Saturday, September 3, 2016

JASAD PULANG BERSAMA RUH

Ayahku jenis tak campur dan sibuk hal orang. Asyik duduk di surau kecik yang aku bina khas untuk dia menghabiskan masa tuanya. Solat dan puasanya tak pernah tinggal, tapi ada satu perkara yang aku kesal. Bila aku nak hantar dia pergi menunaikan haji ke Mekah, dia kata, “Tak payahlah, Kau hantarlah emak kau sorang jer pergi”. Aku bertanya lagi, kenapa? Dengan mudah jer dia jawab, “Setiap malam abah pergi”. 

Itu yang mengharukan pemikiran aku sehingga aku menganggap ayahku sudah berada ditahap orang gila. Tapi ayahku ini benar jugak apa cakapnya. Itu aku yang menjadi bertambah gila tu. Bila aku memasukkan jenazahnya ke liang lahad, tiba-tiba aku tengok kain kapan yang membungkus jasadnya terus pupus kebawah seolah-olah jasadnya sudah tidak ada lagi. Disebabkan takut malu dan menjadi aib, aku segera menutup papan lahad.

Mengenangkan peristiwa itu, aku jatuh sakit selama 3 bulan kerana terlalu banyak berfikir dan berfikir, kadang-kadang aku berfikir yang bukan-bukan mengenai jasad ayahku. Setelah aku tua, barulah aku tahu kemana jasad ayahku pergi. 

Masa ayah aku hidup, semua orang kampungku memulaukan Ayahku. Maklumlah, tak campur orang hanya buat hal sendiri saja. Orang kampung menganggapnya membela Hantu Raya. Ada suatu ketika, aku juga turut mempercayai kata-kata orang kampung ni bahwa ayahku membela HANTU RAYA. 

Apa tidaknya, cakapnya saperti orang gila. Nak hantar naik haji, dia tak mahu kerana setiap malam dia kata, dia pergi ke Mekah. Anak mana yang boleh menjadi tenteram pemikirannya, jika ayahnya sendiri telah sesat. Biarlah aku menjadi seorang anak yang soleh untuk menyelamatkan ayahku sendiri. Aku cuba rujuk kisah ayahku kepada Uztaz Harun Din mengenai setiap malam dia pergi ke Mekah. Aku menjadi bertambah mereng, kerana Ustaz Harun Din cuma memeluk aku seerat-eratnya tanpa memberikan sebarang jawapan yang tulus.

Jadi aku berfikir sah dah! Ayahku sesat dan membela hantu raya. Pada suatu hari, aku membuat usaha terakhir untuk menyelamatkan ayahku. Aku mahu menjadi seorang anak yang soleh. Selepas jam 12 tengah malam, aku segera pergi kesurau keciknya untuk mengintai apa yang sedang dibuatnya. Ayahku memasang pelita minyak tanah disuraunya, jadi pemandangan sedikit samar tapi jelas. 

Lazimnya, apabila ayahku tidur selalu berselubung dengan kain tebal kerana tidak tahan kesejukan. Dari celah lubang dinding surau, aku dapat memperhatikan bahawa kain yang menyelubungi tubuh ayahku sudah pupus kelantai. Ayahku tidak ada dalam selimutnya! Sah dah, dia sudah terbang untuk menjadi HANTU RAYA. 

Keesokan harinya, aku adik-beradik telah mengadapnya untuk memberikan nasihat agar ayahku kembali kepangkal jalan.Tapi, dia cuma diam dan berkata, “Kalau kau anak beranak menuduh aku ini Hantu Raya, alhamdulillah lah, hantu raya, hantu rayalah kerana ia sudah tertulis di Luh Mahfuz”. Segala kata-kata ayahku menjadikan kami adik beradik tidak siuman memikirkannya. Alahai, Ya Tuhan.

Tujuh hari sebelum beliau kembali, ayahku memanggil aku dan ingin berpesan sesuatu, "Abah berdo'a agar bila abah mati nanti, jenazah abah masih ada dipengusung mayat sehingga sampai kekubur. Sekiranya, jenazah abah hilang entah kemana dalam perjalanan kekubur itu, kau orang adik beradik tanggunglah malunya dan abah meminta maaf kerana permintaan abah tidak dimakbulkan Tuhan. Abah memohon kepada Tuhan, agar jenazah abah sampai ke kubur. Abah berpesan kepada kau sorang, apabila kau dah masukan jenazah abah ke dalam lubang lahad, segeralah menutup papannya. Kemudian, jangan sampai dilihat orang ramai, kau bukalah semula papan lahad itu untuk menjadi saksi sama ada abah sudahpun menjadi hantu raya”. 

