Di dlm kitab Al-Quran banyak sekali ayat2 yg mempunyai khasiat yg boleh digunakan sbg ayat pengasih. Ayat yg berikut ini adalah salah satu dpd ayat yg paling ampun dan mujarab utk tujuan itu. Inilah ayatnya Ayat 31 Surah Ar-Raad:
“BISMILLAHHIR RAHMANNIRRAHIM, WALAU ANNA QUR’AANAN SUIYIRAT BIHIL JIBAALU AU QUTDI’AT BIHIL ARDU AU KULLIMA BIHIL MAUTAA BALILLAHIL AMRU JAMIIA”
(Dan sekiranya ada suatu bacaan (kitab suci) yg dgn bacaan itu gunung2 dpt digoncangkan atau bumi terbelah atau kerananya org2 yg telah mati dpt berbicara, tentulah Al-Quran itu dia. Sebenarnya segala urusan itu adalah kepunyaan Allah).
Inilah ayatnya utk menjadikan seseorang atau masyarakat menjadi sayang, kasih, rindu atau lemah hati apb berdepan teringat, menghidu haruman atau lain2 yg ada sangkut pautnya dgn pengamal ayat ini.
Cara amalannya bacakan sebanyak 7x semasa ingin keluar dari rumah dgn niat agar masyarakat menjadi kasih sayang kpd pengamal. Itu utk pemanis atau pengasihan umum. Utk pengasihan khusus kpd seseorang, bacakan 7x semasa ingin keluar rumah sambil membayangkan wajahnya dan hembuskan ke wajah bayangannya itu di dlm fikiran saja. Lihatlah hasilnya nanti.
Cara lain penggunaanya adalah ketika mandi mandi, ketika berhias, ketika minum air, ketika menyikat rambut, ketika ingin pergi kerja, ketika ingin berucap dsb. Boleh juga dilakukan semasa ingin tidur malam supaya si dia merindukan pengamal sehingga termimpi2.
Caranya dibaca “BISMILLAH HIRRAHMANNIRRAHIM” kemudian bacakan ayat ini 7x lalu tiupkan ke dlm genggaman tangan sambil niatkan ianya utk sidia dan tepuklah bantal tidur atau bantal peluk sekuat2 hati seolah2 sdg menepuk jantung hati dan semangatnya agar tersedar dari mimpi atau tersedar semasa tidurnya dan terus teringatkan pengamal, insyaAllah dia akan rindu berat dan gelisah membayangkan pengamal.
No comments:
Post a Comment