Bacaan doa ini berbunyi begini,
“BISMILLAHHIRRAHMANNIRRAHIM, HEY NANIM SAHAJA NANIM, NANIM BERSARANG DI POKOK BULUH, BUKAN ANGIN SEBARANG ANGIN, ANGIN MENGGERAK SI… (nama si dia) TIDUR, SI… (nama si dia) TIDUR DISURUH BANGUN, SI… (nama si dia) BANGUN DI SURUH ANGKAT, SI… (nama si dia) ANGKAT DISURUH BERJALAN, MUN SI… (nama si dia) SIK MAOK BERJALAN, 44 PARI-PARI MENGUNDONG HATI SI… (nama si dia), TERGERAK TERLINDUNG HATI SI… (nama si dia), MENGENANG AKU JAUH DI HATI, MENGENANG AKU JAUH DI MATA, AKU JUAK DI HATI, AKU JUAK DI MATA, TANGGAL PALAK TUT, BARU SI… (nama si dia) LUPAK PADAKU, BERKAT AKU MEMAKAI DOA LAAILLAHA ILLALLAH MUHAMMADUR RASULULLAH”.
Ianya doa berkias Bahasa Melayu Sarawak lama (atau jampi). Doa ini bertujuan utk menggerakkan seseorang yg sedang tidur. Org yg dimaksudkan adalah org yg kita kasihi. Dia akan mengalami sesuatu mimpi berkaitan dgn kita. Biasanya mimpi yg berbentuk romantik sehinggalah di suatu saat mimpi itu akan mengejutkannya (menggerakkannya).
Dia akan kehairanan kerana ingat akan perjalanan mimpi2 itu. Memberikan kesan mendalam ke atas hatinya. Tersentuh perasaannya nanti. Dia akan terkenang2kan kita yg dia jumpai di dlm mimpi tadi. Tertanya2 dan pelbagai sangkaan atau andaian akan muncul di benak fikirannya. Berlanjutan lah ia hingga sukar melelapkan mata. Itu adalah contoh yg biasa. Cara mengamalkan doa ini adalah spt ini. Amalan ini dilakukan pada jam 12 tgh mlm di mana si dia yg jauh di sana berkemungkinan besar telah tidur atau sedang dibuai sesuatu mimpi.
Doa ini boleh mengubah mimpinya nanti. Akhirnya membangunkannya dari mimpi itu. Caranya adalah, bacakan doa tadi sebanyak 3 kali sambil membayangkan atau meniatkan bahawa doa itu adalah utk dirinya. Setelah itu, teruslah tidur. Tidak harus mengelamun berpanjangan, terus tidur saja. Dua keadaan boleh terjadi bagi kita (pengamal) iaitu sama ada kita tertidur atau mengelamun.
Jika kita tidur, tidak mustahil kita juga mengalami mimpi yg sama spt si dia di sana. Ini boleh berlaku bagi pengamal yg telah mengalami “mukasyafah” atau bagi pengamal yg telah mengalami kemahiran2 roh pada dirinya. Biasanya kita tidak terbangun dari tidur itu nanti. Jika kita tidur, boleh jadi juga kita tidak mengalami mimpi yg sama spt sidia namun terlena dgn mimpi2 sendiri saja. Ini berlaku bagi kebanyakkan org.
Jika kita mengelamun, sesuatu mungkin terjadi. Tidak digalakkan mengelamun begini. Mungkin kita mengelamun tentang dia atau mungkin saja tidak mengingatnya. Membuat kerja2 sendiri saja. Mungkin mata saja tidak mahu tidur. Akan ada suatu ketika bila mana fikiran kita melihat jelas wajah atau sesuatu tentang dirinya. Sangat jelas di fikiran kita berbanding masa2 yg lain.
Sedangkan pada masa2 lain, kita ingin mengingat rupa wajahnya pun agak sukar. Naum ia tidak terjadi pada saat spesifik tadi. Itulah tandanya dia di sana sedang terkenang2kan kita, terbangun dari tidurnya dan menjadi rindu berat kpd kita. Begitulah tanda2nya yg biasa bagi amalan ini.
No comments:
Post a Comment