Saturday, January 7, 2012

ILMU INDERA KERAMAT


AMALAN MEMBUKA MATA BATIN MELALUI 4 TAHAP. Ilmu ini mempunyai 4 tahap penguasaannya iaitu Indera Kalbi, Indera Kalimah, Indera Radhiah dan Indera Sirrullah. 

TAHAP PERTAMA INDERA KALBI. Pada tahap ini pengamalnya akan mengalami mimpi petunjuk, mimpi ilham, mimpi anugerah, mimpi penyembuhan, mimpi bertemu dgn lelaki misteri (rijalul ghaib), diajarkan sesuatu melalui mimpi dan seumpamanya. Perkara2 ini terjadi kerana pada tahap ini hati pengamalnya mula disuci-bersihkan. itulah maksudnya “kalbi” tadi yg bererti “hati”. Namun apa yg bakal dialami tidaklah terbatas begitu sahaja. Boleh saja berlaku dlm keadaan sedar (tidak tidur) juga. 

TAHAP KEDUA INDERA KALIMAH. Pada tahap ini semua perkara yg berlaku pada tahap pertama masih lagi berlaku malah dipertingkat kan lagi. Hampir tiada satu pun tidur yg tidak didatangi mimpi yg bermanfaat, baik malam ataupun siang, baik tidur panjang atau singkat. Mimpi petunjuk, mimpi ilham, mimpi anugerah, mimpi penyembuhan, mimpi melihat keluarga yg jauh, mimpi diajarkan sesuatu, mimpi bertemu org misteri, mimpi melihat kebenaran di sebalik sesuatu perkara dan seumpamanya. Akan terjadi silih berganti tanpa putusnya. Pada tahap ini juga pengamalnya boleh saja berhajat utk melihat sesuatu yg dia mahukan. Ia akan ditunjukkan dgn izin Allah. Kebenaran ttg sesuatu perkara akan terlihat (melalui mimpi2 tadi). 

Perkara2 tadi terjadi kerana pada tahap ini bukan saja hati pengamalnya disuci-bersihkan melalui amaln pada tahap pertama, malah digilapkan sehingga bersinar melalui zikir yg dilafazkan pada tahap ini. Cahaya yg terpancar di hati pengamalnya itulah yg secara beransur2 menghilangkan hijab atau kasyaf yg menjadi penghalang di antara dirinya dan kebenaran pada setiap sesuatu perkara. Itulah rahsianya “kalimah” tadi sbg “kunci pembuka” setiap sesuatu kebenaran (haq) di sebalik setiap kejadian. Pada tahap ini setiap pancaindera, naluri, gerak hati dan rasa, zahir tubuh badan, mentaliti, emosi, jasad, jiwa dan semangat pengamalnya akan mula menjadi peka dan sensitif pada persekitarannya. Kebenaran akan terungkap secara beransur-ansur. Hidung menjadi sensitif, begitu juga pendengaran. Tubuh badan mula sedar akan persekitarannya, naluri menjadi peka dan gerak hati menjadi tajam. Mata pula boleh saja melihat bayangan2 di ekor mata. Janganlah takut, teruskan beramal sehingga khatam. 

Pada tahap ini juga kita akan mudah tersentuh pada saat sendirian. Kadang2 kita lebih tenang bersendirian, kita ringan bertahajjud, tenang berada di masjid, tenang berada di pantai memandang alam dan kejadianNya. Setiap sesuatu kejadian ada saja perkara tersirat di sebaliknya ttg keagunganNya. Mudah sekali air mata berlinang pada saat itu. Jika kita seorang yg keras hatinya, pada tahap inilah ia akan tergugat. Itulah prosesnya, tiada apa yg nak dirisaukan. 

