Monday, February 17, 2014

HADIS RASULULLAH BERKAITAN TANDA KIAMAT

Apakah Panji Hitam Ufuk Timur? Mungkin ramai antara kita yg masih blm mengetahui apakah Panji Hitam Ufuk Timur. Ok, di sini saya boleh ringkaskan Panji Hitam Dari Timur adalah tentera Imam Mahdi yg akan memperjuangkan Islam di akhir zaman. Tentera ini tidak akan kalah krn mendpt perlindungan dari Allah. Tentera ini juga akan menghapuskan Yahudi laknatullah yg membunuh ramai umat Islam masa kini. Tentera ini akan dipimpin oleh Al-Mahdi. Sekiranya ianya dtg pada masa kita sama2lah kita berjuang di jln Allah. Di sini saya postkan hadis-hadis Rasullulah ttg Panji-panji Hitam Dari Timur.

1). Al-Mahdi akan dtg stlh muncul Panji-panji Hitam dari sebelah Timur yg mana pasukan itu selalu tidak pernah kalah dgn pasukan mana pun. (Ibnu Majah)

2). Org ramai dpd Timur akan muncul, kemudian menyerahkan kekuasaannya kpd al-Mahdi.

3). Panji2 Hitam akan keluar dari Khurasan (Stlh Pemuda Bani Tamim bertemu al-Haris Harras dan pada masa itu juga kawan2 al-Mahdi (tentera2nya) keluar menuju Baitulmaqdis.

4). Al-Mahdi akan dibaiat di antara Hajar Aswad dan Makam Ibrahim oleh sejumlah org yg mengikuti Perang Badar (iaitu Pemuda Bani Tamim dan pasukannya), kemudian dtg kumpulan org dari Iraq dan para Wali Abdal dari penduduk Syam utk berikrar kpdnya. Dan akan dtg pula pasukan dpd Syam (sufyani) yg kemudiannya ditelan bumi di al-Baidak dkt Zul Hulaifah. Semuanya binasa melainkan si pembawa berita sahaja. (Abu Daud & Al-Hakim)

5). 314 org yg di antaranya adalah perempuan, bergabung dgn al-Mahdi yg akan bertindak ke atas setiap pemimpin yg berbuat zalim dan menegakkan keadilan spt yg diharap2kan oleh semua org. Stlh itu, Tiada kebaikan lagi di muka bumi ini yg melebihi kebaikan pada masa al-Mahdi.

6). Pembawa bendera al-Mahdi, seorg lelaki dpd suku Tamim yg dtg dari Timur.

7). Jika kamu semua melihat panji2 Hitam dtg dari arah Khurasan, maka sambutlah ia walaupun kamu terpaksa merangkak di atas salji. Sesungguhnya di tengah2 panji2 itu ada Khalifah Allah yg mendpt petunjuk. Maksudnya ialah al-Mahdi. (Ibnu Majah, Abu Nuaim & Al-Hakim)

8). Seblm al-Mahdi (muncul), As-Sufyani akan muncul dgn 360 pasukan berkuda. Kemudian dgn diiringi 30 ribu pasukan yg dipimpin oleh Kalb, iaitu bapa saudaranya. As-Sufyani kemudian mengerahkan askarnya ke Iraq. Dlm serangan ini 100 ribu org terbunuh di Zaura iaitu suatu bandar di Timur. Stlh itu mrk menyerang Kufah pula. Ketika itu muncullah Panji2 (Hitam) dari Timur. Lantas ada satu pertanyaan, wahai Rasullulah, bgmn kami dpt mengenalinya? Nabi saw menjawab, Dia adalah dari keturunanku, perawakannya mirip kpd Bani Israel, seolah2 wajahnya bercahaya2 laksana bintang, pipi kanannya bertahi lalat hitam. Dia tampan orgnya, yg berusia 40 tahun. Dia akan didtgi oleh Wali2 Abdal dari Syam, tokoh2 Nujabat dari Mesir, Asoib dari Timur dan para pengikutnya.

9). Sentiasa akan ada satu toifah dari kalangan umatku yg sanggup menzahir kan kebenaran. Mrk tidak dpt dirosakkan (dikalahkan) oleh org2 yg menentang nya, hinggalah dtg perintah Allah (hari kiamat).

