Bacaan amalan ini berbunyi begini,
“BISMILLAH HIRRAHMANNIRRAHIM, AFAGHAIRA DIINILLAHI YABGHUUNA WALAHU ASLAMA MAN FISSAMAA WAATI WAL ARDHI THAU ‘AU WAKARHAU WA ILAIHI TURJA’UUN (Patutkah sesudah (mengakui dan menerima perjanjian itu), mereka mencari lain dari agama Allah? Padahal kepadaNya lah tunduk taat sekalian makhluk yg ada di langit dan di bumi, sama ada dgn sukarela ataupun terpaksa dan kepadaNya lah mereka dikembalikan. QS Al-Imran:83)”.
Cara amalan doa ini adalah
(1). Utk haiwan peliharaan (spt kucing, arnab, burung dsb).
(i). Bacakan ayat tadi sebanyak 3x pada makanan atau minumannya. Selepas itu barulah diberi makan atau minum. Lakukan sehingga menjadi jinak.
(ii). Peganglah haiwan peliharaan tersebut di tangan kita dan bisikkan ayat tersebut sebanyak 7 kali ke telinganya. Lakukan dgn kerap sehingga jinak.
(iii). Lakukan kedua2 di atas (sekaligus) dgn kerap sehingga menjadi jinak.
(2). Utk haiwan ternak (spt ayam, itik, kambing, kerbau, lembu dsb).
(i). Bacakan ayat tadi sebanyak 3x pada makanan atau minumannya. Selepas itu barulah diberi makan atau minum. Lakukan sehingga menjadi jinak.
(ii) Jika haiwan ternak tidak banyak (hanya beberapa ekor sahaja), bisiskkan ayat tersebut pada telinganya sebanyak 7 kali ke telinganya. Lakukan dgn kerap sehingga jinak.
(iii). Lakukan kedua2 di atas (sekaligus) dgn kerap sehingga menjadi jinak. Peringatan: Amalan ini bukanlah utk haiwan buas, berbisa atau merbahaya walaupun haiwan2 tadi dijadikan perliharaan atau ternak.
No comments:
Post a Comment