Terdapat dua jenis cara membuka mata batin ini secara umumnya iaitu secara drastik atau tiba2 dan secara beransur2 atau bertahap. Amalan membuka mata batin melalui Surah Al-Ikhlas ini adalah termasuk dlm cara beransur2 atau bertahap tadi. Dgn itu pengamalnya tidak akan menjadi terkejut atau ketakutan apb mata batinnya mula dibukakan nanti.
Tidak spt amalan cara pertama di mana mata batin secara drastik tiba2 boleh terbuka. Ini merisikokan kemudaratan terutamanya terhadap psikologi pengamalnya. Ketakutan atau phobia pada kegelapan malam, tempat2 yg keras, sudut2 tertentu di rumah, hutan, sungai atau lain2nya boleh saja berlaku keranannya. Tentu akan menyukarkan hidup nantinya.
Dgn itu jika kita berniat membuka mata batin, pilihlah amalan membuka secara beransur2, memudahkan penyesuaian diri kita terhadap perubahan2 yg bakal dialami secara beransur2 juga. Apa jua amalan membuka mata batin sebaik2 nya haruslah ada guru pembimbing agar kita dapat dipantau, tidak menjadi lemah semangat, menerima keistimewaan atau kebolehan baru tersebut. Seterusnya menjadikan hidup lebih mudah, lebih peka, lebih bermakna dari sebelumnya. Penilaian dan tafsiran akan menjadi tajam malah boleh saja mengetahui sesuatu sebelum ianya terjadi. Biasanya melalui jangkaan awal dan petanda2 yg dinampakkan atau ditunjuk kan di persekitaran, juga melalui mimpi2 petunjuk.
Berikut adalah beberapa contoh sekiranya mata batin kita telah beransur terbuka kerana amalan tadi.
(1). Mata batin terbuka bermula dari hati pengamalnya. Hati disucibersihkan oleh amalan yg istiqamah. Penyucian hati yg berterusan ini memungkinkan terjadinya mukasyafah (kasyaf tersingkap atau hijab terbuka) dan musyahadah (penyaksian ttg rahsia2 alam termasuk yg ghaib) lanjutan dari penyucian hati tadi.
(2). Sejak di bangku sekolah kita diajarkan bahawa manusia mempunyai 5 panca indera iaitu mata (melihat), hidung (menghidu), telinga (mendengar), lidah (merasa) dan tangan/kulit (menyentuh). Ini pendapat saintifik dan sekularis. Panca indera (deria) yg keenam adalah hati. Itulah sebenarnya “sixth sense” yg disebutkan dlm dunia siritual atau filem2 mistik. Setelah panca indera ke enam ini dibukakan (mata hati atau mata batin terbuka), barulah kesannya terpancar pada deria2 yg lain tadi spt mata, hidung, telinga dll, menjadi bertambah peka kerana itu. Malah ada juga yg menyatakan “mata ke tiga” (mata ajna) akan terbuka lanjutan dari itu. Itulah yg berlaku sekiranya mata batin (hati) kita telah dibukakan nanti.
(3). Lanjutan dari terbukanya mata hati, perasaan akan menjadi peka, gerak hati menjadi tajam, tafsiran lebih tepat, andaian menjadi lebih logik dan dapat dijelaskan perkaitan, kepekaan persekitaran merupakan tindakbalas, auto gerak tubuh badan boleh berlaku dgn sendiri kerana perkara2 di atas tadi.
(4). Mata merupakan panca indera yg berfungsi utk melihat perkara2 yg nyata dan jelas. Sekiranya mata batin beransur terbuka, pengelihatan mata bukan saja setakat itu. Bayangan2 atau sosok2 misteri pelbagai rupa, saiz dan ragam juga terlihat, sama ada secara terus dari mata ataupun tidak secara terus (melalui mata ajna tadi). Namun keadaan itu berlaku beransur2 dan diharap ada guru utk bertanya dan merujuk. Jadi kita akan faham bahawa itulah prosesnya. Kita akan menerima dgn tenang dan dapat mengawalnya melalui ketengangan tadi. Ini berbeza bagi yg membuka mata batin secara drastik atau tiba2. Mereka biasanya sukar menerima dan menjadi takut, terkejut dan fobia. Akhirnya boleh saja mengalami tekanan jiwa jika ia berterusan dan tidak ditutup oleh seseorang perawat.
(5). Hidung merupakan panca indera utk menghidu. Keupayaan ini terhad pada sesuatu yg berdekatan sahaja. Jika mata batin terbuka, keupayaannya menjadi lebih lagi. Kita akan selalu menghidu bau2an tertentu yg kita tidak pasti dari mana asalnya. Bau harum semasa bertahajud, bau tanah di sesuatu tempat sedangkan ia rumah, bau sesuatu yg terbakar sedang kan tiada api yg menyala, bau busuk apabila melintasi sesuatu tempat tertentu. Itu contoh2 sesuatu yg berkaitan bau2an tadi ada berdekatan. Setelah sering menghidu nya, kita jadi terbiasa. Contohnya bau harum setiap kali bertahajjud, tanda2 persekitaran memudahkan tafsiran kita. Malah boleh saja dinampakkan dgn izin Allah terpulang sejauh mana penguasaan kita terhadap amalan mata batin tadi. Akhirnya kita mengetahui ianya (bau harum tadi) datangnya dari para malaikat yg sedang mendoakan kita.
