Ia adalah sejenis amalan pengasihan berdasarkan gabungan empat cara berbeza. Ikatan semangat, memberi tanda (melalui ayat khusus), zikir bayangan (juga melalui ayat khusus) dan mendatangi mimpi (melalui kemahiran “roh” iaitu tenaga ketiga dari dalam diri pengamal itu sendiri). Tiada penggunaan “tenaga2 luar” di sini spt penggunakan khadam, saka dll.
Amalan ini mempunyai 4 langkah iaitu
(1). Ikatan Semangat,
(2). Memberi Tanda,
(3). Zikir Bayangan,
(4). Mendatangi Mimpi.
Langkah Pertama IKATAN SEMANGAT. Cubalah jalinkan hubungan dengan si dia terlebih dahulu sebelum memulakan yg lain sehingga terjalin hubungan yg baik antara keduanya. Jangan dipaksakan.
Langkah Kedua MEMBERI TANDA. Jika dahulu manusia menggunakan surat sebagai media pemberi tanda, zaman kini manusia menggunakan telefon spt wassap dsb. Memberi tanda bermaksud menyentuh lubuk hati seseorang yg bergelar kekasih. Begitu menyentuh perasaannya sehingga ke lubuh hatinya yg paling dalam.
Bacaannya berbunyi begini “BISMILLAHHIR RAHMANNIRRAHIM, WALAU ANNA QUR’AANAN SUIYIRAT, BIHIL JIBAALU AU QUTDI’AT BIHIL ARDU AU KULLIMA BIHIL MAUTAA BALILLAHIL AMRU JAMIAA (QS Ar-Rad:31).” (Maknanya: Dan sekiranya ada suatu bacaan kitab suci yg dgn bacaan itu gunung2 dpt digoncangkan atau bumi menjadi terbelah atau kerananya org2 yg telah mati dpt berbicara, tentulah Al-Quran itulah dia. Sebenarnya segala urusan itu adalah kepunyaan Allah).
Hafalkan ayat ini. Amat besar khasiatnya dan utk ini digunakan sbg pengasihan. Sebelum tidur taipkan msg ringkas kpd yg tersayang tersebut menunjukkan bertapa istimewanya dia. Kemudian bacakan ayat tadi 7 kali sambil berniat akan tersentuh hatinya hingga ke lubuk hati yg paling dalam. Kemudian barulah dihantar.
Langkah Ketiga ZIKIR BAYANGAN. Zikir ini akan diucapkan di lidah atau dihati berulang2 sementara wajah atau perkara berkaitan kekasih itu akan dibayangkan nanti. Terserah kpd Allah utk memakbulkan. Inilah ayatnya “BISMILLAHHIR RAHMANNIRRAHIM, QUL IN KUNTUM TUHIBBU NALLAHA FATTABI’UNI YUHBIB KUMULLAH” (Katakanlah jika kamu mengasihi Allah, hendaklah kami mengikuti aku, nescaya Allah mengasihi kamu: QS Al-Imran:31).
Cara mengamalkannya adalah dgn zikirkan ayat tersebut semasa berbaring sebelum tidur malam. Diucap dilidah atau di hati berulang2 sambil membayangkan wajahnya semasa menyebut “fattabi’uni” atau boleh juga disepanjang membacanya sehinggalah kita tertidur.
Langkah Keempat MENDATANGI MIMPI KEKASIH. Caranya adalah spt berikut. Kita tidur namun berzikir (zikir bayangan tadi) hinggalah mata menjadi berat dan mengantuk. Bermula dari situ terbukalah dua jalan bagi kita iaitu kita bermimpi (tidur lena) atau menggerakkan roh. Jika kita terus terlena dan bermimpi, kita tiada kawalan terhadap mimpi itu (biasanya). Kita terbuai2 olehnya. Kemungkinan mengatangi kekasih melalui jalan pertama ini tetap juga ada walaupun nipis kerana tidak dapat mengawalnya tadi. Cara yg sebenarnya ialah semasa kita berasa mengantuk, mata menjadi berat rasa ingin tidur, tetapkan semangat dan fikiran kita bahawa kita dapat mengawalnya.
Penentu adalah kita sendiri, bukan dibuai2 oleh mimpi. Kita berada separuh sedar, antara tidur dan jaga. Zahir jasad kita telahpun tidur namun nafas spt biasa tenang sekali, sedang fikiran kita dpt mengawal pergerakan roh kita nantinya. Kitalah penentu perjalanan kita itu yg kita mahukan. Tetapkan semangat keinginan kita, tenang hati dan emosi kita. Kita ingin berhajat menemuinya (kekasih hati kita) melalui mimpi kita nanti. Semasa awal melatih cara ini, biasanya kita tidak dapat mengawal sepenuhnya apa yg bakal kita temui. Berlatihlah berulangkali sehingga menjadi mahir malah boleh menjadi semakin maju sehingga terbuka ilmu pengetahuan dan jalan lain pula khusus utk tujuan pengasihan ini.
No comments:
Post a Comment