Saturday, July 9, 2016

TUNDUKKAN PANDANGAN MATAMU

Seorang suami mengadukan apa yang dia rasakan kepada seorang Syeikh. Dia berkata: “Ya Syeikh! Ketika aku mengagumi calon isteriku, maka aku merasakan seolah-olah dalam pandanganku Allah tidak menciptakan wanita yang lebih cantik darinya di dunia ini. Ketika aku sudah meminangnya, aku melihat banyak wanita seperti dia. Ketika aku sudah menikahinya, aku lihat banyak perempuan yang lebih cantik darinya.  

Ketika sudah beberapa tahun pernikahan ku, aku lihat seluruh wanita yg lebih manis dpd dirinya.” Lalu berkata Syeikh: :Mahukah engkau, aku beritahu perkara yang lebih dasyat dan lebih pahit daripada itu?!” Jawab lelaki itu: “Ya, mahu”. Berkata Syeikh: “Sekalipun engkau nikahi seluruh wanita di dunia pasti anjing di jalanan yg berkeliaran itu lebih cantik pada pandangan engkau dari mereka semua”.

Lelaki itu terkejut: “Kenapa syeikh berkata demikian?” Kerana masalahnya itu bukan terletak pada isterimu, tetapi masalahnya bila manusia diberi hati yang tamak, pandangan yang menyeleweng dan kosong dari rasa malu pada Allah taala, maka orang itu tidak ada yang boleh memenuhi pandangan matanya kecuali tanah perkuburan. Lelaki itu tertunduk, “Sekarang kamu inginkan sesuatu yang akan mengembalikan kecantikan isterimu sepertimana pertama kali kamu melihatnya? Yang mana ia adalah wanita tercantik di dunia?” Tanya syeikh tersebut. “Ya, ingin ya syeikh” jawab lelaki itu. “TUNDUKKANLAH PANDANGAN MATAMU” ujar syeikh mengakhiri bicara.

No comments:

Post a Comment