Bacaan amalan ini berbunyi begini,
“BISMILLAHHIRRAHMANNIRRAHIM, SALAAMUN ‘ALAA NUUHIN FIL ‘AALAMIIN INNAKA HAMIIDUM MAJIID, A’UUZU BIKALIMATILLAHIT TAMMATI MIN SYARIMAA KHALAQ (Kesejahteraan dilimpahkan kpd Nuh di sekalian alam. Sesungguhnya Engkau Maha Terpuji lagi Maha Mulia. Aku berlindung dgn kalimat2 Allah yg sempurna dari kejahatan apa yg diciptakanNya)”.
Doa ini adalah gabungan dpd 3 ayat yg berbeza. Pertama merupakan sepotong ayat Al-Quran dari Surah Ash-Shaffat ayat 79. Bacaan kedua merupakan bacaan terakhir dari selawat Ibrahimiyyah yg diajarkan Rasulullah saw kpd para sahabat dan dibacakan semasa tahiyat akhir.
Sementara bacaan ke tiga merupakan sebuah doa yg diambil dari sebuah hadis spt berikut, Dari Abu Hurairah ra bahawa Nabi saw telah bersabda: “Barangsiapa pada waktu petang mengucapkan 3 kali doa ini, A’UUZU BIKALIMATILLAHIT TAMMATI MIN SYARIMAA KHALAQ (Aku berlindung dgn kalimat2 Allah yg sempurna dari kejahatan apa yg diciptakanNya), nescaya dia tidak akan dimudaratkan oleh sengatan berbisa pada malam itu.”
Cara mengmalkannya pula adalah seperti ini.
(1). Bacakan sebanyak 3x doa2 tadi pada masa2 yg dirasakan sesuai spt sewaktu ingin keluar ke hutan berburu, ingin tidur, keluar rumah, menjalankan kerja2 berisiko spt bomba berkebun mencari kayu dsb.
(2). Di atas tadi jika khusus bertujuan menghindari haiwan atau serangga berbisa spt ular, kalajengking, lipan, penyengat dan seumpamanya. Namun bacaan doa ini bukan hanya terhad kpd haiwan2 berbisa saja. Ianya juga sesuai utk haiwan2 buas spt harimau, anjing liar, buaya, jerung dan lain2 sama ada di darat atau di laut.
No comments:
Post a Comment