Thursday, July 7, 2016

KALAM IMAM SYAFIE - BERAKHLAK MULIA

1.Perbanyaklah Amal Kebaikan: Nafsuku padam tatkala ubun2ku menyala. Malamku gelap gelita ketika bintang bersinar terang. Wahai burung hantu yg hinggap di atas ubun2ku! Ketika burung gagak terbang dariku, kau kunjungi daku dan kau lihat tubuhku semakin rapuh. Mmg setiap tempat yg kau kunjungi bererti itulah tempat2 kerapuhan. Masihkah dpt kunikmati manisnya hidup, meskipun rambutku semakin menipis dan ubanku semakin menyebar. Ketika usia senja seseorg telah dtg dan rambut nya semakin memutih, hendaknya dia segera menumpas keseronokan serta kekejian hari2nya dgn kebaikan.

Tinggalkanlah perkara2 yg buruk ! Kenapa hal itu haram dilakukan oleh orang yang bertaqwa. Dan tunaikanlah zakat atas kedudukan atau jawatanmu, kerana zakat tersebut sama dengan zakat harta bila telah sampai nisabnya. Berlaku baiklah kepada orang lain. Kerana dengan begitu, kelak engkau akan dapat menguasai manfaat kepada org lain. Jangan berjalan di atas bumi dengan penuh keangkuhan. Ketahuilah bahawa tidak lama lagi bumi ini akan menelanmu. Barangsiapa sedang mencicipi dunia, di situlah aku pernah merasakan pahit getirnya kehidupan. Bagiku dunia adalah tipu daya dan penuh berisi kedustaan, bagaikan fatamorgana di tengah padang sahara. Dunia tidak ubahnya bagaikan bangkai2 busuk yang hanya anjing2 kelaparan yang mahu mendekatinya. Jika engkau menjauhi dunia, kelak engkau akan terselamat dari kekotorannya. Tapi, jika engkau dekati dunia, maka engkau akan diserang oleh anjing2nya. Berbahagialah org2 yg kukuh asas imannya dan menutup diri dlm kesucian jiwa.

2. Akhlak Yang Baik: Jika aku dicaci maki oleh org yg hina, itu petanda bahawa darjatku akan bertambah. Kerana tidak akan muncul keaiban kecuali akibat perbuatan seseorg. Jika jiwaku belum menjadi mulia atas dunia akan kutetapkan ia di kalangan org2 yg hina. Jika semua usahaku kuniatkan hanya untuk kepentinganku sendiri, maka engkau akan menemukan diriku memiliki banyak kesempatan untuk itu. Tetapi, aku berusaha melakukan sesuatu untuk kepentingan kawan2ku. Sungguh merupakan suatu cela atas org yg kenyang, sementara dia membiarkan kawan2nya kelaparan. Suatu ketika aku pernah mendapat penghinaan dari org bodoh, namun aku tidak menganggapinya. Dia semakin bodoh, dan aku semakin bijak. Ibarat batang kayu cendana, semakin hangus dibakar, semakin harum baunya. Jika org2 bodoh bertutur kata di depanmu, janganlah engkau tanggapi! Sebaik-baik tanggapan untuk mereka adalah dgn bersikap diam. Jika kau berbicara di hadapan mereka, janganlah sampai terbawa arus pendapat yg diciptakan mereka. Dan jika kau berpaling dari mereka, wajah mereka akan tampak pucat pasi.

3. Jiwa Yang Kerdil: Diriwayatkan oleh Abdullah Al-Asbahani dari Abu Nashr dari Abu Abdillah yang mengatakan bahawa pernah mendengar Imam As-Syafi'I berkata: "Tumpukan wang dapat membuat orang-orang yang sebelumnya membisu menjadi banyak bicara. Hati mereka tidak pernah mengenali kelebihan orang lain, dan tidak tahu darjat kemuliaan mereka sendiri"

4. Jiwa Yang Mulia: Tercabutnya gigi, seksa di penjara, tercabutnya jiwa, ditolaknya cinta, sejuk yang mencengkam, hukuman gantung, menyamak kulit binatang tanpa sinaran matahari, memakan daging, memburu burung, menanam biji di tanah yang gersang, memadamkan kobaran api, menanggung malu, menjual rumah dengan harga murah, menjual kasut, dan menghadapi keganasan cambukan rotan, semuanya itu masih lebih meminta belas kasihannya.