(6). Masih hidung utk menghidu. Terutamanya sesuatu yg dekat, namun sekiranya mata batin terbuka, sesuatu yg jauh atau akan kita dekati boleh terlebih dahulu kita hidu. Ia memberi tanda pada tempat2 tersebut. Contohnya kita ingin pergi ke rumah seseorang yg sakit (utk dirawat). Sebelum pergi pun kita dapat menghidu sesuatu dari rumah tersebut sama ada bauan yg harum menyenangkan atau bauan yg busuk meloyakan. Ia boleh sepintas lalu, sekejap2 atau berterusan sehinggalah kita mendatangi rumah tersebut dan mengetahui bahawa di situlah punca bau2an itu tadi. Di situlah kita dapat mentafsir berdasarkan pengalaman2 sebelum nya.
(7). Telinga utk mendengar. Juga panca indera yg terhad fungsinya. Namun jika mata batin dibukakan, mukasyafah dan musyahadah terjadi kerana menyucian hati oleh istiqamah amalan, pendengaran akan menjadi bertambah peka. Bukan saja dapat mendengar sesuatu yg zahir nyata seperti biasanya, namun juga boleh mendengar sesuatu yg tidak jelas nyata dan tiada pasti asal usulnya sedangkan org2 berdekatan mungkin tidak mendengarnya. Jika kita bertanyakan org lain, mereka akan menganggap kita berhalusinasi, berdelusi, mungkin mereka kata kita gila kerana mereka tidak mendengarnya. Apakah benar ia halusinasi atau delusi atau persepsi yg silap ttg sesuatu? Belum tentu. Jadi itu haruslah bersedia dan tenang dlm menerima perubahan2 baru. Jgn mudah mendedahkan apa yg org lain pasti tidak dapat menerimanya kerana kita telah berbeza. Ketenangan melalui zikir penting pada keadaan begitu. Penerimaan kita ttg perubahan yg beransur2 itu akan mematangkan kita nanti. Pengalaman akan terjadi seterusnya bermula dgn musyahadah (penyaksian rahsia2 alam) tadi. Kita akan lebih memahami.
(8). Banyak lagi yg akan terjadi selain contoh2 tadi. Gambaran2 spontan yg terlintas di atas ubun2 sewaktu melihat sesuatu. Dinampakkan melalui mimpi2 petunjuk pada masa terpilih, petanda2 dan alamat2 di sekitar kita, perubahan angin dan cuaca, penyampaian sesuatu melalu bahasa2 alam yg unik dll. Banyak perkara akan terjadi kpd kita. Ringkasnya kita akan menjadi jauh lebih peka dpd sebelumnya (sebelum beramal).
Amalan ini berwasilah keberkatan malaikat2 pagi dan petang (sebelum matahari terbit dan sebelum matahari tenggelam). Ia adalah pertukaran pada malaikat penjaga manusia agar di“amin”kan hajat dan perminataan kita utk membuka mata batin pada waktu2 yg khusus itu. Juga berwasilah Surah Al-Ikhlas yg punyai 1001 khasiat tadi. Sebuah hadis sahih menyatakan, Abu Hurairah ra mengatakan bahawa Rasulullah saw bersabda yg mafhumnya, “Para malaikat berkumpul pada saat solat Subuh lalu para malaikat (yg menyertai hamba) pada malam hari (yg sudah bertugas malam hari hingga Subuh) naik ke langit dan malaikat pada siang hari tetap tinggal. Kemudian mereka berkumpul lagi pada waktu solat Asar dan malaikat yg ditugaskan pada siang hari (hingga solat Asar) naik kelangit sedangkan malaikat yg bertugas pada malam hari tetap tinggal. Lalu Allah bertanya kpd mereka “Bagaimana kalian meninggalkan hambaKu?” Mereka menjawab “Kami datang sedangkan mereka melakukan solat dan kami tinggalkan mereka sedang melakukan solat juga, maka ampunilah mereka pada hari kiamat”. HR Imam Ahmad.
Cara mengamalkan amalan ini pula adalah spt berikut.
(1). Bangunlah sebelum masuk waktu solat Subuh dan lakukan solat Tahajjud 2 rakaat. Masa bangun yg disarankan adalah jam 4 pagi.
(2). Setelah bertahajjud 2 rakaat dan membaca doa tahajjud, lanjutkan lagi melakukan solat Hajat 2 rakaat dan setelah itu berdoa agar dibukakan mata batin kita. Contohnya begini, “Bismillahhir rahmannirrahim, Ya Allah, bukakanlah mata batin pada diriku dgn keberkatan Surah Al-Ikhlas ini dan dgn keberkatan malaikat2Mu yg silih berganti pagi dan petang. Amin Ya Rabbal ‘aalamin”.
(3). Kemudian lanjutkan dgn membaca Surah Al-Fatihah 1 kali dan disambung dgn bacaan Surah Al-Ikhlas sebanyak2nya (tanpa mengira) sehingga lah masuk waktu solat Subuh.
(4). Solat Subuh 2 rakaat dan setelah selesai wirid dan doa Subuh, bacakan Surah Al-Fatihah 1 kali dan disambung dgn bacaan Surah Al-Ikhlas sebanyak2nya (tanpa mengira) sehingga matahari terbit.
(5). Di waktu petang setelah solat asar bacakan doa membuka mata batin yg sama tadi (setelah wirid dan doa asar) kemudian bacakan Surah Al-Fatihah 1 kali dan disambung dgn bacaan Surah Al-Ikhlas sebanyak2nya (tanpa mengira) sehingga matahari tenggelam.
(6). Lakukan begitu selama 40 hari dan 40 malam berturut2. InsyaAllah mata batin akan terbuka secara beransur2 dgn izin Allah.
No comments:
Post a Comment