Saturday, September 3, 2016

JALAN TARIKAT TIDAK SESAT

Jangan hanya sebab LEPAT dan WAN HIZAM hangpa pukul rata semua, dok kata ilmu makrifatullah adalah ilmu sesat, semua Tarikat sesat, jalan kerohanian sesat, jalan mengenal diri sesat. Amboihh Syok nya hangpa duk pukul rata noh. 

Hangpa belajar sejarah balik, siapa yang bawa Islam ke Nusantara. Kalau bukan para ulama sufi seperti Syeikh Jamaluddin Qubra yang menjadi Bapa segala Wali di Nusantara. Zaman tok nenek moyang kita hampir setiap ulama Ahlu Sunnah Wal Jamaah mempunyai amalan kerohanian tarikat. Ianya menjadi kelaziman orang yang ingin mendekatkan lagi diri kepada Tuhan dan ingin menyucikan hati dari sifat tercela. Hatta seorang Pendekar sekalipun. 

Setakat cakap ja semua pun boleh. Cuba bagi 1 nama siapa Ulama yang bertarikat. Jangankan satu,  berpuluh dan beratus saya boleh bagi. Cukuplah saya senaraikan yang tersohor. 

- Syeikh Ismail al-Fathani (Syatariah)
- Syeikh Hamzah al-Fansuri
- Syeikh Syamsuddin al-Sumaterani (al-Qadiriah)
- Syeikh Ahmad Khatib Sambas (al-Qadiriah)
- Syeikh Nuruddin Tekarang (al-Qadiriah al-Naqsyabandiah)
- Tuan Guru Abdul Rahman Ambon
- Syeikh Nawawi al-Bentani (al-Qadiriah al-Naqsyabandiah)
- Syeikh Ahmad al-Fathani (As-Samaniah)
- Syeikh Mohd Zainuddin b Mohd Badawi Sumbawa (al-Qadiriah)
- Syeikh Mohd Azhari
- Syeikh Yasin al-Fadani
- Syeikh Mokhtar Bogor
- Kiyai Mohd Fadhil b Abdul Latif al-Maduri
- Kiyai Hashim Asyaari
- Syeikh Ali b Abdullah al-Banjari
- Syeikh Mohd Mahfuz al-Tarmasi
- Syeikh Mohd Najib b Idris (al-Naqsyabandiah)
- Syeikh Ismail al-Minangkabawi (al-Naqsyabandiah al-Khalidiah)
- Syeikh Daud al-Fathani (al-Syatariah)
- Syeikh Faqih Jalaluddin b Kamaluddin al-Asyi
- Syeikh Nuruddin al-Raniri
- Syeikh Abdul Rauf al-Fansuri (as-Syatariah)
- Syeikh Yusuf Makasar (al-Khalwatiah)
- Syeikh Zainal Abidin al-Fathani
- Syeikh Wan Ali Kutan (as-Syaziliah)
- Syeikh Abdul Rahman Pauk Boh al-Fhatani (as-Syatariah)
- Syeikh Mohd Ali Acheh (as-Syatariah)
- Syeikh Mohd b Khatib Langien (as-Syatariah)
- Syeikh Abdul Malik Tok Pulau Manis (as-Syaziliah)
- Syeikh AbdullahMubin (as-Syatariah)
- Syeikh Mohd Arshad al-Banjari
- Syeikh Abdul Samad al-Palembani (as-Samaniah)
- Syeikh Abdul Qadir al-Fhatani
- Syeikh mohd Kamil al-Fhatani
- Syeikh Mohd Salleh al-Fhatani (as-Syatariah)
- Syeikh Abdul Rahman az-Zawawi (al-Naqsyabandiah)
- Syeikh Abdullah Azhim al-Manduri
- Syeikh Abdul Wahab Rokan
- Syeikh Wan Sulaiman Kedah (al-Naqsyabandiah)
- Syeikh Mohd Salleh al-Minangkabawi
- Syeikh Mohd Zain Simabur
- Tuan Guru Hj Umar Besut
- Tuan Guru Hj IShak b Muhd Arif
- Syeikh Mohd Zain Acheh (as-Syaziliah)
- Syeikh Abdul RahmanTok Gudang
- Tuan Tabal (al-Ahmadiah)
- Syeikh Mohd Said Linggi (al-Ahmadiah)
- Syeikh Mohd Salleh
- Syeikh Tengku Mahmud Zuhdi (al-Naqsyabandiah)
- Tok Pulai Condong (as-Syaziliah)
- Tok Selehor
- Syeikh Mohd Nafis al-Banjari
- Syeikh Mohd Khalil al-Maduri (al-Naqsyabandiah)
- Imam Mohd Dahlan (al-Naqsyabandiah)
- Mufti Hj Wan Musa (al-Ahmadiah)
- Raja Ali Kelana (al-Naqsyabandiah)
- Raja Haji Abdullah (al-Naqsyabandiah)
- Syeikh Mohad Azhari al-Palembani
- Syeikh Abdul Qadir Bayas Tok Duyong
- Syeikh Abdul Malik Tok Pulau Manis (as-Syaziliah)
- Tokku Paloh (al-Naqsyabandiah)
- Tok Padang Jelapang atau Tok Golok
- TuanGuru Hj Abdul Rahman Lmbong (al-Naqsyabandiah)
- Syeikh Alawi Tahir al-Hadad
- Tok Kenali (al-Ahmadiah)
- Syeikh Hamzah al-Fansuri
- Syeikh Mohd Yasin al-Fadani
- Pangeran Dipo Negero (al-Naqsyabandiah)
- Tok Syafie
- Tuan Guru Hj Daud Bukit Abal (al-Ahmadiah)
- Tuan Guru Hj Abdul Wahid Sungai Udang (al-Ahmadiah)

Tak cukup lagi? Masih ramai lagi yang ada. Ni baru sedikit, Ni baru kat tanah MELAYU. Belum masuk belah Semananjung Arab, Imam Hasan al-Basri, Abu al-Faidh, Rabiatul Adawiyah, Imam Junaid, Imam Ghazali, Abu As-Siraj, Ibn Arabi, Ibrahim Adham. Ramai lagi tak larat nak taip. Bertanyalah ahli sesuatu ilmu sekiranya kamu tidak mengetahui. 

Justeru adalah penting sesuatu ilmu dirujuk kepada ahlinya yang mempunyai sanad, kerana realiti di Malaysia banyak permasalahan berkaitan tariqat atau tasawuf tidak dirujuk kepada ahli yang sebenar dan menimbulkan kekeliruan terhadap ilmu dan amalan berkaitan kerohanian. Kalau nak rujuk jangan rujuk yang mulut puaka. Yang keja duk buat live ja kat Fb, yang duk mencarut, Yang tak jaga syariat. Boleh pulak nak pukul rata amalan kerohanian sesat.

Tengku Daeng Mawelle

No comments:

Post a Comment