Saturday, January 7, 2012

CARA MENGEMBALIKAN SIHIR/SANTET KPD PENYIHIR SENDIRI


Ini adalah sebuah amalam yg cukup dikenali kerana keampuhannya. Ia digelar dgn berbagai nama namun yg paling biasa disebut adaah “Ilmu Yassin 7 Mubin” atau “Ilmu Yassin 7”. Ia merupakan sebuah amalan utk pelbagai hajat, 1001 hajat yg kita ingini. Namun, ia biasa dilakukan utk tujuan mengembalikan barang yg dicuri, mengembali kan sihir kpd penyihirnya, mengembalikan org yg tersesat atau hilang dan sebagai nya. 

Cara menggunakan Ilmu Yassin 7 Mubin ini utk tujuan mengembalikan sihir kpd penyihirnya adalah spt berikut. 

(1). Bangunlah pada waktu tengah malam, sucikan diri dan berwudhuk. 

(2). Lakukan solat Taubat 2 rakaat. Semasa sujud terakhir sebelum tahiyat akhir, ucapkanlah kalimah berikut sebanyak 40 kali, “Laa Ilaaha illa anta subhanaka inni kuntu minazzolimin”. Sesudah salam perbanyakkan istighfar memohon keampunan kpd Allah kemudian berdoa memohon keampunan. 

(3). Lakukan solat hajat 2 rakaat disudahi dgn doa agar dijauhi gangguan sihir. 

(4). Mulakan membaca surah Yassin dari awal sehingga bertemu dgn perkataan “mubin” yg pertama. Hendaklah berhenti dan berdoa meminta dipulangkan sihir kpd penyihir spt berikut “Ya Allah, pulangkan sihir ini kpd tukang sihirnya”. 

(5). Ulang lagi membaca Surah Yassin dari awal sehingga bertemu perkataan “mubin” yg kedua dan berdoa lagi seperti tadi. 

(6). Ulang lagi membaca Surah Yassin dari awal sehingga bertemu perkataan “mubin” yg ketiga dan berdoa lagi seperti tadi. 

(7). Ulangi lagi begitu pada setiap bertemu perkataan “mubin” seterusnya, berdoa dan kembali dari awal sehingga bertemu seterusnya. Begitulah sehingga bertemu semua ketujuh “mubin”. Selepas bertemu yg ketujuh, teruskan membaca hingga akhir, tak perlu diulang dari awal. 

(8). Selepas itu, sebelum tidur bacalah dahulu Surah Al-Kautsar sebanyak 10 kali dgn niat agar diberi petunjuk melalui mimpi tentang perkara sihir tadi dan pelakunya.

No comments:

Post a Comment