5. Tiga Penyebab Datangnya Penyakit: Terdapat tiga perkara yg dapat merosak manusia di samping juga dapat menyebabkan org sihat menjadi sakit. Iaitu membiasakan minum minuman keras , terlalu banyak bersenggama, dan terburu-buru memasukkan makanan ketika di mulut masih ada makanan. Mestikah kutaburkan permata ke hadapan domba2 bodoh, atau mestikah aku bersajak di depan pengembala kambing2? Sungguh ! Jika hidupku terlantar di negeri ini, aku akan memanfaatkan kata mutiara yg keluar dari penghuninya. Jika Allah masih menganugerahi aku dgn kasihnya, akan kutemukan org2 pandai dan bijak. Akan kusebarkan ilmuku, dan kumanfaatkan kecintaan mereka. Jika tidak, maka ilmuku akan selalu ku simpan. Barangsiapa mengajari org bodoh, akan sia-sia. Barangsiapa melarang org lain yg berhak mendapat ilmu, zalimlah dia.

6. Meruntuhkan Kehormatan Orang Lain: Wahai orang yang telah menghancurkan kehormatan orang lain, dan yang memutuskan tali kasih sayang, kau akan hidup penuh kehinaan. Jika engkau orang merdeka dan dari keturunan orang yang baik-baik, pastilah engkau tidak akan menodai kehormatan orang lain. Barangsiapa pandai menimbang orang lain, tentu orang lain akan menimbang dirinya dengan segenap kebaikannya. Cukup sudah bagiku pengajaran dari guruku.

7. Buruk Sangka: Prasangka selalu buruk dan prasangka buruk itu sumber fitnah. Ketika seseorg melemparkan tuduhan dlm keadaan lapar, ia hanya mengungkapkan prasangka baik dan ucapan yg enak didengar.

8. Terimalah Maaf Dengan Tulus: Terimalah permintaan maaf sahabatmu yg melakukan kesalahan, baik ia jujur mengatakannya kpd mu ataupun tidak. Dgn begitu bererti telah taat kpd mu org yg engkau terima dari segi lahirnya sahaja dan telah membuatmu mulia org yg bermaksiat kepadamu secara sembunyi2.

9. Permintaan Maaf Sebagai Penebus Dosa: Dikatakan kepadaku "Si polan telah membuatku sedih". Padahal merupakan suatu cela bila seorang pemuda diperhatikan. Ku jawab : "Dia telah datang kepadaku untuk meminta maaf. Dan menurutku permintaan maafnya merupakan penebus dosanya."

10. Diam Membawa Keselamatan: Banyak org berkata: "Mengapa engkau diam padahal engkau dimusuhi?" Aku katakana kpd mereka : Menanggapi sesuatu permusuhan sama dgn melakukan kejahatan. Bersikap diam dlm menghadapi org bodoh atau org yg gila merupakan kebajikan jiwa. Di dlm sikap diam juga terdapat penjagaan bagi kehormatan. Tidakkah engkau lihat ! Harimau2 hutan itu ditakuti dan disegani ketika mereka diam, sedangkan anjing di jalan raya banyak yg dilempari kerana selalu mengonggong.

11. Keutamaan Orang Pendiam: Aku menganggap diam sebagai perniagaan. Meskipun tak ada untungnya, paling tidak aku tak merugi. Diam ibarat barang niaga yang membawa banyak keuntungan bagi pemiliknya.

12. Sang Dermawan: Jika kamu tidak boleh bersikap dermawan, maka ingatlah bahawa hari-harimu yang telah berlaku tak akan kembali. Bukankah tanganmu boleh mengepal dan membuka ? Apa yang boleh kau harapkan ketika kau sendirian tatkala bumi mencengkam dirimu dengan kuku besinya ? Saat itulah tentu, engkau berharap untuk dapat kembali ke dunia, padahal hari-hari itu tak akan pernah kembali.

13. Ciri-ciri Orang Warak: Seorang yang memiliki sifat warak, tak akan mempedulikan kejelekan orang lain, kerana disibukkan oleh aibnya sendiri, ibarat orang sakit, ia tak mungkin menghiraukan penyakit orang lain, kerana sibuk memperhatikan penyakitnya sendiri.

14. Mengendalikan Nafsu: Yaqut Al-Hamawiy berkata bahawa pada suatu hari ada seorang yang datang kepada Imam Syafi'i seraya membawa lembaran bertulis: "tanyakanlah kpd mufti Mekah dari keturunan Hasyim, apakah yang dia lakukan ketika sedang sangat marah kepada seseorang." Imam Syafi'i lalu menuliskan sesuatu di bawah pertanyaan itu. Tekanlah nafsunya, kendalikan amarahnya dan hendaklah bersabar dalam menghadapi setiap persoalan. Pembawa lembaran itu kemudian datang kembali sambil membawa tulisan yang baru sebagai jawapan fatwa Imam Syafi’i. Bagaimana mungkin dia dapat menekan nafsunya pada saat nafsu itu telah menjadi pembunuh dan setiap hari ada saja halangan yg merintangi nya. Imam Syafi'i menjawab lagi. Jika dia tidak mahu bersabar atas derita yg menimpanya, maka tidak ada jalan lain baginya, kecuali hidup berhiaskan tanah.