TAHAP KETIGA INDERA RADHIAH. Ini adalah tahap yg sangat sukar dan tidak ramai yg mampu mencapainya. Pada tahap ini semua perkara yg berlaku pada tahap pertama dan kedua masih lagi berlaku malah dipertingkatkan lebih lagi. Semua yg terjadi pada tahap2 sebelumnya masih tetap di situ. Mimpi petunjuk, mimpi ilham, mimpi anugerah, mimpi pertemuan, mimpi didatangi, mimpi belajar sesuatu dan seumpamanya. Boleh saja pengamalnya berhajat utk melihat sesuatu yg dia mahu kan, kebenaran ttg sesuatu akan terungkap baginya. 

Melalui tahap kedua sebelum nya, cahaya di hati pengamalnya terpancar terang beransur2 menghilangkan hijab dan kasyaf yg menghalang dirinya dpd mengetahui sesuatu kebenaran. Pada tahap ketiga ini proses tersebut digiatkan lagi melalui amalan seterusnya. Akan hilanglah segala halangan dan sekatan yg menghalangi dirinya dpd sesuatu kebenaran tadi dgn lebih lagi. Seluruh pancaindera akan terbuka, hati menjadi tajam, serba mengetahui akan sesuatu, mudah mentafsir setiap keadaan. Sesuatu yg nyata atau yg ghaib. Jadi apakah maknanya “radhiah” pada amalan tahap ketiga ini? Ia berkaitan dgn roh kita yg menjadi 7 tingkat nafsu setelah ditiupkan ke dlm jasad manusia. 

Tujuh tingkat nafsu pada manusia adalah spt berikut, 

(1). Nafsu Amarah - Nafsu yg rendah dan jahat. Berani melakukan kejahatan serta sukar mengambil iktibar. 

(2). Nafsu Lauwamah - Nafsu yg sudah sedar namun masih lemah. Sering terpengaruh dgn dorongan kejahatan dan dosa. 

(3). Nafsu Mulhamah - Nafsu yg tidak tetap pendiriannya. Sekejap terdorong ke arah kebaikan, sekejap terdorong ke arah kejahatan. 

(4). Nafsu Mutma’inah - Nafsu yg tenang, jinak dan tunduk. Terdorong ke arah kebaikan tanpa paksaan. Mereka dijamin syurga oleh Allah dan doa mereka menjadi mustajab. 

(5). Nafsu Rhadiah - Nafsu yg redha, menerima dgn rela apa jua ketetapan dpd Allah. Pada tahap inilah bermulanya karomah (tanda kemuliaan). Mereka juga digelar wali2 kecil. 

(6). Nafsu Mardhiah - Nafsu yg redha meredhai. Allah redha ke atas mereka dan mereka juga redha kpd Allah. Mereka adalah wali2 Allah (kekasih Allah). 

(7). Nafsu Kamilah - Nafsu yg sempurna. Keinginan hanya kpd Allah semata2. Nafsu ini dimilikki oleh para rasul dan nabi. Dari penjelasan tadi, perkataan “radhiah” terletak pada tingkat yg ke lima. 

TAHAP KEEMPAT INDERA SIRRULLAH. Ini adalah tahap yg paling sukar di antara kesemua empat tahap yg ada pada Ilmu Indera Keramat ini. Ia adalah pencapaian tertinggi dlm penguasaan amalan ini dan cuma org2 tertentu sahaja yg mampu mencapainya. Pada tahap ini semua perkara yg berlaku pada tahap pertama hingga ke tiga masih juga berlaku malah semakin dimajukan agar mencapai peringkat yg tertinggi bagi seseorg manusia. Mimpi2 yg pelbagai malah boleh ditentukan tadi. Cahaya memancar dari hati yg bersih suci menghilangkan segala hijab. Panca indera yg terbuka ke peringkat maksima, mengetahui setiap kebenaran, terbukanya deria yg ke enam dan seumpamanya. Terus berkekalan dan tetap ada. Itulah maknanya “sirullah” tadi yg bererti “rahsia Allah”. 

