Friday, January 6, 2012

ILMU PEMANIS KETIKA BERJALAN (DOA SI MANIS MATA)


 Bacaan amalan ini berbunyi begini, 

“BISMILLAHHIRRAHMANNIRRAHIM, HAI PUCUK KU, PUCUK SEMUDA JERING, DIPETIK SERATA-RATA, SEBANYAK ANAK ALAM KU IRING, AKU SEORANG MEMEGANG SI MANIS MATA, KATA ALLAH KATA MUHAMMAD, KATA BAGINDA RASULULLAH, BERKAT LAAILLAHA ILLALLAH MUHAMMADUR RASULULLAH”. 

Cara mengamalkan doa ini adalah spt berikut. 

(1). Sebelum keluar rumah, semasa berjalan2, bersiar2 atau berjogging, bacakan doa tersebut sebanyak 3x. InsyaAllah sesiapa yg memandang akan mudah mesra, merasa senang, lapang dada dan terpikat hatinya kpd kita. Kita akan selalu disenangi oleh org lain. 

(2). Amalan doa ini bukan saja boleh digunakan samasa berjalan2, ia juga boleh dibacakan pada waktu2 yg sesuai yg lain spt semasa memberi ucapan di khalayak ramai, semasa naik ke pentas, menghadiri kenduri atau perjumpaan dan seumpamanya. Org akan memandang kita sentiasa manis di mata mereka menjadi mudahlah segala urusan kita nantinya.

No comments:

Post a Comment