Bacaan amalan ini berbunyi begini, “BISMILLAHHIR RAHMANNIRRAHIM, MATA NILA-NILA, DUDUK SEPERTI DIAN PUCUK, BERSELELA SEPERTI BULAN PURNAMA, BERDIRI SEPERTI MATAHARI, ORANG MEMANDANG GILA BERAHI, BERKAT LAAILLAHA ILLALLAH MUHAMMADUR RASULULLAH”.
Ianya adalah doa atau jampi berkias bahasa melayu Sarawak. Cara amalannya adalah spt berikut.
(1). Sbg pengasih khusus (ditujukan utk seseorg yg disukai). Amalkan ketika melihat cermin, berhias dsb. Ketika melihat cermin tadi, bacakan doa tersebut 3x sambil meneruskan berhias tadi. Oleh kerana ianya khusus maka perkataan “orang” ditukar kepada nama si dia.
(2). Sbg pemanis wajah (pengasih umum). Cara mengamalkannya sama spt tadi hanya bacaannya tidak berubah dari yg asal. Kesan amalan ini adalah spt berikut, (1). Wajah kita menjadi bercahaya di mata masyarakat atau org2 yg memandang kita. Akan wujud tenang dan rasa sayang terhadap kita di hati mereka. (2). Org tersebut akan sukar menjadi marah apb memandang, akan lembut hatinya, sejuk dan lapang dadanya, reda perasaan marahnya jika ada. Tuturkata akan berubah menjadi sopan terhadap kita.
(3) Org akan suka memandang kita, apalagi jika amalan tadi dikhususkan utk seseorg yg kita suka. Org itu akan mudah mesra dan terpikat hatinya, menjadi cinta kasih kpd kita. Serba serbi berkaitan kita menjadi baik pada pandangan matanya.
(4). Pengamalnya akan mudah menjadi sahabat kpd org lain. Mereka akan tertarik dgn sopan santun pengamalnya, seri pada wajah, manis senyumannya dll. Org akan mudah ingin mendekati dan bersahabat.
(5). Wajah sukar dihinggapi jerawat dan penyakit2 kulit, tidak berminyak namun selalu bersih dan gebu, serah dan ceria.
No comments:
Post a Comment