10). Dari Ibnu Masud ra, katanya, ketika kami berada di sisi Rasullulah saw, tiba2 dtg sekumpulan anak muda dari kalangan Bani Hasyim. Apb terlihat mrk, maka kedua-dua mata baginda saw dilinangi air mata dan wajah baginda berubah. Aku pun bertanya, Mengapa kah kami melihat pada wajah Tuan sesuatu yg tidak kami sukai? Baginda menjawab, Kami Ahlul Bait telah Allah pilih utk kami akhirat lebih dari dunia. Kaum kerabatku akan menerima bencana dari penyingkiran selepasku kelak sehinggalah dtg suatu kaum dari Timur yg membawa bersama2 mrk Panji2 Hitam. Mrk meminta kebaikan ttp tidak diberikannya, maka mrk pun berjuang dan beroleh kejayaan lalu diberikanlah apa yg mrk minta itu ttpi mrk tidak menerima sehinggalan mrk menyerahkannya kpd seorg lelaki dari kaum kerabatku yg akan memenuhkan bumi ini dgn keadilan spt halnya bumi ini dipenuhi dgn kedurjanaan seblmnya. Sesiapa yg sempat menemuinya, maka dtgilah mrk itu, walaupun terpaksa merangkak di atas salji. Sesungguhnya dia adalah al-Mahdi. (Ibnu Majah)

11). Dpd al-Hasan, bahawa Nabi SAW menyebut bala yg akan menimpa kaum keluarga nya, hinggalah Allah mengutuskan Panji2 Hitam dari Timur. Sesiapa yg menolongnya akan ditolong pula oleh Allah. Sesiapa yg menghinanya akan dihinakan pula oleh Allah, hinggalah mrk mendtgi seorg lelaki yg namanya seperi nama aku. Mrk pun melantiknya memimpin mrk, maka Allah pun membantu dan menolongnya. (Nuaim bin Hammad)

12). Akan dtg Panji2 Hitam dari Timur, seolah2 hati mrk adalah kepingan2 besi. Sesiapa mendgr ttg mrk, hendaklah dtg kpd mrk dan berbaiatlah kpd mrk, sekalipun merangkak di atas salji. (Al-Hafiz Abu Naim).

13). Akan keluar seorg lelaki dari seberang sungai yg dikatakan Al-Haris bin Harras, yg di hadapannya ada seorg lelaki yg dikatakan al-Mansur, dialah yg akan memudahkan urusan atau membela keluarga Nabi saw spt pihak Quraisy yg membela Rasulullah saw. Wajib setiap mukmin menolongnya atau baginda bersabda, Wajib setiap og mukmin menerimanya. (Abu Daud, an-NasaaI, al-Baihaqi & al-Husin)

14). Sesungguhnya ketika zahir al-Mahdi, menyerulah malaikat dari atas kepala nya, Ini al-Mahdi Khalifah Allah, maka kamu ikutilah dia. Seluruh manusia tunduk dan patuh kpdnya dan mengecapi kasih sygnya. Sesungguhnya al-Mahdi itu menguasai Timur dan Barat. Dan adalah yg berbaiat kpdnya di antara Rukun dan Maqam, yg pertama adalah sejumlah pasukan Badar (314 org). Kemudian Abdal dari Syam mendtginya, dikuti oleh Nujabak dari Mesir dan Asoib dari Timur. Stlh itu Allah mengutuskan kpdnya tentera dari Khurasan dgn Panji-panji Hitam dan mrk menuju ke Syam. Allah menutus kpdnya 3,000 malaikat dan ahli (Ashabul) Kahfi adalah antara pembantunya.

15). Sesiapa yg berpegang (teguh) dgn sunahku ketika umatku sdg rosak, baginya 100 pahala syahid. (Imam Muslim)

16). Ada 3 org adik-beradik yg saling berperang sesama sendiri berhampiran tmpt simpanan Kaabah kamu. Ke3-3nya adalah anak seorg khalifah. Kemudian tidak seorg pun antara mrk yg menjadi khalifah. Kemudian muncullah Bendera Hitam dari arah Timur, lalu mrk membunuh kamu semua (yg sdg berperang saudara itu) dgn satu pembunuhan yg (sgt bnyk) blm pernah berlaku seblm ini oleh sesuatu kaum. Kemudia baginda menuturkan sesuatu yg tidak saya ingatinya. Kemudian baginda bersabda, apb kamu semua melihatnya, hendak lah berbaiat kpdnya walaupun terpaksa merangkak di atas salji krn dia adalah Khalifah Allah, iaitu al-Mahdi. (Ibnu Majah)

17). Akan ada org2 yg keluar dari sebelah Timur, lalu mrk mempersiapkan segala urusan utk al-Mahdi, yakin pemerintahnya. (Ibnu Majah)

18). Apb keluar Panji-panji Hitam dari arah Khurasan, tidak akan ada sesuatu apa pun yg dpt menolaknya hinggalah dipacakkan di Ilya. (At-Tarmizi)

Dari Sauban r.a dari Rasulullah saw beliau bersabda: “Akan muncul dua kumpulan dari umatku yg kedua-duanya dipelihara Allah dari neraka; satu kumpulan yg berjihad/ berdakwah di India dan satu kumpulan lagi yg akan bersama Nabi Isa bin Maryam as.” (Hr Nasai dan Ahmad)

No comments:

Post a Comment