Monday, February 17, 2014

KHUTBAH JUMAAT - KEMULIAAN BULAN MUHARAM

ألحَمْدُ لِلّهِ. ألحَمْدُ لِلّهِ الذِي جَزَى العَامِلِيْنَ. وأحَبَّ 

الطَّائِعِيْنَ. وَأبْغَضَ العَاصِيْنَ. أشْهَدُ أنْ لاَ اِلهَ اِلااللهُ. 

وَأشْهَدُ أنَّ مُحَمّدًا رَسُوْلُ اللهِ. اَللّهُمَّ صَلِّ وَسَلِّمْ وَبَارِكْ 

عَلَى مُحَمّدٍ الهَادِي اِلَى صرَاطِكَ المُسْتَقِيْمِ. وَعَلَى آلِهِ 

وَصَحْبِهِ وَالمُجَاهِدِيْنَ فِي سَبِيْلِكَ الْقَوِيْمِ. أمَّا بَعْدُ. فَيَا 

عِبَادَاللهِ اتَّقُوْاللهَ الّذِي لا اِلهَ سِوَاهُ وَاعْلَمُوا أنَّ اللهَ أمَرَكُمْ 

بِالطَّاعَةِ والْعِبَادَةِ. وَنَهَاكُمْ بِالظُّلْمِ وَالْمَعْصِيَةِ. فَلا يَكُوْنُ 

ذلِكَ اِلاَّ لِخُسْرَانِكُمْ وَهَلالِكُمْ. وَلَكِنِّ اللهَ يَرْحَمُكُمْ وَأنْزَلَ 

نِعَمَهُ عَلَيْكُمْ. فَأَطِيْعُوْهُ وَاعْمَلُوا الصَّالِحَاتِ وَاجْتَنِبُوا عَنِ 

السَّيِّئَاتِ. لِأَنَّ اللهَ جَزَى أَعْمَالَكُمْ. أَثَابَكُمْ بِصَالِحِ أَعْمَالِكُمْ. 

وَعَذَّبَكُمْ بِسَيّءِ أَفْعَالِكُمْ.

قَالَ اللَّهُ تَعَالَى :أَعُوْذُبِااللَّهِ مِنَ الشَّيْطَانِ الرَّجِيْمِ ، بِسْمِ اللَّهِ 

الرَّحْمَنِ الرَّحِيْمِ ، فَالَّذِينَ هَاجَرُواْ وَأُخْرِجُواْ مِن دِيَارِهِمْ 

وَأُوذُواْ فِي سَبِيلِي وَقَاتَلُواْ وَقُتِلُواْ لأُكَفِّرَنَّ عَنْهُمْ سَيِّئَاتِهِمْ 

وَلأُدْخِلَنَّهُمْ جَنَّاتٍ تَجْرِي مِن تَحْتِهَا الأَنْهَارُ ثَوَاباً مِّن عِندِ 

اللّهِ وَاللّهُ عِندَهُ حُسْنُ الثَّوَابِ

Ma’asyiral Muslimin Rahimakumullah, Marilah kita bersama2 tingkatkan ketaqwaan kita kpd Allah swt. Bersyukurlah bahawa kita semua masih diberi umur pjg menikmati tahun baru Islam. Tak terasa tahun telah berganti, umur telah bertambah, sudahkah semua itu kita sertai dgn tambahnya iman dan taqwa? Bukankah Allah telah menambahkan umur dlm hidup kita? Mengapa kita tidak menambah keta’atan kpdnya? Jamaah Jumaah yg berbahagia. Ingatkah kita pada suatu hari di 14 Abad yg lalu ketika Rasulullah saw melaku kan perjlnan berat dari Mekah menuju Madinah. 

Di atas punggung unta, mendaki gunung berbatu, menuruni lembah dipanggang di bwh ganasnya terik matahari padang pasir. Medan yg berat menjadi tambah berat ketika harus menghindar kejaran kaum kafir Quraisy. Berjln dgn penuh kewaspadaan dan kehati-hatian. Hanya dgn niat dan keyakinan yg teguhlah Rasulullah saw berhasil akhirnya smpi pula di kota Madinah Al Munawaroh. Madinah menjadi pelabuhan dakwah Rasulullah saw yg menghantarkan kejayaan Islam. Dari Madinah-lah Islam melebarkan sayapnya hingga ke pelosok penjuru bumi. Ke Asia menembus lautan, mengharungi benua dan menaklukkan alam. Semua itu Rasulullah saw lakukan demi syiar Islam, hingga kita manusia di Nusantara dpt menikmati manisnya iman kpd Allah. Itulah salah satu hikmah hijrahnya Rasulullah saw. 

