1). Penghapus Dosa Kecil dan Pengangkat Darjat
"Maukah kalian aku tunjukkan tentang sesuatu (amalan) yang dengannya Allah menghapuskan dosa-dosa dan mengangkat darjat-darjat?” Mereka berkata, "Mau, wahai Rasulullah!!” Beliau bersabda, "(Amalan itu) adalah menyempurnakan wudhu di waktu yang tak menyenangkan, banyaknya langkah menuju masjid dan menunggu solat setelah menunaikan solat. Itulah pos penjagaan". (HR. Muslim-586)
“Barangsiapa yang berwudhu lalu membaguskan wudhunya, niscaya kesalahan-kesalahannya keluar dari badannya hingga keluar dari bawah kuku-kukunya.” (HR. Muslim no. 245)
“Barangsiapa berwudhu demikian niscaya akan diampuni dosa-dosanya yang telah lalu. Sedangkan solat dan berjalannya dia ke masjid adalah dihitung sebagai amalan sunnah.” (HR. Muslim no. 228)
2). Tanda Pengikut Nabi saw Di Akhirat.
"Perhiasan (cahaya) seorang mukmin akan mencapai tempat yang dicapai oleh wudhunya”. (Muslim dalam Ath-Thoharoh, bab: Tablugh Al-Hilyah haits Yablugh Al-Wudhu - 585)
"Rasulullah saw pernah mendatangi pekuburan seraya bersabda, "Semoga keselamatan bagi kalian wahai rumah kaum mukminin. Aku sangat ingin melihat saudara-saudara kami". Mereka (para sahabat) berkata, "Bukankah kami adalah saudara-saudaramu wahai Rasulullah?” Beliau bersabda, "Kalian adalah para sahabatku. Sedang saudara kami adalah orang-orang yang belum datang berikutnya". Mereka berkata, "Bagaimana anda mengenal orang-orang yang belum datang berikutnya dari kalangan umatmu wahai Rasulullah?”
Beliau bersabda, "Bagaimana pandanganmu jika seseorang memiliki seekor kuda yang putih wajah dan kakinya diantara kuda yang hitam pekat. Bukankah ia boleh mengenal kudanya.” Mereka berkata, "Betul, wahai Rasulullah". Beliau bersabda, "Sesungguhnya mereka (umat beliau) akan datang dalam keadaan putih wajah dan kakinya kerana wudhu.” Sedang aku akan mendahului mereka menuju telaga. Ingatlah, sungguh akan terusir beberapa orang dari telagaku sebagaimana unta tersesat terusir. Aku memanggil mereka, "Ingat, kemarilah!!” Lalu dikatakan (kepadaku), "Sesungguhnya mereka melakukan perubahan setelahmu". Lalu aku katakan, "Semoga Allah menjauhkan mereka" (Ath-Thoharoh Istihbab Itholah Al-Ghurroh).
“Sesungguhnya umatku akan dihadirkan pada hari kiamat dengan wajah, tangan dan kaki yang bercahaya kerana bekas-bekas wudhu mereka. Kerananya barangsiapa di antara kalian yang boleh memperpanjang cahayanya maka hendaklah dia lakukan.” (HR. Al-Bukhari dan Muslim).
3). Separuh Iman.
"Bersuci (wudhu) adalah separuh iman. Alhamdulillah akan memenuhi mizan (timbangan). Subhanallah wal hamdulillah akan memenuhi antara langit dan bumi. Solat adalah cahaya. Shodaqoh adalah tanda. Kesabaran adalah sinar. Al-Quran adalah hujjah (pembela) bagimu atau hujatan atasmu. Setiap orang keluar di waktu pagi; maka ada yang menjual dirinya, lalu membebaskannya atau membinasakannya.” (HR Muslim)
4). Jalan Menuju Syurga.
Nabi saw pernah bersabda kepada Bilal ketika solat Fajar, "Wahai Bilal, ceritakan kepadaku tentang amalan yang paling engkau harapkan yang pernah engkau amalkan dalam Islam, kerana sungguh aku telah mendengarkan detak kedua sandalmu di depanku dalam syurga". Bila berkata, "Aku tidaklah mengamalkan amalan yang paling aku harapkan di sisiku. Cuma saya tidaklah bersuci di waktu malam atau siang, kecuali aku solat bersama wudhu itu sebagaimana yang telah ditetapkan bagiku". (HR Bukhari dan Muslim).
5). Pelepas Ikatan Syaitan.
"Syaitan membuat tiga ikatan pada tengkuk seorang diantara kalian jika ia tidur. Syaitan akan memukul setiap ikatan itu (seraya membisikkan), "Bagimu malam yang panjang, maka tidurlah". Jika ia bangun seraya menyebut Allah (berzikir), maka terlepaslah sebuah ikatan. Jika ia berwudhu, maka sebuah ikatan yang lain terlepas. Jika ia solat, maka sebuah ikatan akan terlepas lagi. Lantaran itu, ia akan menjadi bersemangat lagi baik jiwanya. Jika tidak demikian, maka ia akan jelek jiwanya lagi malas” (HR Bukhari dan Muslim).
No comments:
Post a Comment