Sesiapa yg telah diangkat martabatnya di sisi Allah kerana usaha dan istiqamahnya dlm beramal akan mampu mencapai tahap ini. Dari situlah terbukanya segala rahsia (sirullah) tadi. Malah mereka mampu melakukan sesuatu di luar batasan kemampuan manusia biasa dgn izin Allah. Ilmu Indera Keramat yg merupakan amalan khusus bertujuan membuka mata batin ini mempunyai empat tahap telah pun dijelaskan serba sedikit melalui penerangan tadi. Kini akan diterangkan bagaimana pula cara melakukannya (mengamalkannya) tahap demi tahap. Terdapat 6 perkara (latihan) asas yg perlu dilakukan di sepanjang pengisian amalan ini (bermula dari tahap pertama sehingga ke tahap ke empat). 

Enam perkara atau latihan tersebut adalah spt berikut. 

(1). Mulakan setiap sesuatu dgn ucapan Bismillahhirrahmannirrahim. 

(2). Jgn pernah mengeluh, cepat2 beristighfar jika tak sengaja apalagi kalau sengaja. 

(3). Jgn pernah marah, cepat2 beristighfar jika tak sengaja apalagi kalau sengaja. Sikap pemarah akan mensia2kan amalan ini nanti dan jika berterusan tanpa dpt bersabar gagal mengawalnya, berhenti saja dari meneruskan amalan ini. Kegagalan utk mengubah sikap pemarah itu tadi menandakan bahawa org itu masih lagi berlegar legar pada tingkat terendah roh manusia (roh atau nafsu amarah) sedangkan melalui amalan ini diharapkan pengamalnya beransur2 mencapai sehingga ke tingkat 5 roh manusia (roh redha atau menerima atau nafsu radhiah). Dgn itu barulah kejayaan dapat dicapai nantinya. 

(4). Lakukan segala suruhan Allah yg wajib spt solat fardhu, zakat, puasa ramadhan dll. 

(5). Tinggalkan segala larangan Allah. 

(6). Rutinkan amal ibadat yg sunat spt zikir, sedekah, solat sunat dll. 

Ilmu Indera Keramat mempunyai 4 tahap penguasaannya dan setiap tahap terdapat amalan2 khusus di dlmnya. 

TAHAP PERTAMA INDERA KALBI. Tujuan pada tahap ini adalah utk membersih dan menyuci kan hati secara zahir. Lakukan amalan2 khusus spt berikut. 

(1). Wiridkan ucapan “Bismillahhir rahmannirrahim” sebanyak 200 kali setiap bada solat fardhu. 

(2). Wiridkan ucapan “Astagfirullahhal ‘azim” sebanyak 200 kali setiap bada solat fardhu. 

(3). Bada solat tahajjud setiap malam, wiridkan juga “Bismillahhirrahmannirrahim” sebanyak 200 kali dan “Astagfirullahhal ‘azim” sebanyak 200 kali juga. 

(4). Sediakan satu di antara bahan2 berikut, 

(i). Air zam zam dari org yg pergi haji atau yg dijual di kedai2. 

(ii). Air hujan malam Jumaat yg turunnya di antara maghrib hingga ke jam 12 tgh mlm. yg turunnya terus dari langit tanpa singgah ke atap, pokok atau daun. Dikumpulkan ke dlm satu bekas yg bersih atau mangkuk putih. 

(iii). Air Anugerah (air bacaan 30 juzuk Al-Quran). Air ini pernah dijual di kedai2 di Malaysia suatu ketika dahulu, jika ada lagi.  

