Ilmu Patongan adalah sebuah amalan yg khusus utk mematikan gerak langkah musuh. Musuh yg terkena penangan ilmu ini akan menjadi kaku tidak bergerak umpama petung. Sbb itulah dinamakan “ilmu patongan”.
Ada banyak jenis ilmu patongan sebegini. Kebanyakkan amalan begini tergolong dari jenis “kota bdaan” jarak sederhana. Namun ini pula dari jenis serangan jarak dekat atau sederhana iaitu melalui sentuhan atau isyarat tangan. Amalan sebegini sukar dikuasai. Seseorang itu haruslah melepasi tahap2 tertentu pada tingkat rohnya barulah ilmu ini boleh menjadi.
Keperluan2 pada pengamal agar amalan ini mudah menjadi diringkaskan sebegini.
(1). Mendalami ilmu tauhid supaya terhindar dari syirik.
(2). Memulakan setiap sesuatu dgn Bismillah.
(3). Menjauhi keluh kesah dan menjadi org yg redha pada ketentuan Allah.
(4). Menjauhi amarah
(5). Melakukan suruhan wajib, meninggalkan larangan dan meruntinkan amal2 sunat.
(6). Istiqamah kan zikir di hati atau lidah dlm semua keadaan.
(7). Penyucian hati terjadi kerana istiqamah zikir dan kebiasaan yg dilakukan melalui cara2 di atas tadi.
(8). Penyucian hati yg berlanjutan akan memungkinkan terjadinya mukasyafah (kasyaf tersingkap) dan musyahadah (penyaksian ttg rahsia2 alam).
(9). Pengamal akan menjadi peka akan kehadiran tenaga roh pada dirinya.
(10). kepekaan pada pengamal juga menjadikan dia mengetahui setakat mana tingkat roh pada dirinya.
(11). Dgn mengetahui setakat mana tingkat rohnya itu, pengamal dapat membuat pilihan sama ada kekal atau meningkatkannya.
Bacaan amalan ini berbunyi begini, “BISMILLAHHIR RAHMANNIRRAHIM, SUMMUM BUKMUM ‘UMYUM FAHUM LAA YARJI’UN, AKU TAHU SUSUNAN URATMU, TURUN DARIPADA ALLAH, DARI URI DARI TEMBUNI, 1999 URATMU, JIKA MATI KATA ALLAH, MATILAH RASA URATMU, BUKAN AKU PUNYA TARIK, ALLAH MENARIK, MATI-MATI RASAMU, BERKAT LAAILLAHA ILLALLAH MUHAMMADUR RASULULLAH”.
Cara melakukan amalan ini adalah spt berikut. Tiada pengisian dilakukan pada amalan ini. Ia dilakukan pada masa2 yg perlu ketika terdesak spt berikut.
(1). Bacakan doa tadi sebanyak 1 atau 3 kali dan tiupkan pada tapak tangan kanan kita kemudian gunakanlah telepak tangan tadi utk menyentuh, menampar, menggunakan pukulan telapak atau seumpamanya pada musuh tersebut. Dia akan berhenti bergerak dan kaku spt patung atau lemah tak bermaya dgn izin Allah. Atau
(2). Bacakan doa tadi sebanyak 1 atau 3 kali dan tiupkan pada musuh sambil mengisyaratkan dgn tangan kanan bahawa kita sedang menarik seluruh urat saraf di tubuhnya. Dgn izin Allah musuh akan terhenti gerakannya dan menjadi kaku atau lemah tak berdaya namun masih bernyawa. Utk menjadikannya kembali bergerak spt biasa bacakan Surah Al-Fatihah (1x), Surah Al-Ikhlas (3x) dan Ayat Kursi (1x).
Setelah itu tiupkan pada telapak tangan kita dan gunakan tangan itu utk mengejutkan (menyentuhnya secara terkejut dgn agak keras) atau sekadar menyentuhnya dgn niat di hati agar dia terlepas dari keadaan kaku tadi. InsyaAllah akan terlepas dia dpd keadaan negeri itu dgn izin Allah. Biarkanlah dia meminta maaf dan beredar dari situ. Namun berhati2 apa lagi jika musuh itu bersenjata.
No comments:
Post a Comment