah yang pernah ada di dunia. Begitulah kira-kira sebahagian kecil kenikmatan yang akan dirasakan oleh ahli syurga. Wallaahu alam..
Jika anda mengetahui lebih banyak lagi tentang keberadaan syurga dari kitab-kitab hadits atau apapun, mohon tuliskan di bawah di kolom comment, sebagai tambahan buat kita dan untuk saling mengingatkan betapa indahnya kehidupan di syurga nanti. Lalu tanamkan niat dari mulai sekarang amal apa yang akan kita perbaiki untuk memperoleh keridhoan Allah Swt dan janjiNya kelak. Anda boleh buat catatan kecil dan masukkan dalam kantong saku anda atau pasang di kamar anda. Buat kesungguhan dan niatkan bahawa anda akan berusaha menjadi lebih baik lagi dari sekarang ini. Ya sekarang ini. Anda tidak perlu merasa ragu jika anda masih belum mampu mengusahakan perbaikan diri. Walau dosa kita sudah terlalu banyak tapi ampunan Allah jauh lebih luas dari tujuh samudera Kerahiman Allah swt meliputi tujuh lapis langit dan tujuh lapis bumi. Ajak saudara-saudara kita untuk berbuat amal kebaikan. Anda boleh ajak adik, kakak, teman, sahabat tercinta anda, orang tua atau siapapun untuk berlomba-lomba berbuat baik. Yakinlah bahawa Allah Swt melihat kesungguhan kita dan melihat apa yang kita perbuat. Saya yang masih dhaif ini juga perlu anda ingatkan dengan ajakan-ajakan anda menuju kebaikan. Jangan ragu untuk berbagi pengetahuan anda mengenai janji Allah Swt tentang syurga. Saya yakin anda punya pengetahuan lebih di banding saya.
No comments:
Post a Comment