15. Menyimpan Rahsia: Bila seseorang membuka rahsia peribadinya di depan orang banyak, kemudian dia mencela orang lain, maka org tersebut dianggap tidak waras. Bila dia merasa dadanya sempit akibat rahsia peribadinya, maka ketahuilah bahawa dada tempat menyimpan rahsia tersebut lebih sempit lagi.

16. Hiasan Diri: Jagalah dirimu dan hiasilah dirimu dengan budi pekerti yang mulia ! Nescaya engkau akan hidup sejahtera, dan tutur kata orang-orang terhadapmu akan menjadi indah. Janganlah memusuhi manusia, kecuali dgn sikap ramah. Nescaya akan ada yang menolongmu dan sahabat akan mengasihimu. Tidak baik mencintai orang yang berwajah banyak (munafik) kerana ia akan mengikut arah angin ke manapun angin itu bertiup. Apakah erti banyak kawan jika mereka tidak menolong di waktu kita susah.

17. Sikap Lembut: Aku mengenali banyak org, tetapi aku tidak pernah merasa dengki kpd mereka. Itulah sebabnya mereka sayang padaku. Bagaimana mungkin seseorang akan berlemah lembut kpd seorang pendengki, bila pendengki itu tidak menghendaki sesuatu apapun selain hilang nikmat dari orang tersebut.

18. Menjaga Diri: Jagalah dirimu baik-baik, nescaya isterimu akan menjaga dirinya dengan baik. Hindari perbuatan keji yang tidak pantas dilakukan oleh seorang muslim. Zina itu ibarat hutang, jika kau lakukan, maka isterimu dan anak-anakmu yang akan membayarnya. Renungkanlah.

19. Menjaga Lidah: Jagalah lidahmu kawan ! Agar ia tidak menyengatmu, kerana lidah tidak ubahnya ular berbisa. Banyak orang binasa akibat perbuatan lidah, padahal dulu mereka dihormati kawan-kawannya.

20. Rahsia Peribadi: Jika hidupmu ingin selamat dari nista, agama mulia dan hartamu terjaga, jangan sekali-kali engkau buka rahsia peribadi seseorg. Kerana semua org mempunyai rahsia peribadi, dan mereka juga mempunyai lidah. Tetapi jika kedua matamu terbeliak mencari keaiban, biarkanlah. Katakan saja: “Hai mataku ketahuilah bahawa semua manusia punya mata”. Pergaulilah manusia dgn baik, tampakkan keramahan kpd manusia, dan layanilah mereka dgn baik. "

21. Menilai Diri Sendiri: Nilailah orang yg menilaimu dgn ukuran yg dipakainya waktu ia menilaimu. Siapapun yg dtg dan berbaik hati padamu, sambutlah dgn hari lapang, dan siapa saja yg membencimu, layannilah. Kembalikanlah kpd Tuhan, kerana segala sesuatu yg datang kepadamu berasal daripadaNya.

22. Jika Akan Mulia Dengan Hidup Apa Adanya: Kubunuh sifat2 tamakku, maka tenanglah jiwaku. Jiwaku akan hina kalau aku tetap tamak. Kuhidupkan rasa puas yg telah lama mati, kerana dgn menghidupkannya harga diri dapat terjaga. Jika sifat rakus bersarang di hati seorang hamba, maka ia akan menjadi org yg hina dina.

23. Diam Itu Lebih Baik: Tidak ada baiknya banyak bicara jika engkau telah mengetahui inti pembicaraan nya. Bagi seseorang pemuda lebih baik diam daripada berbicara yang tidak pada tempatnya. Sebab, seseorang pemuda memiliki watak yang dapat dilihat dari raut mukanya.

24. Pahitnya Menjaga Kebaikan: Jangan engkau fikirkan kebaikan orang yang telah diberikan kepadamu. Pilihlah bahagian yang sesuai untukmu. Bersabarlah! Sesungguhnya sabar itu perisai diri. Pemberian2 orang lebih berat tanggunggannya di hati dibandingkan tusukan tombak.

25. Berpaling Dari Orang Bodoh: Berpalinglah dari org2 yg bodoh, kerana yg dikatakannya bermula dari kebodohannya. Tidak ada bahawa sungai Eufrat yang dalam itu, jika ada anjing yg menyeberanginya.

26. Mata Orang Yang Redha Itu Tumpul Terhadap Kesalahan: Mata org yg redha seringkali tumpul terhadap semua keaiban tapi mata org yg benci sering kali memusatkan kejelekan. Aku tidak takut kpd org yg tidak takut kpdku. Maka cintaku pun akan mendekat kpdnya dan jika cintanya menjauhi dariku, maka kita dapat hidup sendiri, apa lagi jika kita telah mati.


No comments:

Post a Comment