Telepati berasa dpd perkataan Greek kuno itiu tele dan pathos atau patheia. Tele bermaksud jauh dan pathos atau patheia bermaksu rohani (meliputi perasaan, fikiran, emosi, semangat, kemahuan, persepsi dan seumpamanya). Telepati pula ditafsir sbg hubungan rohani di antara 2 org yg berbeza dari jarak yg jauh tanpa menggunakan teknologi atau cara zahir yg biasa yg ketara pada deria2 manusia. Di sini akan didedahkan sebuah amalan yg dinamakan Doa Telepati dan ianya khusus utk membaca hati dan fikiran org lain.
Maknanya, amalan telepati ini lebih luas kegunaan atau tujuannya. Namun yg didedahkan satu dpdnya iaitu membaca hati dan fikiran sahaja. Ilmu telepati ini merupakan satu dpd kemahiran pada roh manusia. Ia dilakukan dgn menghubungkan unsur rohaniyah pada dua pihak (pengamal dan org tertentu). Dgn itu “ikatan” pada kedua2nya boleh terbina. Seterusnya membuatkan apa yg dirasakan oleh org itu, dirasakan juga oleh org yg seorg lagi. Apa yg difikirkan, difikirkan juga oleh seorang yg lain.
Bakal disebutkan, disebutkan juga oleh seorg yg lain. Berkaitan dgn perkara yg difikirkan, dirasakan, emosi, persepsi, kemahuan, semangat, rasa hati, firasat, perasaan, jiwa halus, desakan, ingatan, daya dalaman atau seumpamanya. Kedua2 org tersebut telah terikat kerana ada ikatan telah terjadi. Ringkasnya pengamal dpt membaca hati dan fikiran org itu. Kerana kita merasai apa yg dia rasakan malah kita dapat mempengaruhinya dan dia juga boleh begitu jika memahirkan diri walaupun tidak ternampak ia dilakukan pada pandangan mata. Tiada kata2 disampaikan, tiada tanda diberikan, tiada tingkah laku ditunjukkan utk ditafsir. Mungkin dari jarak jauh atau cuma pandang memandang saja.
Bolehkah ia dilakukan? Telah dinayatakan sebelum ini bahawa telepati merupakan satu dpd banyak2 kemahiran pada roh manusia dan bukan dari sudut saintifik atau psikologi. Keperluan utama ialah seseorang itu harus peka dgn kehadiran tenaga roh pada dirinya. Utk menjadi peka itu sesuatu yg dinamakan “mukasyafah” harus berlaku terlebih dahulu. Itu 2 syarat yg harus terjadi bagi pengamal (iaitu menjadi peka kerana mengalami mukasyafah).
Jadi dgn itu tenaga roh tersebut dapat dimajukan sehinggalah menjadi salah satu dpd kemahiran roh yg dikuasai oleh pengamal. Potensi roh tidak terhenti di situ saja malah lebih lagi dpd itu. Sesuatu yg boleh dijangka oleh seseorang pengamal dinamakan “niat berkaedah” iaitu sesuatu amalan atau doa boleh menjadi “kun fayakun” dgn izin Allah. Ia boleh dijangka kerana hasilnya selalu menunjukkan apa yg dimahukan oleh pengamal. Ia merupakan satu dpd jenis2 maunah atau nasrullah (pertolongan Allah) pada seseorang hambaNya yg ditandai. Pokok pangkalnya adalah “dgn izin Allah”.
Berikut adalah pengisian amalan Doa Telepati ini,
“BISMILLAHHIR RAHMANNIRRAHIM, ALAA YA’LAMU MAN KHALAQA WAHUWAL LATHIFUL KHABIIR (Apakah Allah yg menciptakan tidak mengetahui (apa yg kamu zahirkan atau rahsiakan itu?) dan Dia Maha Halus lagi Maha Mengetahui)” (QS Al-Mulk:14).
Amalan ini harus dilakukan selama 40 hari dan malam berturut2 dgn tenang, yakin dan sabar. Perkara2 yg harus dilakukan adalah spt berikut
(1). Berpuasa dpd memakan benda2 bernyawa spt ikan, daging, ayam termasuk telur dan bahan susu dll.
(2). Setiap bada solat fardhu bacakan Al-Fatihah 1x, Al-Ikhlas 3x, Ayat 14 Surah Al-Mulk 33x.
(3). Bada solat tahajjud bacakan Al-Fatihah 1x, Al-Ikhlas 3x, Istighfar 200x, Basmallah 200x, Laailahaillallah 200x, Ayat 14 Surah Al-Mulk 1000x. Setelah tamat maka selesailah amalan penyatuan ini.
Cara menggunakannya adalah dgn meniatkan tujuan kita, dimulai dgn bismillah dan disusuli membaca ayat 14 tadi sebanyak 7x. Keadaan tenang dan fokus amat penting dlm melakukannya. Kita boleh merasakannya bermula dari hati. Ia spt terdetik sesuatu perubahan di dlm hati kita. Hati kita yg tenang akan berubah mengikuti apa perasaan yg dialami oleh org itu. Mulanya begitu. Setelah terbiasa, dari hati itulah ia tergambarkan pula di fikiran. Kita tidak memikirkannya. Boleh dikatakan spontan. Dia manusia akan menunjukkan tingkah lakunya juga.
No comments:
Post a Comment