Saturday, January 7, 2012

JEJAK TANPA BAYANG (ILMU MENGHILANG)


Ini adalah amalan yg sejenis amalan berat yg bukan biasa biasa yg termasuk dlm kategori ilmu2 batin makrifat atau ruhaniyah. Semakin menguasai maka semakin besar pula dugaan mendatang jadi berhati2lah dan sebaik2nya utk melakukan amalan ini maka dicari guru2 tua sebagai pembimbing. 

Terdapat 6 perkara (latihan) asas yg perlu dilakukan di sepanjang pengisian amalan ini. Enam perkara atau latihan tersebut adalah spt berikut. 

(1). Mulakan setiap sesuatu dgn ucapan “Bismillahhirrahmannirrahim”. 

(2). Jgn pernah mengeluh, cepat2 beristighfar jika tak sengaja apalagi kalau sengaja. 

(3). Jgn pernah marah, cepat2 beristighfar jika tak sengaja apalagi kalau sengaja. Sikap pemarah akan mensia2kan amalan ini nanti dan jika berterusan tanpa dpt bersabar gagal mengawalnya, berhenti saja dari meneruskan amalan ini. Kegagalan utk mengubah sikap pemarah itu tadi menandakan bahawa org itu masih lagi berlegar2 pada tingkat terendah roh manusia (roh atau nafsu amarah) sedangkan melalui amalan ini diharapkan pengamalnya beransur2 mencapai sehingga ke tingkat 4 roh manusia (roh tenang). Dgn itu barulah kejayaan dapat dicapai nantinya. 

(4). Lakukan segala suruhan Allah yg wajib spt solat fardhu, zakat, puasa ramadhan dll. 

(5). Tinggalkan segala larangan Allah. 

(6). Rutinkan amal ibadat yg sunat spt zikir, sedekah, solat sunat dll. 

Pengisian amalan ini dilakukan selama 40 hari berturut2 dan pada tempoh tersebut pengamalnya harus melakukan perkara2 berikut. 

(1). Berpuasa dpd memakan benda2 bernyawa spt ikan, ayam, daging termasuk telur, susu serta hasil dpdnya. 

(2). Berpuasa spt puasa Ramadhan selama 40 hari berturut2. Niatkan sbg puasa sunat, pastikan tidak kena pada hari2 haram berpuasa. 

(3). Zikirkan 3 ayat di bawah sebanyak2nya waktu terluang. Bacakan bergabung mengikut turutannya iaitu potongan dari Surah Al-Anam didahulukan, kemudian dari Surah Al-Baqarah dan Surah Yassin. 

Tiga ayat tersebut berbunyi begini 

(i). QS Al-Anam:103: “BISMILLAH HIRRAHMANNIRRAHIM, LAA TUDRIKUHUL ABSORU WAHUWA YUDRIKUL ABSORA WAHUWAL LATHIFUL KHABIR (Dia tidak dapat dicapai oleh pengelihatan mata sedang Dia dapat melihat segala yg kelihatan dan Dialah yang Maha Halus lagi Maha Mengetahui)”. 

(ii). QS Al-Baqarah:18: QS Al-Anam ayat 103 - 100 kali, QS Al-Baqarah ayat 18 - 100 kali, QS Yassin ayat 9 - 100 kali., SUMMUN BUKMUN ‘UMYUN FAHUM LAA YARJI’UN (Mereka tuli, bisu dan buta, maka tidaklah mereka akan kembali ke jalan yg benar)” 

(iii). QS Yassin:9: “BISMILLAHHIRRAHMAN NIRRAHIM, WAJA’ALNA MIN BAINI AIDIHIM SADDAU WAMIN KHALFIHIM SADDAU FA AGHSYAINA HUM FAHUM LAA YUBSIRUN (Dan Kami adakan di hadapan mereka dinding dan di belakang mereka juga dinding dan Kami tutup mata mereka sehingga mereka tidak dapat melihat)”. 

(4). Setiap bada solat fardhu bacakan QS Al-Anam ayat 103 - 100 kali, QS Al-Baqarah ayat 18 - 100 kali, QS Yassin ayat 9 - 100 kali. (5). Bada solat Tahajjud setiap malambacakan QS Al-Anam ayat 103 - 300 kali, QS Al-Baqarah ayat 18 - 300 kali, QS Yassin ayat 9 - 300 kali. Lakukanlah amalan ini selama 40 hari 40 malam. Setelah semuanya selesai maka tamatlah tempoh pengisisan amalan ini. 

Cara mengamalkan adalah spt ini. Bacakan ketiga2 ayat tersebut mengikut turutan tadi satu kali dan ditambah dgn doa ini 

“BISMILLAHHIRRAHMANNIRRAHIM, YA ALLAH! CAHAYANYA PADA RAHSIANYA, RAHSIANYA PADA KEJADIANNYA, RESAPKANLAH AKU DARIPADA PANDANGAN MATA, DARIPADA SEKALIAN MAKHLUK, SEBAGAIMANA ENGKAU MEMELIHARA NYAWA DI DALAM TUBUH BADAN, SESUNGGUHNYA ENGKAULAH YANG MAHA BERKUASA KE ATAS SEGALA SESUATU, BERKAT LAAILLAHA ILLALLAH MUHAMMADUR RASULULLAH”.

No comments:

Post a Comment