Anehnya, sebelum aku menutup papan lahad, kain kapan penutup jenazah sudah pupus kebawah, jenazahnya sudah tidak ada lagi, lantas aku berfikir ayahku menjadi hantu raya. Nasib baik orang ramai tak nampak, kerana hanya aku dan abangku saja yang mengurus memasukannya kelubang lahad. 

Diusia tua ini, setelah aku mempelajari bidang usul dan asal usul manusia. Barulah aku tahu betapa suci dan bersihnya roh dan jasad ayahku. Sesungguhnya, akulah yang sesat. “Ya Allah ampunkanlah segala dosaku Ya Allah”.

Cerita ni adalah kisah benar yang telah dikongsikan oleh anak arwah iaitu Noramain Mosyi Mosyi didalam cerita diatas adalah antara dia dengan arwah ayahnya. 

Sekarang mari kita fikirkan sama-sama, kenapa agaknya terjadi perkara sedemikian, kemana perginya jasad arwah ayah beliau? Yang kita sedia maklum jasad manusia yang dah mati, akan membusuk, mereput dan dimakan cacing. Betul tak? 

Sebenarnya Ruh yang telah mengenal Tuhannya dan jasad yang mengenal Ruhnya, Ruh tidak akan sekali-kali meninggalkan jasadnya tinggal sendirian atau berseorangan di dalam tanah setelah mati. Datang bersama dan pulang bersama. Pulangnya kita kelak, bukan kembali “Ke tanah”. Adapun kepulangan kita adalah bertujuan kembali “keRahmatullah” (Kepangkuan Allah) dan bukannya ke rahmatul tanah atau ke rahmatul bumi kerana kita semua berasal dari kampung Rahmat. Hanya jasad dan ruh yang tidak kenal Tuhannya saja dimakan tanah bila mati. 

Barangsiapa yang tidak mahu jasadnya dimakan cacing, dimamah ular dan kala jengking, kenalilah Allah S.W.T. Barangsiapa yang dirinya mengenal Allah sudah dengan pasti, Ruhnya akan pulang dengan jasadnya menemui ALLAH S.W.T. Asal kita itu, adalah dari "Rahmat Allah”, maka sekembalinya kita kelak, hendaklah juga pulang ke Rahmatullah. Sebab tu setiap kali ada kematian kita akan kata si fulan telah kembali ke rahmatullah. 

Sesetengah Guru Mursyid terdahulu kebiasaannya selalu memberi amanat atau selalu berpesan kepada anak-anak muridnya, agar menggali semula kuburnya. Jika didapati jasadnya masih didalam alam tanah, maka si guru mengalu-alukan anak muridnya kencing diatas kuburnya. Manusia yang mengenal Allah itu, jasadnya bukan didalam bumi. Tetapi telah pulang ke pangkuan Allah. 

Semenjak di dunia lagi dia telah berserah diri atau menyerahkan diri sepenuhnya kepada Allah, jadi dia telahpun mati sebelum mati. RUH dan jasadnya adalah milik Allah semasa didunia ini lagi. Bermula dia mengembalikan sifat wujudnya pada Empunya secara tak langsung dia telah menjadi milik Allah dulu sampai sekarang dan sampai waktunya tiba.

Malaikat Munkar Nankir tidak akan menyoal manusia yang telah mengenal Allah dan yang kembalikan segala wujud dirinya kepada Allah semasa hidup. Barang yang sudah kembali menjadi hak milik Allah, tidak sekali-kali berani makhluk mempersoalkannya. Soalan "Ma Robbuka - Siapa Tuhanmu" itu hanya ditanyakan pada si mati adalah si fulan bin si fulan yang tidak mengenal akan Tuhannya dan yang mengakui wujud dirinya semasa hidup. 

Sedari mula kita dijadikan Allah, Allah sudah sedia tahu, apa yang akan kita jawab. Kerana apa yang akan kita jawab itu, adalah jawapan yang sudah sedia ada dalam ilmu Allah sedari azali! Yang hendak bertanya itu pun ilmu Allah dan yang hendak ditanya pun ilmu Allah. Bila mana diri kita sudah tidak ada (mati), siapa yang hendak tanya siapa? Yang menyoal pun Dia dan yang hendak di soal pun Dia. Dia seDia Dianya Dia.

Tengku Daeng Mawelle

No comments:

Post a Comment