Saturday, July 9, 2016

BAIK SANGKA VS BURUK SANGKA

Manusia hari ini suka bersangka-sangka, maka latihlah diri untuk sentiasa bersangka baik dengan semua org dan jauhkan dari berburuk sangka kepada manusia. Seorang yang berbaik sangka kepada seseorang, walaupun sangkaannya itu silap namun dia tetap baik disisi Allah manakala seorang yang berburuk sangka kepada org lain, sungguhpun sangkaannya itu tepat namun dia tetap bersalah disisi Allah.

Orang beribadah disangka riak
Orang rileks disangka malas
Orang berpakaian baru disangka menunjuk
Orang berpakaian buruk disangka hina
Orang makan banyak disangka pelahap
Orang makan sedikit disangka diet
Orang yang senyum disangka mengejek
Orang yang masam disangka merajuk
Orang berbincang disangka mengumpat
Orang yang diam disangka menyendiri
Orang yang menawan disangka menggoda
Orang yang ceria disangka mengada
Orang yang aktif disangka poyo
Orang yang bertanya disangka menyibuk
Orang berdosa disangka confirm penghuni neraka

Hakikatnya...

Mana tahu yang senyum itu kerana bersedekah
Mana tahu yang masam itu kerana mengenang dosa
Mana tahu yang berbincang itu memberi pendapat
Mana tahu yang diam itu kerana beribadah
Mana tahu yang menawan itu bersih wataknya
Mana tahu yang ceria itu cerdas mindanya
Mana tahu yang bertanya itu prihatin orangnya
Mana tahu yang berdosa itu adalah dosanya yang terakhir dan tiba-tiba berubah menjadi soleh

Justeru sesuatu perkara yang kita lihat, jangan suka bersangka-sangka, sikap sangka2 akan memusnahkan jiwa, kerap sangka2 mengundang celaka, jangan terlalu bersangka-sangka, jauhi sikap bersangka-sangka

يأيها الذين ءامنوا اجتنبوا كثيرا من الظن إن بعض الظن إثم..

“Wahai orang-orang yang beriman jauhilah kamu semua kebanyakan dari sangkaan kerana sesungguhnya sebahagian dari sangkaan itu adalah dosa..” (AlHujurat:12). (Ust Iqbal Zain).

No comments:

Post a Comment