Begitu agungnya hikmah di balik hijrah Rasulullah saw, sehingga sahabat Umar bin Khattab r.a. bersama bersepakat dgn para sahabat me’monumen’kan hijirah Rasulullah saw dlm bentuk penanggalan dlm Islam. Jama’ah yg dimulikan Allah, Marilah kita bersama2 berhijrah, berpindah dan berusaha berubah menuju kebaikan atau menuju yg lebih baik. Krn sesungguh nya umur kita semakin menipis, jatah umur kita semakin menyempit. Alangkah baiknya jika kita segera melangkah meninggalkan segala yg buruk dan mtidak mahutinya dgn hal yg lebih bermakna. Sudahkah kita memenuhi tabungan amal kita dgn amal yg soleh. Padahal umur kita semakin hari semakin berkurang. Spt yg termaktub dlm hadis:

طوبى لمن طال عمره وحسن عمله (رواه الطبرانى عن عبدالله بن يسر)

Yg ertinya: Sungguh berbahagia bagi org yg pjg usianya dan baik amal perbuatannya (HR Tabrani)

Mmg dlm sejarah tercatat bahawa secara fisik Rasulullah saw hanya sekali melaksanakan hijrah. Akan ttp hijrah itu harus kita maknai secara dinamis. Bahawa pergerakan dan perubahan tidak cukup dilaksanakan sekali seumur hidup. Jikalau dlm taraf tertentu kita telah merasa sudah baik, maka hendaklah terus berubah menuju ke yg lebih baik. Dan begitulah seterusnya.

Ma’asyiral Muslimin Rahimakumullah, Bln Muharram dlm tradisi Islam memiliki makna yg dlm dan sejarah yg pjg. Diantara kelebihan bulam Muharram terletak pada hari ‘Asyura’ atau hari ke10 pada bln Muharram. Krn pada hari ‘Asyura’ itulah (spt yg termaktub dlm I’anatut Thalibin) Allah swt utk pertama kali men ciptakan dunia dan pada hari yg sama pula Allah akan mengakhiri kehidupan di dunia (yakni Kiamat). Pada hari ‘Asyura’ pula Allah menciptakan Lauh Mahfuz dan Qalam, menurunkan hujan utk pertama kalinya, menurunkan rahmat di atas bumi. 

Dan pada hari ‘Asyura’ itu Allah mengangkat Nabi Isa a.s ke atas langit. Dan pada hari ‘Asyura’ itulah Nabi Nuh a.s turun dari kapal stlh berlayar krn banjir bandang. Sesmpinya di daratan Nabi Nuh a.s bertanya kpd pada umat nya “Masihkah ada bekal pelayaran yg tersisa utk dimakan?”, kemudian mrk menjawab, “Masih ya Nabi”. Kemudian Nabi Nuh memerintahkan utk men campur sisa2 makanan itu menjadi adunan bubur dan disedekahkan ke semua org. Krn itulah kita mengenal bubur Asyura. Iaitu bubur yg dibuat utk meng hormati hari ‘Asyura’ yg diterjemahkan dlm bahasa kita menjadi bubur utk keselamatan.

Bubur Asyura merupakan pesembahan rasa syukur manusia atas keselamatan yg selama ini diberikan oleh Allah swt. Namun dibalik itu bubur Asyura selain simbol dari keselamatan juga pengabadian atas kemenangan Nabi Musa a.s dan hancurnya bala tentera Firaun. Oleh krn itu, brgsiapa berpuasa di hari ‘Asyura’ spt berpuasa selama satu tahun penuh, krn puasa di hari ‘Asyura’ spt puasanya para Nabi. Intinya hari ‘Asyura’ adalah hari istimewa. Bnyk keisti-mewaan yg diberikan oleh Allah pada hari ini diantaranya adalah dilipatganda kan pahala bagi yg melaksanakan ibadah pada hari itu. Hari ini adalah hari kasih syg, dianjurkan oleh semua muslim utk melaksanakan kebaikan, menambah pahala dgn bersilaturrahim, beribadah dan bnyk sedekah terutama bersedekah kpd anak yatim-piatu.

Hadirin Ma’asyiral Muslimin Rahimakumullah, Bubur Asyura, baik yg dituangkan oleh Nabi Nuh a.s maupun yg dimasak oleh para nenek dan ibu kita, bukanlah satu2nya bentuk sedekah yg harus kita laksanakan pada bln ini. Bubur itu hanyalah perlambang bahawa bln Muharram, awal tahun baru Hijrah merupa kan momentum utk memperkokoh persaudaraan. Krn sejatinya bubur Asyura yg telah dimasak tak mungkin disembunyikan, pastilah utk dihidangkan. Ada baiknya hidangan itu kita bagikan kpd tetangga dan sanak keluarga. Sbg tanda syukur atas segala nikmat yg diberikan-Nya. 

Nikmat umur terutama. Jika demikian logikanya, maka bubur itu boleh diganti dgn parcel berisi buah-buahan atau serantang maknanatau beberapa tusuk sate maupun daging bakar. Krn subtansinya adalah bersilaturrahmi membagi rasa sukur kpd sesama. Bukan bersilaturrahmi melalui pesan singkat yg dikirim dgn menebus pulsa. Bukan itu…! Akhirnya, saya ucapkan selamat tahun baru, semoga hari ini lebih baik dari hari kemarendan pastikanlah esok lebih baik dari hari ini…Amin…

بَارَكَ الله لِى وَلَكُمْ فِى اْلقُرْآنِ اْلعَظِيْمِ, وَنَفَعَنِى وَإِيَّاكُمْ 

بِمَافِيْهِ مِنْ آيَةِ وَذْكُرَ الْحَكِيْمَ وَتَقَبَّلَ اللهُ مِنَّا وَمِنْكُمْ تِلاَوَتَهُ 

وَاِنَّهُ هُوَالسَّمِيْعُ العَلِيْمُ, وَأَقُوْلُ قَوْلى هَذَا فَاسْتَغْفِرُ اللهَ 

العَظِيْمَ إِنَّهُ هُوَ الغَفُوْرُ الرَّحِيْم

No comments:

Post a Comment