1. Anugerah dan rahmat yang diberikan oleh Allah Ta'ala kepada manusia tidak terhitung banyaknya iaitu semenjak manusia diciptakan daripada nutfah (setitis air mani) di dalam rahim ibunya sehingga dia kembali menghadap Allah s.w.t.
2. Manusia hendaklah mensyukuri segala rahmat dan nikmat Allah s.w.t dgn melakukan segala suruhan dan perintahnya dan menjauhi segala tegahan dan larangannya serta selalu memujiNya sama ada dgn kata-kata atau amal perbuatan serta memanfaatkan segala yg dianugerahkan hanya utk beribadah kpd Nya. Firman Allah s.w.t. yg bermaksud: ”Dan Dia telah memberi kpd kamu sebahagian dari tiap-tiap apa jua yg kamu hajati dan jika kamu menghitung nikmat Allah nescaya lemahlah kamu menentukan bilangannya” (Surah Ibrahim - Ayat 34)
3. Cara ini merupakan adab kepada Allah s.w.t. sebagaimana Firman Allah s.w.t yang bermaksud: "Dan apa sahaja nikmat yang ada pada kamu, maka dari Allah (datangnya)......(Surah An- Nahl: 53)
4. Kaum muslimin meyakini bahawa Allah s.w.t Maha Mengetahui di atas segala2nya dan sentiasa memperhatikan setiap tingkah laku manusia sehingga hati mereka sentiasa takut kepada Allah dengan mengingatiNya serta mengagungkanNya.
5. Mereka merasa malu berbuat perkara mungkar dan maksiat kepada Allah s.w.t. untuk melanggar apa-apa tegahan dan laranganNya. Sebagaimana Firman Allah s.w.t. yang bermaksud: “Oleh itu ingatlah kamu kepadaKu (dengan mematuhi hukum dan undang2Ku), supaya Aku membalas kamu dgn kebaikan dan bersyukurlah kamu kepadaKu dan janganlah kamu kufur (akan nikmatKu)” (Surah Al-Baqarah-Ayat 152)
6. Kaum Muslimin mengetahui dan melihat bahawa Allah s.w.t. menguasai diri setiap manusia yg sentiasa menyerahkan diri kepadaNya serta bertawakal kpdNya. Firman Allah s.w.t yg bermaksud: “ .... Dan hanya kpd Allah hendaknya kamu bertawakal , jika kamu benar2 org yg beriman” (Surah Al - Maidah - Ayat 23)
7. Kaum Muslimin mencari akan rahmat dan kasih sayang Allah dengan merendahkan diri dan sentiasa berdoa mencari keredhaanNya dengan ucapan dan amalan yang soleh. Sebagaimana firman Allah yang bermaksud: “ ..... dan rahmatKu meliputi segala sesuatu….” (Surah Al-A'raf - Ayat 156)
8. Setiap amalan yang soleh dan dilakukan dengan penuh keikhlasan dan ketaatan yang bersungguh2 akan dibalas dengan pahala yang berlipatganda serta dijanjikan syurga yang kekal selama2nya. Firman Allah s.w.t. yang bermaksud: “Dan barangsiapa yg taat kpd Allah dan rasulNya dan takut kepada Allah dan bertakwa kepadaNya, maka mereka adalah org2 yg mendapat kemenangan” (Surah An-Nur - Ayat 52).
9. Kaum Muslimin yang sentiasa memelihara adab dengan Allah akan mendapat kedudukan yang mulia dan darjat yang tinggi serta mendapat rahmat dan nikmat di sisi Allah s.w.t.
1. Cintakan Allah s.w.t.
2. Ikhlaskan segala amalan semata-mata kerana Allah s.w.t.
3. Takut dan sentiasa berharap kepada Allah s.w.t.
4. Bersyukur apabila diberi nikmat.
5. Bersabar apabila ditimpa kesusahan.
6. Melihat Taufiq dan Hidayah dpd Allah s.w.t apabila dapat melakukan ibadat dan ketaatan.
7. Sentiasa berzikir mengingati Allah s.w.t dan bertaubat memohon keampunan dariNya.
8. Tidak berputus asa, malah sentiasa mengharapkan rahmat daripadaNya.
9. Melakukan segala perintah Allah dan meninggalkan segala laranganNya.
10. Beriman dengan penuh keyakinan terhadap Qada’ dan Qadar Allah s.w.t kerana setiap perkara yang berlaku ada hikmah disebaliknya yang tidak diketahui.
10. Beriman dengan penuh keyakinan terhadap Qada’ dan Qadar Allah s.w.t kerana setiap perkara yang berlaku ada hikmah disebaliknya yang tidak diketahui.
No comments:
Post a Comment