(iv). Air bacaan Surah Yassin yg dibacakan sendiri atau berjemaah bada solat maghrib pada malam Jumaat. Setelah mendapatkan salah satu dpd bahan (air) tadi, sebelum tidur malam sebaik2nya jam 12 tgh mlm lakukan perkara ini, Solat Hajat 2 rakaat dan berdoalah agar hati menjadi bersih suci sehingga dinampakkan melalui mimpi atau secara nyata sesuatu yg terselindung (ghaib). Contohnya “Ya Allah, suci bersihkanlah hatiku agar nampak padaku melalui mimpi atau secara nyata sesuatu yg terselindung dan ghaib, amin Ya Rabbal ‘alamin”. 

Setelah itu mulakan dgn bismillah dan tuliskan kalimah “Allah” (Alif Lam Lam Ha, sabdu di atas) di dlm mangkuk putih menggunakan sesuatu yg suci sbg dakwat spt zafaran, madu, air kunyit dll. Sementara alat tulisnya sesuatu yg suci juga spt lidi cucuk sate atau jari telunjuk kanan saja. Kemudian hapuskan menggunakan salah satu jenis air tadi dgn niat agar disucibersihkan hati kita sehingga dinampakkkan melalui mimpi atau secara nyata sesuatu yg terselindung atau ghaib. Bacakan saja doa tadi sbg niatnya. Kemudian minumlah air di dlm mangkuk tadi sehingga habis. Bolehlah tidur selepas itu. Dilakukan selama 40 hari dan 40 malam berturut2. Kemudian lanjutkan ke tahap ke dua. 

TAHAP KEDUA INDERA KALIMAH. Tujuan pada tahap ini adalah utk membersihkan dan menyucikan hati secara batin. Dilakukan dgn amalan2 yg berikut. Semua amalan2 di tahap pertama diteruskan, ditambah dgn 

(i). “LAAILAHAILLALLAH” 200 kali bada solat fardhu. 

(ii). “LAAILAHAILLALLAH” 1000 kali bada solat tahajjud. 

(iii). Zikir tanpa putus (usahakan begitu) kalimah “LAAILAHA ILLALLAH” sepanjang masa sama ada di lidah atau di hati. Dilakukan selama 40 hari dan 40 malam berturut2. Kemudian lanjutkan ke tahap ke tiga. 

TAHAP KETIGA INDERA RADHIAH. Tujuan pada tahap ini adalah utk mengalahkan hawa nafsu sehingga menjadi tenang dan redha (tingkat ke 5 dari 7 tingkat2 nafsu). Dilakukan dgn amalan2 yg berikut. Semua amalan2 di tahap pertama dan kedua diteruskan, ditambah dgn 

(1). Berpuasa dpd memakan benda2 bernyawa spt ikan, daging, ayam dll (termasuk telur dan hasilnya) kerana ia adalah jenis makanan yg berhawa. 

(2). Berpuasa selang sehari (puasa Nabi Daud as). Jika jatuh pada hari Isnin dan Khamis, niatkan berpuasa sunat. Jika jatuh pada hari2 lain, niatkan berpuasa sunat atau qada’. Pastikan tidak kena pada hari2 haram berpuasa. Dilakukan selama 40 hari dan 40 malam berturut2. Kemudian lanjutkan ke tahap ke empat. 

TAHAP KEEMPAT INDERA SIRRULLAH. Tujuan pada tahap ini adalah utk merutinkan amalan agar menjadi darah daging sehingga terbuka rahsia2 Allah (Sirrullah). Dilakukan dgn amalan2 yg berikut. Semua amalan2 di tahap pertama, kedua dan ketiga diteruskan, ditambah dgn sedikit perubahan pada cara berpuasa. Berpuasa spt puasa Ramadhan selama 40 hari berturut2. Jika jatuh pada hari Isnin dan Khamis, niatkan berpuasa sunat. Jika jatuh pada hari2 lain, niatkan berpuasa sunat atau qada’. Pastikan tidak kena pada hari2 haram berpuasa. Dilakukan selama 40 hari dan 40 malam berturut2. Setelah selesai maka lengkap lah sebuah amalan yg dinamakan Ilmu Indera Keramat.

No comments:

Post a Comment