Mencintai orang-orang soleh, orang alim adalah amat dituntut. Dampingilah orang alim. Kasihi mereka kerana mereka akan membawa kita kepada Allah swt. Membawa kita ke jalan Allah, bersama orang-orang soleh. Sesungguhnya mereka adalah Khazanah yang tidak ternilai yang tidak boleh dibeli dengan wang ringgit. Tadah lah ilmu daripada mereka sementara Allah masih belum memanggil mereka kembali , Kerana semenjak akhir-akhir ini semakin ramai ulama tua yang pulang ke Rahmatullah.
Ada tiga ilmu yang wajib dipelajari oleh seorang mukmin. Yang pertama adalah ilmu TAUHID. Kepercayaan kepada enam rukun iman, ilmu usuluddin, ilmu akar agama. Yang kedua, ilmu FEQAH, ilmu syariat, ilmu cabang agama. Yang ketiga, adalah ilmu TASAWWUF. Gabungan antara ilmu syariat dan ilmu hakikat dengan cara yang harmoni. Syariat lebih kepada perkara zahir. Manakala hakikat pula lebih kepada perkara batin.
Jika seseorang nak isi petrol, adakah perlu isi di petrol pam atau perlu ke dasar laut korek sendiri? Bermakna perlu kepakaran dan peralatan untuk jadi minyak yang boleh digunakan. Sama juga jika seseorang nak faham hukum hakam. Adakah perlu amik begitu sahaja daripada Al-Quran dan hadis? dia perlu juga kepada pakar-pakar daripada ilmu sarof, ilmu tasawwuf.
llmu tasawwuf dalam agama kita membuktikan bahawa ada zahir dan batin, roh nafsu akal, akal bukan otak. Akal itu satu metafizik direct daripada Allah swt. Otak hanya bekas sahaja untuk akal. Sama juga hati, bukan hati yang segumpal darah itu, tetapi hati yang berada didalam bekas jantung tersebut.
Roh mempunyai kaitan rapat dengan akal. Mereka mempunyai kaitan rapat dengan nafsu. Jikalau tiada roh di tangan, maka kalau tercedera dia tak akan rasa sakit. Bila roh bergerak ke kiri dan bergerak ke kanan. Kalau roh tak bergerak maka akan lumpuh jasad. Kalau kita boleh makan boleh berjalan maka roh dia ada , tapi kalau ada mata tapi tak nampak dan ada telinga tapi tak dengar maka rohnya telah ditarik sedikit demi sedikit oleh Allah swt.
Tidak ada didalam dunia ni ulamak yang tidak berdarah keturunan nabi muhammad atau ahli bait yang penuh dengan ilmu tasawwuf dan ilmu sufi. Tarikat itu ialah sebuah madrasah supaya manusia berada didalam keadaan terbimbing dan dibimbing melalui tasawwuf yang tidak secara berasingan bersama tauhid utk mendekatkan diri kepada Allah swt.
Mustahil bagi manusia mencapai maqam yang tinggi tanpa tarikat, hakikat dan syariat. Yakni dia perlu ada tauhid, feqah dan tasawwuf.
Golongan MELAYU lama pada zaman dahulu, mereka terikat dengan ulamak. Mereka tidak menyibukkan diri dengan kebaratan. Mereka tidak terlibat dengan politik. Politik adalah kuasa mutlak sultan. Mereka tidak terpengaruh dengan hiburan, wa sami'na wa ato'na, mereka terima shj ape yang sultan suruh. Maka itu sebab bila seorang sultan masuk ISLAM maka semua rakyat jelata ikut.
Sepakat ulamak menyatakan bahawa tidak sah solatnya jika tidak mengucap salam keatas nabi ketika tahhiyat secara berdepan. Assalamualaika. Nabi seolah berada didepan kita. Dan bukannya assalamualaihi. Ucap salam seolah nabi berada jauh di madinah. Kita lihat simpulan bahasa dan peribahasa dulu yang penuh dengan elemen tasawwuf iaitu ilmu adab.
Contohnya seperti aur dengan tebing. Seperti isi dengan kuku. Seperti anjing dan bayang-bayangnya. Iman ISLAM dan ihsan. Ihsan itu seolah-olah kamu dilihat oleh Allah, kamu diawasi oleh Allah, musyahadah. Merasa sentiasa melihat adanya Allah swt. Sentiasa berasa Allah swt memerhatikan kita.
Sesungguhnya solat itu dapat menghalang seseorang itu daripada perkara mungkar. Jika dia masih melakukan mungkar maka ada something wrong didalam solatnya. Setiap sesuatu perlu dimulakan dengan bismillah. Kerana bismillah itu permulaan dengan kasih syg Allah. Setiap kali bismillah akan memberi keberkatan didalam hidup kita. Kita menyebut nama Allah swt dengan sifat ar-rahman ar-rahim didalam setiap perbuatan.
Tengku Daeng Mawelle
No comments:
Post a Comment