Saturday, July 9, 2016

9 LUBANG YANG PERLU DITUTUP

Menutup yg 9 demi membuka yang 9 untuk mencapai KESEDARAN SEJATI iaitu mengembalikan diri kepada FITRAH SUCI-Nya. Sembilan lubang yang perlu ditutup ialah:

1. Takabbur
2. Sombong
3. Tamak
4. Serakah
5. Iri
6. Dengki
7. Hasut
8. Benci
9. Dendam

Apabila ini berjaya dilaksana, maka secara otomatis Tajallilah 9 Kesedaran Sejati yang meliputi Zat, Sifat, Asma dan Af’al Nya:

1. Laa Qodirun Illallah (Tiada yg MAHA Kuasa selain ALLAH)

2. Laa Muridun Illallah (Tiada yg MAHA Berkehendak selain ALLAH)

3. Laa ‘Alimun Illallah (Tiada yang MAHA Mengetahui selain ALLAH)

4. Laa Hayyun Illallah (Tiada yang MAHA Hidup selain ALLAH)

5. Laa Sami’un Illallah (Tiada yang MAHA Mendengar selain ALLAH)

6. Laa Bashirun Illallah (Tiada yang MAHA Melihat selain ALLAH)

7. Laa Mutakallimun Illallah (Tiada yg MAHA Berkata2 selain ALLAH)

8. Laa Fa’ilun Illallah (Tiada yg Maha Berlaku dlm Gerak/Diam selain ALLAH)

9. Laa Maujudun Illallah (Tiada yg Maha Ada di Awal tiada berpermulaan sekaligus di Akhir tiada ber- kesudahan dan tiada yg Maha Ada pada Zahir dan Batin selain Allah)

Dan kemudian setelah itu “FITRAH SUCI”nya dalam “KESEDARAN SEJATI” akan membawa dirinya untuk berbuat kebaikan yang menjadi Rahmat serta saling berbagi/mengisi dalam kebenaran untuk memberikan pandangan tentang kebenaran hakiki meliputi dan juga saling berbagi/mengisi dalam kesabaran kepada siapa saja, kerana ia telah memandang dalam Penyaksiannya akan: “GURU mu adalah GURU ku dan GURU ku adalah GURU mu” (kita sama2 Belajar kepada GURU yang SATU yang tidak makan juga tidak minum, tidak tidur tidak pula mengantuk). (Diribatinku @ Syed Padzil Barakbah).

No comments:

Post a Comment